"You know...you sounded like you care for her.."
Terkedip satu kali mata lelaki di hadapan Athena mendengar komen Athena itu.
"Bukan itu maksud saya-"
"Nah...no need to explain."
Athena menarik senyuman nipis. Senang bila ada orang ambil berat tentang Aria."Saya cuma nak cik tahu. Sebenci mana cik pada Cik Aria...cik kena tahu Cik Aria sangat merisaukan cik sekiranya cik berada jauh dari Cik Aria."
Athena berdengus kecil."Easy to say." Memanglah dia selalu berperangai kurang ajar dan cakap dia bencikan Aria. Habis tu nak buat macam mana lagi. Dah itu sahaja cara dia untuk cuba tidak terlalu bonding dengan Aria.
Dia tak nak rapat sangat dengan kakaknya. Dia tak nak sayangkan sangat kakaknya itu. Khuatir sekiranya, satu hari nanti dia akan terluka kalau ada sesuatu yang buruk berlaku dekat Aria. Kalau boleh Athena tak nak semua tu terjadi. Sebab dia hanya ada Aria seorang saja di dunia ni.
Lagipun dia tidak menyukai kegiatan dan aktiviti jenayah yang Aria lakukan. Sebab itu la layanan dia pada Aria kasar dan tidak mesra.
"Macam yang awak dengar...saya bencikan Aria. I hate her so much .Sebab tu saya tak pernah pedulikan dia."balas Athena saat berpaling ke belakang. Jalan secara mengundur menghadap lelaki itu. "By the way what's your name?"tanya Athena sambil selangkah demi selangkah mengundur ke belakang. Sementara lelaki itu jalan maju ke depan.
"Blade Axel."jawab lelaki itu sambil memandang Athena.
Kening Athena terjungkit tinggi. Nama yang handsome. Sama handsome seperti empunya nama sendiri. Dia tersenyum mesra.
"Nice name for a nice man."dia mengangguk setuju dengan nama itu. "I'm glad you with her...so for the first hand..I should thanked you for stay by her side till today despite what she has done." ujar Athena dengan renungan sedih dan terkilan pada Blade. Dia harap sangat Aria tak libatkan diri dengan semua ni.
Blade baru sahaja hendak membuka mulut saat dia melihat sekumpulan staf lelaki berjalan dalam barisan bergerak ke arah Athena yang sedang jalan mengundur. Mulanya dia nak bersuara dan menghalang dari berlakunya perlanggaran. Tapi Athena langgar seorang dari mereka di barisan itu terlebih dahulu.
Athena tersentak setelah belakangnya terlanggar sesuatu dan tangan asing memeluk badannya. Dia terus berpaling. Sebaik dia berpaling dia melihat orang yang memeluk tubuhnya ekoran perlanggaran tadi. Matanya bertentangan dengan sepasang mata dengan renungan dingin.
"Cik tak apa-apa?"tanya lelaki berambut pacak itu kepada Athena.
Athena cepat-cepat menjauhkan dirinya dengan lelaki itu. Dia menilik beberapa lagi lelaki yang berdiri dalam barisan di belakang lelaki itu dengan kening mencerun. Dia menyedari bahawa beberapa lelaki dari mereka dalam keadaan lebam dan bertampal sana sini di wajah, lengan dan leher. Serta merta realiti menyentaknya.
"Ahh...awak semua rupanya..."dia tersengih mengejek. Kumpulan pengawal yang teruk dibelasah dengan dia. Jumpa jugak akhirnya!" I'm not sorry for yesterday. But you all not look that bad after our ordeals.."tawanya kecil.
Mereka tidak membalas, hanya tunduk mendiamkan diri. Salah mereka juga sebab berkasar dengan Athena. Sementara lelaki berambut pacak itu melirik ke arah Blade lalu ke arah Athena silih ganti.
Tengah Athena pandang mereka, mata dia terarah pada sesuatu. Bila mata dia jatuh ke arah sebuah bilik, serta merta senyuman dia pudar. Sebuah bilik kaca bertentangan dengannya jelas memaparkan sesuatu yang amat tidak menyenangkan dipandang olehnya.
Di bilik itu, seluruh dinding dan papan putih sehinggalah ke skrin monitor penuh dengan wajah Athena. Gambar dimana dia bergerak, makan, bersama dengan siapa, duduk malah sedang tidur dan berbual dengan seseorang berada di dalam bilik itu. Masa itu jugaklah, perasaan itu datang seperti bom jangka.
What the he-
"Itu bukan ke-"Kening Athena mencerun. Dia berpaling dimana Blade sedang berdiri. "You spy on me!?"tanya Athena sambil tunding jari ke arah bilik kaca itu. Dia perlahan-lahan menyirap marah. Urat belirat mulai muncul di pelipis dan kepalan penumbuknya.
Blade tegang, lelaki itu berdiri kaku sewaktu memerhati Athena mendekati bilik dimana beberapa orang staf sedang melakukan kerja. Mereka sibuk memeriksa dan menyusun data. Seorang dari mereka sedang duduk menghadap skrin. Tidak menyedari kehadiran Athena di situ.
Mata Athena berkaca selepas melihat semua itu. Hatinya pedih dan dadanya senak semacam, seperti ditikam. Dia tak terkejut tapi dia marah. Selama ni hidup dia telah dicerobohi oleh Aria. Berani betul perempuan tu! Lakukan semua ini terhadap diri dia. Kakaknya sendiri!
Tanpa membuang masa Athena kembali mendapatkan Blade. Dengan kasar dia mencekau kolar baju lelaki itu.
"Bawa saya kepada dia sekarang!"deram Athena dibalik ketapan gigi dan mata menjegil bulat
Blade mengangguk kepala dengan akur dengan arahan itu. Haish!Bila aje la dua beradik ni tak bergaduh?
YOU ARE READING
8. Miss Kommander Chapter 1
General FictionAthena Seperti nama yang diberi. Athena menjadi seorang ejen pembunuh yang berbahaya. bukan sahaja menjadi musuh pada kebanyakkan ejen yang lain, malah rakan sekerjanya sendiri. Dia dipergunakan. dia diperlekehkan. sering menjadi mangsa keadaan ker...