Seperti yang dirancang, Aria telah melamar Blade. Pelik? Normal lah... kalau zaman moden sekarang ini, timba cari perigi. Buat apa nak jual mahal sangat? Imej itu boleh letak tepi dulu. Jika suka, beritahu saja. Jangan disimpan. Tak ada gunanya pun.
Dah terlepas nanti, sendiri yang rugi. Menangis air mata darah sekalipun, tidak ada gunanya.
Athena yang berdiri di dalam bangunan memandang keluar melalui cermin. Dia perhatikan Aria dan Blade sedang berbual sebelum masing-masing merenung antara satu sama lain. Tekaknya kembang melihat dua orang itu. Kalau boleh muntah hijau dia di situ bila dua orang itu mengurat. Tapi nak buat macam mana, itu adalah saat bersejarah untuk kakaknya; takkanlah dia tak saksikannya, kan?
Tidak lama selepas itu, Blade memeluk Aria sambil mengangguk kepala. Makna pelawaan Aria untuk berkahwin diterima oleh Blade.
"Well... it ends up good..." ujar Athena sewaktu berdiri di kerumunan pengawal Aria yang turut menjadi saksi kejadian penuh bersejarah itu.
"Nak kami lontar sekarang ke?" tanya pengawal di sebelah Athena.
Dia mengangguk kepala. "Boleh... tuang pun tak apa..." jawab Athena.
Pengawal di sebelah Athena kemudian berbisik melalui walkie talkie yang berada di kolar baju, mengarahkan sesuatu pada orang di balik walkie talkie itu.
Sesaat kemudian, hujan kelopak bunga ros mula turun memenuhi laman bangunan tempat Aria dan Blade sedang berdiri. Pada waktu itu, suara sorakan pengawal-pengawal di situ memenuhi ruangan koridor di mana semua staf yang ada menjadi pemerhati dan saksi untuk peristiwa tersebut kepada Aria dan Blade.
Athena yang melihat tersenyum senang.
Setelah sekian lama.
Setelah bertahun-tahun lamanya.
Akhirnya selesai juga.
Penderitaan dan kesusahan yang Aria dan juga dia tanggung telah pun berakhir.
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa leganya dia kerana Aria akhirnya mendapat kebahagiaan setelah bersusah payah dan menderita selama bertahun-tahun.
Memandangkan semuanya sudah pun berjalan seperti yang dirancang, Athena berpaling pergi dari situ. Sambil dia berjalan, dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang sejak tadi bergetar minta dijawab dari poket seluarnya.
Apabila dia jauh dari kebisingan tersebut, panggilannya itu dijawab. Melekap saja telefon itu di telinga, satu suara yang tidak asing lagi terus menyapa dia.
"Well... well... macam mana? Lancar tak?" tanya Kendrik dalam panggilan dengan ceria.
Athena yang mendengar ikut tersengih. Lelaki ini memang tak tahu sabar! Lepas mendengar berita mengenai rancangan Aria hendak berkahwin, Kendrik tak habis-habis nak tahu tentang perkembangan berita itu.
"Sibuk je... Kau macam mana dekat sana?" tanya Athena pula.
"Aku? Of course aku okay... tapi rancangan tu berjalan lancar kan?" tanya Kendrik yang mungkin sedang tersenyum bangga saat itu.
Athena berdiri di beranda bangunan itu, mendongak memandang langit biru di atasnya. Tangannya berada dalam poket sweater. Matanya memandang tenang ke arah langit yang tidak berawan dengan fikiran yang lapang.
"Urm. Semuanya berjalan lancar... terima kasih dekat kau sebab tolong aku sepanjang masa ni," ucap Athena perlahan.
Suara gelak boyish Kendrik menyapa telinga Athena. "Hahaha... no problem.. adik-beradik patut saling membantu kan.. no big deal," gelak lelaki itu.
"Apapun... kalau bukan idea kau, aku rasa semua ni takkan dapat berakhir dengan baik.. dan kau—" Athena mengecilkan mata, tak puas hati. "Kau hampir-hampir nak bunuh aku..." deram Athena yang marah bila teringat akan kejadian tembakan yang berlaku dulu tetapi hanya bernada gurau.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...