Petang telah tiba. Aira masuk ke dalam rumah. Dia baru sahaja balik sebab tadi dia luangkan masa bersama Mell. Ya lah masing masing dah busy. Masuk sahaja ke dalam rumah dia ternampak Felix sedang duduk di atas sofa membelakangi dirinya sambil berpeluk tubuh. Tidak hairanlah kenapa Aira nampak kereta dia tadi. Tiba tiba Felix bersuara.
"Aku ada benda nak bincang dengan kau" Kata Felix.
"Hmm eloklah tu. Aku pon ada bende nak bincang dengan kau" Balas Aira. Dia terus mendekati Felix. Dia terus duduk di sofa yang lain.
"Hah apa yang kau nak bincangkan?" Soal Felix. Aira pandang Felix lama.
"Bukan kau ke yang cakap nak bincang?" Soal Aira pelik. Felix menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.
"Kau lah dulu"
"Eh kau lah dulu. Asal aku pula?" Dan mulalah pergaduhan disebabkan perkara remeh antara mereka. Maid hanya mampu lihat dari dapur.
"Ok kita cakap sama sama" Kata Felix dan dibalas dengan anggukan Aira.
"Sorry" Kata mereka berdua serentak. Mereka memandang sesama sendiri. Kemudian mereka tergelak. Bukan sebab cakap serentak tapi sebab tengok muka masing masing. Entah apa yang lawak.
"Aku minta maaf. Aku tahu aku tak sepatutnya buat macam tu" Kata Aira sambil menunduk.
Felix cuba mendekati Aira. Sejak kejadian lalu dia sudah lama tidak menyentuh kulit perempuan kecuali mummy nya. Felix cuba memegang tangan Aira. Aira yang terkejut terus pandang Felix tapi Felix hanya senyum.
"Aku yang sepatutnya minta maaf. Aku dah buat kau merajuk tapi aku tak pujuk kau" Kata Felix. Aira hanya senyum. Felix bukanlah seorang yang bernafsu pada lelaki cuma dia sudah tiada perasaan pada perempuan. Mungkin dia tidak mahu perkara itu berulang. Bagi dia lebih baik dia mempunyai perasaan pada lelaki kerana lelaki akan lebih memahami dia dan lelaki just simple tidak menyusahkan.
Tiba tiba Aira menghulur tangannya pada Felix. Felix hanya melihat tangan Aira dengan muka penuh tanda tanya.
"Bagi" Kata Aira sepatah.
"Ha?"
"Bagi" Ulang Aira sekali lagi.
"Bagi apa kau ni? Kau na- oh no no no...jangan cakap kau nak rog-" Belum sempat Felux ingin menghabiskan ayatnya Aira terus menjentik dahi Felix. Felix terus mengadu kesakitan. Kuat tho pompuan ni jentik.
"Bengaplah kau ni. Mana ada perempuan rogol lekaki"
"Ala mana aku tahu" Kata Felix sambil menggosok dahinya.
"Cepatlah bagi"
"Eh bagi apa kau ni?" Soal Felix bengang.
"Kunci" Sekali lagi Aira berkata sepatah.
"Kunci apa pula ni? Boleh tak kau habiskan ayat kau tu? Dari tadi sepatah sepatah. Sekarang ni sepatah haram pon aku tak faham apa yang kau nak cakap" Bebel Felix. Pergh kalah mak aku. Ok gurau.
"Kunci pintu hati kau" Kata Aira. Felix terus memandang Aira. Lama dia memandang Aira.
"Sorry. Buat masa sekarang ni hati aku belum ada pintu" Kata Felix.
"Habistu ada apa?" Soal Aira. Dia memandang ke arah Felix. Like serious lah semua pickupline yang dia buat semua tak jadi. Biasanya jadi.
"Cuma ada tembok besi yang memang tak boleh dihancurkan" Kata Felix dan terus masuk ke dalam biliknya.
"Annoying sial mamat ni" Kata Aira dengan bengang. Aira terus masuk ke dalam biliknya. Sempat dia menjelir lidah apabila memandang pintu bilik Felix yang tertutup itu.
⚛tbc
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Разное⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...