46.

1.1K 97 0
                                    

Jarum pendek terarah pada nombor dua saat jarum panjang berdetik ke nombor dua belas pada jam di dinding.

Di katil, Athena terbaring tidak senang dalam kegelapan malam.Sekejap-sekejap dia ngiring ke kiri dan kanan gara-gara sakit yang dirasainya waktu itu. Cuba menyelesakan diri ekoran demam yang dihidapi.

Athena berkerut-kerut kening sewaktu merintih menahan sakit dan ketidakselesaan yang sedang dirasai. Tak lama dia hadap ke kanan, dia bertukar posisi ke kiri. Baru sahaja dia gerak hendak ngiring ke kiri, satu tangan tiba-tiba sahaja menekup mulutnya.

Tersentak buka terus mata Athena setelah dia merasai tangan asing itu di mulutnya. Secara automatik Athena bergerak hendak lepaskan diri. Tapi kedua-dua kaki dan tangannya di pegang kuat dengan tangan lain. Disebabkan bilik itu gelap, Athena langsung tak nampak siapa penceroboh itu. Apa yang dia tahu,ada sesuatu yang sejuk dan keras mengikat tangan serta kaki dia. Seperti gari!

Dalam gelap kelihatan beberapa orang lembaga hitam bergelut hendak menguruskan Athena di atas katil sebelum Athena berjaya di angkat ke bahu seorang dari mereka.

Athena cuba memukul-mukul belakang badan si penculik. Sedaya upaya menjerit dibalik kain penutup mulutnya tapi usaha dia langsung tiada gunanya. Hanya tambahkan rasa sakit pada dia ada la.

"Hmmmm!!!!""deram Athena dibalik kain yang disumbat ke dalam mulutnya sambil bergerak-gerak di atas bahu si penculik setelah dia diangkat ke atas bahu dan dibawa keluar dari bilik tu.

Apabila pintu itu terbuka, tiga lelaki berpakaian serba hitam keluar dari bilik Athena. Serta merta lampu sepanjang koridor itu menyala. Pada masa yang sama beberapa orang bersenjata berlari ke arah mereka. Seorang dari mereka bersuara dengan cemas.

"Mereka dah tahu..cepat lalu sana.."."maklum satu suara.

Athena yang berada dalam keadaan terbalik di bahu itu hanya boleh melihat kaki orang dan senjata di tangan milik penceroboh itu. Dia cuba melawan tetapi badannya terlalu lemah dan kesakitan. Ditambahkan lagi dengan kedudukan terbalik ini, ia benar-benar memburukkan lagi keadaan dia.

Sedang mereka jalan merentasi koridor, tidak semena mereka semua berhenti secara mendadak.

"Turunkan dia!""arah satu suara dengan berang.

Masa tu la Athena rasa tangan yang memegang kakinya mencengkam kuat. Dan pada masa yang sama sesuatu sejuk tertusuk di tepi kepalanya. Setelah orang berpakaian serba hitam yang berdiri di tepi mendekati dirinya yang sedang tergantung itu.

"Kalau dekat aku akan tembak kepala dia!"ugut orang yang berdiri di tepi kepalanya.

Keadaan itu menjadi tegang. Tujuh orang lawan puluhan pengawal. Siapa boleh menang. Tujuh penceroboh tu tahu mereka takkan menang. Tapi mereka yakin, mereka dapat keluar dari sini hidup-hidup.

"Mana dia?Athena!Ke tepi lah! Athena!!" "panggil Aria dengan cemas di celah-celah pengawal di situ sewaktu mereka tidak membenarkan Aria datang mendekat.

Mereka menghadang depan Aria sewaktu wanita itu bergelut di dalam tangan pengawal-pengawal di situ.

"No...Athena...tolong jangan apa-apakan dia!Lepaskan dia."rayu Aria dengan terdesak semasa memegang lengan yang berada di depannya untuk diturunkan supaya dia dapat maju ke depan.

"Ke tepi sebelum kepala ni pecah!TEPI!""arah lelaki yang mengacu senjata ke kepala Athena dengan lantang.

Dan perlahan-lahan mereka mulai berjalan maju ke depab bila pengawal-pengawal Aria memberi ruang untuk mereka lalu. Dari tepi ekor mata, Athena nampak Aria memandang dia dengan muka risau dan kemerahan hendak menangis di celah pengawal di situ.

"Athena!!"panggil Aria yang mana suara itu sayup kedengaran apabila mereka berada di jarak selamat lalu berjaya keluar dari bangunan tersebut dan meloloskan diri ke dalam van hitam yang siap diparkir depan pintu masuk bangunan.

Athena dicampak ke tepi van sebelum dihimpit dengan orang bersut hitam dan bertopeng. Penculik-penculik itu duduk di sisi dan depannya. Disebabkan ruang van itu terhad penuh dengan manusia bersut,belum lagi dengan senjata mereka. Lutut Atheba bertemu dengan lutut orang di depannya.

Athena yang tak dapat nak mengagahkan dirinya dari terus berjaga itu, perlahan-lahan menyandarkan kepala pada cermin van. Kepala dia yang sedang berdenyut sakit membuatkan pandangan berpinar-pinar. Nak buka mata pun terasa sakit inikan lagi bergerak banyak. Apa yamg dia nakkan sekarang adalah baring dan tidur masa tu jugak.

Selepas itu semuanya gelap. Athena tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya setelah dia tenggelam di telan lena. Selain bunyi orang berbual dan berbisik sayup kedengaran sewaktu dia terlelap.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now