Pintu kaca automatik terbuka apabila Athena berjalan masuk ke dalam ruangan dengan tangan memegang beg kertas dan jambangan bunga.
Tanpa menghiraukan renungan tajam ke arahnya, Athena bergerak ke arah bilik sidang. Dia meletakkan barang-barang di atas meja sebelum bergerak ke arah sofa, berbaring rehat di atasnya.
Kaiser masuk ke dalam bilik sidang tidak lama selepas itu. Lelaki itu berdiri sambil mencekak pinggang, tunduk memandang Athena yang sedang menutup mata dengan lengan.
"Mana kau pergi tadi?" tanya Kaiser.
Athena menurunkan tangannya, memberikan renungan letih ke arah Kaiser. Bila pulak lelaki ni balik? Baru fikir nak lapang sikit tanpa dia. Macam Superman betul.
"Nak apa?" soalnya tanpa mood.
"Aku tanya kau ke mana tadi? Masa kita sampai, kau tak ada dalam bilik ni. Tengok-tengok kau datang dengan jambangan bunga di tangan!"
Athena bangun dari baring, dongak memandang Kaiser dengan renungan fed up.
"Seriously? Right now?" tanya Athena, dapat mengesan aura nak cari pasal dari Kaiser. Lelaki ni kan kalau tak bergaduh dengan dia dalam sehari, tak hidup agaknya.
"Yup... now!" tegas Kaiser.
"Tak ke mana..." balas Athena bernada penat.
"Oh ya... kalau macam tu, siapa lelaki yang bercakap dengan kau tadi? Macam mana dia boleh ada akses untuk masuk ke dalam tempat ni? Melainkan kau salah guna kuasa kau untuk kepentingan peribadi?" tuduh Kaiser tiba-tiba.
Athena melepaskan keluhan panjang. Letih betullah.
"Kepentingan peribadi apa pula? Lelaki tu cuma pengutus saya. Memanglah dia ada akses sebab dia pun macam awak juga..." balas Athena dengan nada mengalah, tidak mahu bergaduh.
"Pengutus?" tanya Kaiser.
"Ya... dia hantar pasukan untuk saya ke sini, tapi saya tak nak. Sebab saya dah ada pasukan saya sendiri dekat sini... puas hati sekarang?" Athena bangun dari situ dan berjalan keluar dari bilik tersebut. Dia berasa sesak setiap kali Kaiser ada dekat dengannya.
Kaiser mengekori langkah Athena lalu berdiri di depan wanita itu.
"Siapa yang hantar?" tanya lelaki itu, berdiri mengejut di depan Athena untuk menghalang langkahnya.
Athena berhenti melangkah apabila tubuhnya hampir berlaga dengan Kaiser. Dia memandang Kaiser dengan renungan mencabar.
"Apa urusan awak untuk tahu? Sibukkan saja urusan awak tu... siapkan laporan untuk misi awak sebelum saya yang cover kerja awak dan dapat kredit nanti... fikirkannya..." Athena terpandang Tom yang sedang bergerak hendak keluar. "Tom... nak ke mana?" panggil Athena, ingin menjauh dari Kaiser.
Tom, yang sedang tunduk memukul-mukul kotak rokok di tangan, berpaling apabila namanya dipanggil. Dia memandang Athena dengan kening terangkat.
"Keluar merokok kejap..." jawab Tom sambil menunjuk ke belakang bahu.
Athena bergerak ke tepi Kaiser untuk melarikan diri.
"Ikut..." sahut Athena, berjalan cepat menuju ke arah Tom.
Tom mengerling ke arah Kaiser sebelum berjalan keluar bersama Athena di sisi.
Kaiser melepaskan helaian nafas jengkel saat berpaling dan bergerak pergi ke meja. Dia duduk menghadap komputer untuk menyiapkan laporan untuk misi yang baru sahaja diselesaikan dengan perasaan menggerutu.
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...