Cuti sudah habis dan sekarang tiba masa untuk bekerja. Aira hanya duduk bermain telefon pintar. Lagipon harini dia free. Sesekali dia memandang ke arah Felix. Kadang kadang regangkan badan. Lepastu picit kepala.
"Haih...rasa kesian pula" Kata Aira. Dia mendekati Felix.
"Kau ok tak?" Soal Aira. Felix yang tadinya memicit kepala terus memandang Aira.
"Ah...aku ok. Jangan risau" Kata Felix dan sambung membuat kerja. Aira menarik badan Felix untuk disandarkan di kerusi. Dia terus memicit kepala Felix.
"Apa yang buat kau stress sangat ni?" Soal Aira. Felix memejam mata kerana kesedapan diurut di kepala.
"Aku tengah pikir character baru untuk game ni" Kata Felix. Aira hanya meng-ouh-kan sahaja. Dia nak bantu pon tidak boleh. Bukannya dia tahu pon pasal benda ni semua. Tangannya terus turun ke bahu Felix. Bahu Felix diurut untuk menghilangkan lenguh. Sedang Aira mengurut Felix terus bilik pejabat Felix diterjah. Terus Aira melepaskan pegangannya di bahu Felix. Fail di hadapannya di ambil lagak seperti ingin bertanya sesuatu. Felix pula memandang komputer.
"Erm bos ni macam mana ye?" Soal Aira. Felix yang tadinya memandang komputer terus memandang Aira.
"Ini- eo Eric? Kenapa tak ketuk dulu?" Soal Felix. Eric di hadapan pintu sudah tercengang. Dia cuba memahami situasi.
"Sorry bos lupa" Kata Eric masih lagi memandang ke arah Aira dan Felix.
"Ok. Kau buat apa masuk bilik ni?" Soal Felix. Eric menggaru kepalanya.
"Ada orang nak jumpa bos" Kata Eric. Aira hanya mengangguk dan kembali ke tempat duduknya.
"Suruh dia masuk" Kata Felix. Eric hanya menuruti perintah. Akhirnya orang yang datang ingin berjumpa dengan Felix terus masuk. Eric meminta diri untuk keluar. Selepas pintu ditutup Aira terus menjerit.
"Mummy!!" Aira terus memeluk mummy Felix iaitu mak mertua(?)nya itu. Mummy Felix tersenyum dan membalas pelukan Aira. Felix mendekati mummynya. Pipi mummynya itu dicium.
"Mummy buat apa datang sini?" Soal Felix. Mummy Felix terus menjeling Felix.
"Aik...takkan nak jumpa anak dengan menantu sendiri pon tak boleh" Perlu Mummy Felix. Felix hanya tersengih kelat mendengar perlian dari mummynya itu.
"Bukan tak boleh. Felix tanya je" Kata Felix. Dia melihat Aira yang masih lagi memeluk mummynya itu.
"Mengada" Gumam Felix perlahan.
"Ok dah. Jom kita pergi lunch" Ajak Mummy Felix.
"Dah lunch ke?" Soal Felix. Dia melihat jam ditangannya. Dahi ditepuk.
"Hah tu lah busy sangat sampai lupa lunch. Jom" Mummy Felix terus menarik tangan Aira membiarkan Felix seorang diri di belakang. Felix memuncungkan bibirnya.
"Aku pon nak bermanja jugak" Omel Felix. Dia terus mengikuti langkah mummynya itu. Pandangan pekerja diabaikan. Lantaklah diorang nak cakap apa pon.
⚛tbc
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Random⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...