Selepas sahaja keluar dari perpustakaan Aira segera mendail nombor telefon Felix. Butang call di tekan.
~ttut ttut...ttut ttut~
"Hmm hello" - Felix
"Kau busy ke? Kalau busy takpe aku balik sendiri" - Aira
"Tunggu je dekat bust stop sekolah. Aku otw dah ni" - Felix
"Ok" - Aira
Aira terus mematikan panggilan. Aira memandang ke arah Mell. Mell mengangkat kening sebelah kanannya.
"Dia suruh tunggu dekat bus stop" Kata Aira. Mell hanya mengangguk. Sampai sahaja di bust stop Aira terus duduk.
"Kau nak aku tunggu kau ke?" Soal Mell. Aira menggeleng.
"Kwencanha. Kau balik je. Kalau kau tunggu aku nanti kau sorang pulak" Kata Aira. Mell mengangguk dan mengucapkan selamat tinggal kepada Aira. Mell melambai ke arah Aira. Aira membalas lambaian tersebut.
Tidak lama lepas itu Felix pon sampai. Aira masuk ke dalam kereta di bahagian sebelah pemandu. Selepas itu kereta Felix terus bergerak pulang.
"Mana kawan kau tu?" Soal Felix
"Dia dah balik dah" Balas Aira.
"Naik apa?" Soal Felix lagi.
"Jalan kaki"
"Kenapa tak suruh dia tunggu je? Bukannya aku tak boleh hantar balik pon" Mata Felix masih lagi fokus terhadap jalan raya. Tiada tanda tanda untuk dia menoleh memandang Aira.
"Manalah aku tahu. Kau tak cakap pon" Aira memuncungkan bibirnya.
"Semua nak kene bercakap. Kau dah besarkan. Dah boleh fikir kan. Jangan asyik nak mengharapkan orang je" Tangan Felix masih lagi mengawal stereng kereta. Stereng itu dipusingkan ke kiri memandangkan jalan itu mempunyai jalan dua hala. Dan selekoh ke kiri merupakan jalan terdekat untuk ke rumah Aira.
Aira yang terdengar kata kata Felix tadi terus menunduk. Sekarang ni dia terasa yang dia memang menyusahkan Felix. Bende kecil je tapi Felix nak marah. Aira terus memandang ke arah tingkap.
"Hmm merajuk lah tu. Perempuan kan. Memang menyusahkan betullah" Felix menjeling ke arah pemandu untuk melihat ke arah Aira.
Aira hanya menahan air mata daripada jatuh. Dia tidak pernah di marah sampai macam tu sekali. Walaupon Felix punya marah hanyalah sedikit tapi dia tetap terasa. Ya lah dia tidak pernah kena marah. Selama ini kalau dia kena marah dengan ibunya itu perkara biasa sebab ibunya tidak pernah maksudkannya. Sampai sahaja di rumah Aira terus keluar dari kereta. Felix hanya memandang pemergian Aira. Tiada tanda tanda untuk mengejar. Felix yanya mengeluh.
"Bodoh lah kau ni Felix. Kenapa cakap macam tu dengan dia" Kata Felix pada dirinya sendiri. Dia terus memandu kereta keluar dari kawasan perumahan Aira.
"Felix. Kau buat aku lebih tekad untuk ubah kau"
⚛tbc
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Random⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...