22.

1.3K 106 0
                                    

Organisasi Black Widow. Atau dipanggil sebagai Dark Hole adalah sebuah organisasi yang diketuai oleh Aria Louisa. Ketua segala ketua dalam dunia jenayah.

Dari penyeludupan senjata, dadah, sumber manusia dan banyak lagi. Segalanya berada di dalam tangannya. Jenayah paling kecil mahupun jenayah yang paling  besar berada dalam gengamannya.

Pendek ceritanya, Aria adalah penjenayah paling dikehendaki seluruh dunia. Kerana wanita itu mengawal hampir kesemua kegiatan jahat dan gelap yang berlaku di setiap negara.

Tiada siapa boleh sentuh sehelai rambut dari wanita itu. Kerana apabila musuh selangkah ke depan, dia tiga langkah ke depan dari musuh.
Dan perkenalkan Athena Louisa. Adik bongsu kepada wanita penjenayah terbesar dunia ini.

Tiada siapa yang tahu mengenai identiti Athena selain mereka yang dekat dengan Aria. Jika ada yang cuba dedahkan siapa Athena, maka orang itu akan dibunuh atau dihapuskan serta merta.

Penjaga sah Athena sejak kecil lagi. Orang yang bertanggungjawab mengawal Debris dan beberapa orang atasan Athena selama ini.

Athena memandang bosan ke sekelilingnya. Melihat orang yang lalu lalang dan keluar masuk kawasan itu. Kebanyakannya lelaki, kalau ada staf perempuan pun hanya beberapa orang aje.

Aria Louisa bi  jenisnya tak percaya pada perempuan. Disebabkan dia perempuan dia tahu macam mana perempuan berfikir. Sebab itu susah sikit nak nampak staf wanita di tempat itu.

Aria pandang Athena dengan renungan tidak suka dan benci.

"Kenapa kau datang sini tak beritahu? Kau tahu tak sekali kau jejak kaki dekat sini...kau takkan dapat keluar lagi?"tanya Aria.

Athena menjeling tajam. Mengetap gigi kerana tertekan dengan Aria. Dia tak faham apa masalah perempuan di depannya.  Bila dia taknak berjumpa di paksa supaya berjumpa. Bila dia tunjuk muka di depan mata merungut. Kakak dia ni nak apa sebenarnya?

"Kenapa kau suka buat ikut suka kau?Bila aku cari kau sembunyi, bila aku tak cari terhegeh-hegeh pulak kau dekat sini..aku tak faham dengan kau tau tak."

"Aku yang tak faham dengan kau...."luah Athena dengan muka bengang. "Sekejap cakap macam tu sekejap cakap macam ni.."

Aria melentokkan kepalanya sedikit ke kanan.
"Apa maksud kau?"soalnya.

"Apa yang kau tengah rancang sebenarnya? Kau cuba korek kubur kau sendiri ke? Atau saja buat semua ni sebab nak susahkan hidup aku?"

Aria membuat muka.

"Beritahu la asal diam?"marah Athena.

"Bukan aku okay, tapi dia orang yang cuba nak musnahkan aku....semakin dalam dia orang cuba selidik aku, semakin banyak rahsia terbongkar. Semua tu apa yang tengah terjadi sekarang di luar kawalan aku. Sampaikan dia orang sengaja dedahkan sesetengah maklumat aku untuk jejaskan sebahagian dari bisnes aku yang lain..."jelas Aria.

Athena ketawa buat-buat. Tak percaya dengan kata-kata Aria.

"Tak..."nafi Athena. "Kau bukan jenis macam tu. Kau adalah manusia yang paling perfectionist yang pernah aku jumpa. Kau takkan biarkan apa-apa maklumat terdedah macam tu je...melainkan kau sendiri yang segaja dedahkannya.."nafi Athena.

Aria mendiamkan diri. Dia bermain dengan sudu yang ada di dalam cangkir berisi kopi susunya. Dia kacau-kacau tanpa sebab. Memang betul pun apa kata Athena. Dia memang sengaja!Dia buat semua ni supaya Athena merangkak ke dalam pangkuan dia semula.

And boom!Adik dia memang kembali. Tapi tak sangka pula secepat dan setiba-tiba begini.

Athena kejengkelan bila tengok kakak dia tenang begitu. Sikit pun tak nak cuba berikan penjelasan kepada dia. Terus dia pukul permukaan meja itu dengan kuat.

BAM!

"Aria...jawab aku! Jangan nak diam macam ni...stress aku tahu tak! Lepas tu, kenapa kau hantar orang untuk sertai aku? Aku tak perlukan kau, apa lagi bantuan dari kau...lagi satu aku beritahu kau, jangan libatkan menteri pertahanan sesuka hati untuk selesaikan masalah aku..aku boleh selesaikannya sendiri.."luah Athena dengan renungan kesal.

Aria melepaskan keluhan panjang, dia pandang Athena semasa anak buahnya berjalan mendekati belakang adiknya dengan senyap. Isyarat untuk dia bersuara.

"Fine. Kau nak jawapan kan. Aku beritahu." Aria memandang Athena dengan renungan gelap. "Aku cuba gulingkan semua orang dalam masa yang sama. Kalau aku jatuh..dia orang akan jatuh sebab tu aku biarkan maklumat tertentu di dedahkan secara sengaja. Dan Organisasi kau adalah boneka aku. Aku gunakan dia orang untuk buatkan kerja tu untuk aku pada masa yang sama sebagai cover up jenayah aku. Aku hantar orang untuk sertai kau supaya kau takkan dalam bahaya.Aku perlukan menteri pertahanan untuk tegur Debris supaya tak sesuka hati ambik kau dari aku tanpa pengetahuan dan kebenaran aku.." jelas Aria dengan renungan penuh muslihatnya.

Athena menarik senyuman sinis meleret. Dapat dia agak. Aria ni bukan jenis orang yang cuai. Wanita ini sangat licik. Lebih licik dari belut dalam lumpur.

"Sebab itu kau buat misi yang entah apa-apa tu?"soal Athena. "Bahayakan semua orang dekat situ. Sebab aku ada dengan dia orang?"tanya Athena dengan muka tak percaya. "Kau gunakan dia orang untuk umpan aku supaya datang kepada kau?!"

"Half of it. And yes. Ianya adalah salah satu cara untuk aku paksa kau balik sini... memandangkan cara baik kau tak nak dengar...tapi tak sangka pulak kau akan ke sini secara mengejut macam ni."renung Aria dengan jelingan dingin.

Waktu itu la anak buah Aria jalan mendekat dengan sesuatu di tangan sewaktu Athena bangun dari duduknya.

"Sampai hati kau buat semua ni dekat orang tak bersalah!"marah Athena berasa tidak percaya dengan kenyataan itu.

Athena pandang tak percaya ke Aria. Sampai hati kakaknya berbuat begitu terhadap orang tak bersalah semata nak buatkan dia kembali ke Aria semula. Dia tak boleh duduk sini. Dia kena ada di sana untuk bantu rakan-rakannya. Supaya tidak terbunuh! Aria cipta alasan misi tu untuk buatkan dia datang ke sini. Yang mana telah berjaya!

Saat Athena bangun muncul dua susuk tubuh sasa lampai berdiri di sisi lalu memegang kuat kedua-dua lengan Athena secara tiba-tiba.

Cengkaman kuat itu buatkan Athena tersentak, dia pandang kanan dan kiri dengan bingung sebelum memandang Aria.

"Aria..apa semua ni?"soal Athena dengan kening mencerlung.

"Kau paksa aku buat semua ni Athena."sebut Aria semasa memandang Athena dengan dingin.

Athena bergelut bagai nak gila."Aria!Jangan! Lepaskan aku...aku kena tolong dia orang!" Athena menyentak supaya dilepaskan. Dia meronta sekuat hati. Dan bergerak hendak menyerang.

Namun terlewat apabila dia merasakan sesuatu menyucuk tepi lehernya secara mengejut. Dengan mata terbutang, Athena pandang Aria.

"Apa kau dah buat Aria..."rintih Athena dengan lemah sewaktu dia merasakan tubuhnya perlahan-lahan terasa lumpuh sebelum seluruh pandangannya samar-samar dan gelap gelita tidak lama selepas itu.

Athena terkulai di balik cengkaman dua orang pengawal keselamatan Aria beberapa saat kemudian.

Melihat situasi itu, Aria bangun dari duduknya lalu mengibas pakaiannya dari berkedut. Sikit pun tidak menunjukkan sebarang emosi di wajah cantiknya.

"Bawa dia masuk."arah Aria dengan muka menyampah.

"Baik!"sambut mereka dengan patuh.

Seorang dari mereka mencempung Athena gaya pengantin sebelum bergerak keluar dari tempat itu sambil dipimpin Aria di depan.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now