24.

1.3K 123 1
                                    

Pagi keesokan harinya, Athena bangun dari tidur dengan rasa sakit dan sengal di seluruh badan akibat pergelutan semalam.

Apabila dia ingin menukar baju dan membersihkan diri, perkara pertama yang menarik perhatiannya adalah lebam yang terbentuk di bahagian bawah perut kesan dari tumbukan lelaki bersarung tangan hitam semalam. Bukan sahaja kebiruan, malah ia berdenyut sakit setiap kali dia bergerak, yang menghadkan pergerakannya.

Memang bukan calang-calang orang suruhan Aria ini. Tidak hairanlah kakaknya itu beria-ia menghantar orang untuk menjaganya.

Jika hendak dibandingkan, anak buah Aria lebih berkualiti. Bukan sahaja dari segi teknik tempur, tetapi secara visual dan fizikal mereka memang tip-top!

Sementara pahlawan dalam organisasi Athena hanya biasa-biasa sahaja. Tidak lemah, tetapi juga tidak terlalu hebat. Cukup untuk mempertahankan diri, sekurang-kurangnya.

"Morning!" sapa Aria, yang menyentak Athena kembali ke realiti. Dia kini berada di dalam sebuah bilik, mungkin bilik makan, kerana di dalam ruang itu hanya terdapat satu meja panjang yang disusun secara menegak merintang bilik. Beberapa kerusi yang boleh diduduki sepuluh orang mengelilinginya.

"Morning my ass," cemik Athena perlahan.

Seorang lelaki bersut labuh paras lutut menarik keluar kerusi untuk Aria dan menolaknya ke dalam saat wanita itu duduk. Sementara Athena, yang telah tiba terlebih dahulu, duduk di kerusi sebelah kiri meja.

Para pengawal keselamatan yang ada di situ berdiri tegak, mendabik dada sambil memandang ke depan. Ada juga yang diam-diam mencuri pandang. Masakan tidak, mereka tidak boleh berpaling. Dua beradik yang mempunyai banyak persamaan dari segi bentuk muka, mata, kening, dan bibir menunjukkan bahawa mereka sememangnya sedarah. Apa yang membezakan mereka adalah, Aria mempunyai renungan mata yang dalam dan suram, manakala Athena memiliki renungan yang redup dan lembut.

Tidak lama kemudian, pintu di hujung bilik terbuka. Seseorang dengan pakaian serba putih dan bertopi chef menolak troli ke dalam ruangan itu. Setibanya di tepi meja, chef tersebut menghidangkan makanan dengan tertib di depan Aria.

Athena yang menjadi pemerhati perasan tangan chef itu menggigil, seolah-olah takut dan gelisah sewaktu meletakkan makanan di depan kakaknya.

Sementara Aria sama sekali tidak perasan akan hal itu dan hanya menumpukan fokusnya pada skrin iPad.

Selepas makanan dihidangkan, chef itu berundur diri. Sesaat kemudian, seorang lagi lelaki masuk ke dalam. Lelaki itu berdiri di sisi kerusi Aria. Tanpa bersuara, lelaki itu mengeluarkan sebatang besi dari balik lengan kot yang dipakainya. Tanpa sebab, lelaki itu mencucuk besi tersebut ke dalam makanan. Setelah dibiarkan seketika, batang besi yang menyerupai chopstick itu ditilik lelaki tersebut.

Mata Athena terbelalak apabila dia melihat setiap hidangan di situ ditusuk dengan besi itu. Setelah memastikan apa yang mereka cuba pastikan, lelaki itu pun bersuara.

"Ianya selamat," maklum lelaki itu sebelum berundur dan keluar dari situ.

Athena terkejut setelah menyaksikan situasi tersebut.

"What the hell just happened?" tanya Athena dengan mata terjegil bulat. "Kau buat benda tu setiap hari? Poison check?" soalnya dengan reaksi terkejut.

Aria menurunkan iPadnya ke tepi pinggan. Dia mencapai pisau dan garfu dengan muka bersahaja, seolah-olah kejadian tadi tidak asing baginya.

"Orang macam aku ini banyak musuh, Athena," ujar Aria dengan nada perlahan dan lembut. "Banyak perkara yang perlu aku titikberatkan." Tangan wanita itu bergerak dengan elegan ketika mengerat potongan daging stik.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now