55.

1K 95 0
                                    

Lelaki yang terlantar di atas katil di pandang dengan tekun. Walaupun dia tidak tahu apa yang sedang berlaku, tapi dia tahu yang ayahnya sedang sakit. Sebab lelaki ini sering terbaring di atas katil bersama dengan wayar dan topeng muka di mulut.

"Ayah...ayah sakit apa?"tanya Athena yang berusia 5 tahun kepada ayahnya. Dia waktu itu sedang duduk bersila di atas katil sebelah tubuh ayahnya yang berwajah pucat.

Lelaki yang terlantar tu tersenyum sewaktu memandang Athena.

"Ayah penat sayang..bukan sakit.."

"Ayah akan tinggalkan Athena dengan Aria ke?"

Lelaki berwajah pucat di depannya tersenyum kepadanya sambil mengusap kepalanya dengan kasih. “

"Tidak sayang...kalau ayah tinggalkan kamu macam mana dengan kamu nanti?"

Athena baring di atas dada ayahnya. Mengharapkan kehangatan dari belaian satu-satunya orang yang boleh membuatkan dia berasa selamat.

"Ayah..."rengek Aria yang berusia 12 tahun, sedang bangun dari tidur di sofa tepi katil. Terpisat-pisat Aria hendak bangun sebelum naik memanjat katil. Dia kemudiannya berbaring di sebelah satu lagi.

Andreason yang berasa senang hati tersenyum lebar saat memeluk dua tubuh itu dengan erat dan di bawa rapat ke badannya dengan kasih.

Athena mengerling ke arah Aria yang turut sedang memandangnya. Mereka berdua saling berpegangan tangan yang direhatkan di atas perut ayah mereka memejam mata dengan serentak.

Dan saat itu adalah satu-satu saat yang mana Athena akan simpan buat selamanya. Perasaan dimana dia rasa lengkap kerana bersama dengan seisi keluarganya.

Simbahan air sejuk menyentak lenanya. Imbasan memori tadi terus hilang dari pandang. Perlahan-lahan Athena mengangkat kepala. Dia terkebil-kebil membuka mata saat tercungap-cungap kesejukan.

"Uhuk...uhuk..."batuknya sewaktu kepalanya tundukny dan air dingin yang membasahi dirinya menitis turun dari mata dan  hujung rambut sebelum jatuh di atas lantai.

"Time tu wake up princess..."arah satu suara.

Athena mengangkat kepala, matanya cuba adaptasi dengan cahaya sekeliling. Yang mana sangat menyilaukan untuk ditangani.

"Perlu ke buat semua ni..."keluh Athena kerana keletihan. Kesan ubat ataupun dadah yang mereka gunakan kepadanya benar-benar membuatkan badan dia lemah.

"Beritahu..apa hubungan kau dengan dua orang ni...dan kenapa kau boleh mempunyai akses penuh untuk kedua-dua tempat persembunyian mereka?"tunjuk orang di depannya. Dua keping gambar wanita di tala ke depan muka Athena.

Dan bila Athena pandang gambar tu, kening dia mencerlung. Tapi tak terkejut. Di gambar tersebut terdapat dua wajah. Dan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri wajah yang hampir sama. Bezanya seorang muda dan seorang lagi sudah berusia. Tapi sama-sama cantik.

Athena mengerutkan kening. Sebelum satu keluhan lemah di lepaskan dari bibirnya, Takkanlah lagi sekali. Kenapalah dia selalu jadi mangsa keadaan dua orang ni. Apa masalah dia orang dengan isu culik menculik ni? Perlu ke buat?

"Apa yang dia orang dah hutangkan dengan awak?"tanya Athena. Sebelum dia menyedari dirinya sedang melekat pada dinding dengan kedua-dua tangannya dikunci pada plak besi, p

Pinggangnya terikat dengan tali pinggang. Sementara kedua-dua kakinya dipasung dengan plak besi. Lampu stand berada tepat di depan muka.

"Kenapa awak semua tak jumpa sendiri secara personal dengan mereka?"ujarnya sebelum satu tamparan kuat hinggap di pipi kanan.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now