HMG - (L.Y.B)

1.3K 125 4
                                    

Aira meminta izin keluarganya serta keluarga Hwall untuk menjaga Hwall memandangkan esok sudah cuti. Mereka hanya membenarkan. Tidak sanggup ingin memisahkan dua sahabat itu. Aira memerhati Hwall yang sedang tertidur. Rambut Hwall diusap dengan perlahan. Soft. Perlahan lahan air matanya menipis.

"Aku suka kau" Bisik Aira perlahan.
"Aku cinta kau" Aira memejamkan matanya. Hwall terjaga akibat terdengar suara seseorang. Matanya digosok gosok.

"Kau cakap apa tadi?" Soal Hwall. Aira terus tergamam. Kepala digelengkan.

"Takde cakap pape" Kata Aira gugup. Hampir sahaja kantoi.

"Aira" Panggil Hwall. Aira hanya menggumam. Hwall memegang tangan Aira dengan erat.

"Kalau aku dah takde nanti. Tolong sambung kerja aku. Jangan pernah berhenti memberi pertolongan. Boleh kan?" Soal Hwall. Air mata Aira menitis. Aira menganggukkan kepalanya.

"Tapi janji dengan aku yang kau takkan sebut pasal mati lagi" Kata Aira sambil memghulur jari kelingkingnya. Hwall tersenyum. Jari mereka bertaut tanda janji antara mereka.

Tit..tit...tit...tit

Nafas Hwall menjadi tersekat sekat. Aira segera menekan butang butang di tepi katil untuk memanggil doktor. Hwall memegang tangan Aira.

"Kau...ss...sayang aku k...an?" Soal Hwall dengan tersekat sekat. Aira mengangguk. Air matanya yang ditahan dari tadi terus mengalir.

"Jan...ji kau akan...bu..at semua..tu" Kata Hwall. Aira mengangguk kepalanya. Air mata Hwall turut mengalir melihat Aira.

"Saranghae" Bisik Hwall. Nafasnya sudah hampir ke penghujung. Aira menutup mulutnya. Tidak sangka cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.

"Nado saranghae" Kata Aira sambil menangis. Hwall hanya mampu tersenyum. Dia berusaha ingin mengembalikan nafasnya tadi walaupon sukar. Dadanya semakin sempit. Sakit yang dialami Hwall membuatkan keningnya bertaut. Aira berlari keluar melihat doktor. Dapat dia lihat doktor dan nurse menghampiri wad Hwall. Aira berlari mendapatkan Hwall.

"Tenang Hwall. Doktor hampir sampai" Kata Aira. Hwall mengangkat tangannya ingin memegang pipi Aira. Hwall mengelap air mata yang mengalir. Matanya semakin kabur tetapi dia hanya mengabaikan sahaja.

"Izinkan a...ku...panggil k..au sayang b...uat kali ter...akhir" Kata Hwall sambil tersenyum. Aira memejam mata lalu mengangguk.

"Sayang...lupa...kan aku...aku...taknak tengo..k sa...yang merana" Kata Hwall. Doktor yang telah sampai segera memeriksa Hwall. Jururawat meminta Aira untuk keluar. Ibu bapa mereka sudah berada di luar. Mereka hanya menanti dengan sabar. Keluarga Hwall pasti perkara seperti ini akan terjadi. Mereka hanya pasrah. Beberapa minit kemudian doktor pon keluar.

"Doktor. Macam mana dengan anak saya?" Soal Bapa Hwall. Doktor menggelengkan kepalanya. Surat yang berada di dalam sanpul di kocek coatnya dikeluarkan lalu dihulurkan pada Aira. Aira menyambut huluran itu dengan baik.

"Dia nak kamu baca dan simpan buat kenangan" Kata doktor tersebut sambil tersenyum. Bahu bapa Hwall ditepuk perlahan sebelum meminta diri ingin pergi.

~end flashback~

⚛tbc

[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓Where stories live. Discover now