42.

1.1K 96 0
                                    

Jam loceng di tepi katil mengejutkannya bangun dari tidur. Dia terus bangun tetapi disapa dengan rasa sakit. Kepalanya berdenyut, seluruh badannya sengal, dan jet lag dari Itali masih terasa.

Kejadian malam tadi masih segar dalam ingatannya walaupun dia berusaha melupakannya. Semua itu benar-benar memberi tekanan kepadanya.

Merasakan seluruh badannya lemah, Athena mengangkat tangan dan menekap dahi serta lehernya. Bahang yang panas menandakan dia diserang demam.

Satu perkara yang dia tidak suka: jatuh sakit.

Dia berusaha bangun untuk membersihkan diri. Setelah beberapa kali hampir terjatuh, akhirnya Athena selesai mandi dan mengenakan pakaian sebelum melangkah keluar dari bilik tidur.

Selepas kejadian malam tadi, dia telah dilarikan secara paksa oleh orang-orang Aria, yang memaksanya bertarung dengan mereka untuk tempoh yang lama sebelum dia berjaya dibawa ke sini.

Langkahnya diatur ke pejabat Aria kerana ada sesuatu yang ingin dia ketahui dari kakaknya. Penjelasan!

Athena dihalang oleh beberapa pengawal ketika dia cuba masuk ke dalam bilik tempat Aria berada. Mereka tidak membenarkannya masuk kerana Aria sedang mesyuarat.

"Ke tepi!" arah Athena dengan kening berkerut geram.

"Maaf, cik. Bukan sekarang. Saya janji setelah mesyuarat selesai, cik boleh bertemu dengan Cik Aria," ujar pengawal itu.

Athena mengetap gigi menahan sabar. Dia tidak mempunyai tenaga untuk berlawan dengan pengawal di situ. "Tolong panggil dia keluar... saya perlu bercakap dengannya sekarang," pintanya sambil mengurut dahinya apabila pening membuatkan kepalanya berdenyut sakit. Matanya terpejam menahan sakit.

"Lepas mesyuarat selesai, cik," tegas pengawal itu.

Athena mengangkat kepala dan memandang dengan bengang kepada empat pengawal di depannya.

"Kau orang memang takkan dengar, kan! Aku kata ke tepi!" jerit Athena dalam kebengangan. Suaranya memenuhi ruang koridor.

Mereka kaku berdiri di depan pintu dengan muka serba salah. Tiba-tiba, Athena menolak mereka dengan kasar, merentap pintu ke dalam. Mendedahkan ruangan di mana terdapat beberapa orang sedang duduk menghadap Aria.

Dengan serentak, perhatian Aria beralih ke arah Athena, keningnya berkerut sebelum dia kembali memandang tetamu di depannya.

"Sorry. One second." Aria bangun dan berjalan mendekati Athena dengan cepat, cuba menghalangnya dari naik angin. Setiba di depan Athena, Aria memegang lengan atas adiknya dan menariknya keluar dari pejabat.

"Lepas! Jangan pegang aku!" bentak Athena dengan mata kemerahan. Wajah dan bibirnya pucat tidak bertenaga. Dengan lemah, dia menolak Aria menjauh. Dadanya naik turun kencang kerana terlalu berang. "Aku nak kau jelaskan kepada aku apa yang sebenarnya berlaku sekarang!" tegasnya.

Aria memegang lengan Athena dengan kuat.

"Athena, berhenti. Kita bincang hal ini nanti," balas Aria dengan tenang. "Tapi bukan sekarang..." dia cuba menolak Athena keluar dari bilik itu.

Athena merentap lengan dari cengkaman Aria. Pergi mampus dengan masalah Aria itu!

"Tidak! Aku perlu tahu sekarang!" tegas Athena sambil menunding jari ke lantai. "Apa yang sebenarnya berlaku?" Aria cuba memegang Athena, mahu menariknya keluar dari pejabat. "Kau tahu tak pasukan aku mati malam tadi?" Athena menepis tangan Aria dengan muka hendak menangis, keningnya berkerut sedih.

Kening Aria berkerut serba salah. Dia memandang Athena dengan penuh harapan. Tetamu tidak boleh mendengar semua ini, apalagi melihat Athena di sini. Jika mereka tahu Athena adiknya, mereka pasti akan menggunakannya untuk menjatuhkannya nanti. Kenapa adiknya ini?

"Ya, aku faham. Aku janji akan beritahu kau, Athena. Tapi sekarang aku tengah mesyuarat," pujuk Aria dengan terdesak sambil memegang belakang Athena untuk memalingkannya keluar dari situ.

Bila Athena mendengar, matanya terus bergerak ke arah tiga orang yang sedang duduk membelakangkan mereka berdua.

"Siapa mereka?" tanya Athena sambil memandang Aria. Air mata bertakung di kelopak matanya. "Jangan gunakan itu sebagai alasan. Kau suruh aku ke sana... kau buat pasukan aku mati sia-sia di situ... kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja?" marah Athena.

"Tolong Athena... bukan sekarang," bisik Aria dengan keras.

Seorang dari mereka berpaling ke belakang. Zach Black bertentang mata dengan Athena, membuatkan Athena terkedu, matanya terbuka lebar memandang lelaki itu.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now