48.

1.1K 97 0
                                    

Bunyi deru dari alat pelembap udara memenuhi bilik itu. Cahaya matahari memancar masuk menerusi bingkai jendela kelabu bilik suite tersebut.

Bingkai itu membuatkan bilik itu malap-malap disimbah cahaya, di mana katil king diletakkan menghadap jendela cermin kaca yang menghadap pemandangan.

Orang yang baring mengiring di atas katil kelihatan selesa nyenyak tidur sambil memeluk bantal golek. Dia terkutik dari lena kerana cahaya silau mentari pagi tersebut. Dia perlahan-lahan mengangkat tangan untuk menutupi mata sambil mengerang dengan kejengkelan.

Athena mengangkat tangan hendak menggeliat sebelum dia menurunkan tangan, terkejut setelah merasakan sesuatu mencucuk. Dia berhenti. Dengan kening berkerut, Athena mengangkat tangan yang terasa sakit itu.

Tiub IV drip yang tertusuk di atas tangan kanannya dipandang pelik. Lalu, dia melarikan pandangan ke sekitarnya yang terasa asing. Terus dia bangun dari berbaring dengan sokongan kedua-dua belah tangannya.

Athena mengimbas sekeliling bilik tersebut dan terhenti di mana dua orang lelaki berdiri di depan pintu dengan senjata di tangan. Waktu itu, dia tidak larat untuk berkata apa-apa kerana tekak, badan, dan mulutnya berasa kebas, jadi dia hanya diam.

Pengawal-pengawal itu memerhatikan Athena dengan awas sewaktu melihatnya bergerak di atas katil.

Ketika dia hendak menelan air liur untuk membasahkan tekak, Athena teringat kembali saat dirinya diculik. Imej Aria menjerit ke arahnya melintas di fikiran. Setelah disentak realiti, Athena mengangkat kepala memandang ke depan dengan muka terkejut.

Siapa yang menculiknya? Ke mana dia dibawa? Apa yang akan berlaku padanya?

Athena cuba membaca persekitarannya serta dirinya. Biasanya, jika seseorang diculik, mereka akan ditempatkan di bilik bawah tanah, paling tidak pun terikat dan diseksa. Namun, melihatkan dirinya yang selesa memakai pakaian bersih, di atas katil saiz king, malah dirawat dalam bilik bersih, membuatkan Athena mempersoalkan situasi yang sedang berlaku.

Seorang pengawal di situ bertentang mata dengan Athena sambil bercakap melalui alat komunikasi yang melekat pada kolar bajunya.

Tidak mempedulikan renungan pengawal itu, Athena mengerling ke kanan katil. Matanya terus melihat segelas air kosong yang ditutupi penutup besi. Serta-merta, tekaknya terasa dahaga.

Terus Athena merangkak ke tepi katil dan bergerak hendak menurunkan kaki sambil tangannya terarah pada gelas. Tiba-tiba, bunyi klik pistol kedengaran.

Athena kaku dalam kedudukan merangkak dan matanya terarah pada dua orang pengawal tadi. Kenapa pula ini?

"Jangan bergerak!" arah pengawal pertama sambil mengacukan muncung senjata ke arah Athena.

Mata Athena membulat. Hanya ingin minum air sahaja! Tak payahlah overreaction. Tak takut dengan ugutan itu, Athena bergerak ke tepi katil. Kakinya bergerak hendak menyentuh lantai, dan senjata itu semakin menghampirinya.

"Okay-okay." Athena mengangkat tangan sebagai tanda menyerah apabila dia tahu pengawal di depannya itu tidak akan ragu-ragu melepaskan tembakan. "Saya tahu awak insecure, tapi buat masa sekarang ni saya tak larat nak berlagak hebat, jadi... tak perlu overreact macam ini sekali..." Jari Athena menyentuh muncung senjata yang berada di depan muka lalu perlahan-lahan ditolak ke bawah. "Saya cuma nak minum."

Dua orang pengawal tersebut tidak menurunkan senjata. Mereka dalam keadaan berjaga-jaga saat memerhati Athena mencapai gelas itu dan meneguk sehingga separuh air di dalam gelas.

Athena membuat muka loya ketika air tersebut menyentuh tekaknya. Ketika dia meletakkan gelas itu semula di atas almari, pintu bilik terbuka sedikit.

"Silakan masuk..." arah satu suara dari luar pintu, mengalu-alukan seorang doktor dan jururawat yang masuk ke dalam bilik itu.

Dengan mata bulat kebingungan, Athena hanya memerhatikan doktor dan jururawat menghampiri katil di mana dia sedang duduk. Athena memandang pelik ke arah mereka yang ada di dalam biliknya. Apa pula ini?

"Selamat pagi, Cik Athena..." sapa doktor yang tunduk membongkok ke arahnya sambil mengeluarkan stetoskop dan alat pembaca tekanan darah. Dia duduk di tepi katil itu menghadap Athena, bersedia untuk memulakan pemeriksaan.

Secara instinct, Athena menjauhkan diri. Dia membuat silang pangkah di depan dadanya.

"Apa yang awak cuba buat ni?" tanya dia dengan muka terkejut. "Jual organ saya?" tuduh Athena. "Sebab itu awak memeriksa keadaan saya?"

Mulanya doktor itu terkejut dengan reaksi Athena. Namun, setelah mendengar bebelan Athena, doktor itu tersenyum.

"Saya cuma nak memastikan keadaan cik kembali normal selepas tiga hari terbaring tidak sedarkan diri," jelas doktor itu.

Mata Athena terbelalak sebaik mendengarnya.

"Ehh? Tiga hari?" tanya Athena ketika doktor itu memeriksa degupan jantungnya.

8. Miss Kommander Chapter 1Where stories live. Discover now