Aira meletakkan semangkuk bubur di atas dulang beserta dengan ubat sebelum di bawa ke ruang tamu tempat keberadaan Felix. Dulang tersebut diletakkan di atas meja.
"Felix. Bangun makan" Aira mengejut Felix yang masih lagi tidur. Felix membuka mata perlahan lahan.
"Bangun cepat. Kita makan lepastu makan ubat okay?" Soal Aira ingin kepastian. Felix menggelengkan kepala.
"Kenapa?" Soal Aira. Felix memusingkan badannya membelakangkan Aira.
"Taknak ubat" Kata Felix sambil menggelengkan kepala.
"Taknak ah kawan Felix kalau macam ni" Kata Aira. Baru sahaja dia ingin bangun Felix sudah menarik tangannya. Tersenyum Aira apabila Felix sudah termakan umpannya.
"Ok ok. Saya makan ubat" Kata Felix sambil memuncungkan binirnya. Aira tersenyum. Dia mengambil bubur yang terdapat di atas meja.
"Nak makan sendiri ke suap?" Soal Aira.
"Nak suap. Heeee" Kata Felix. Tangannya masih lagi memegang tangan Aira.
"Lepaslah tangan tu" Kata Aira. Felix mengeratkan lagi pegangan tangan Aira sambil menggelengkan kepala.
"Taknak. Nanti Aira tinggalkan Felix" Kata Felix. Aira mengeluh perlahan.
"Nah makan ubat" Aira memberi sebiji ubat kepada Felix. Felix menelan air liur perit melihat ubat itu. Dia memandang muka Aira. Perlahan lahan ubat itu diambil sebelum disua ke dalam mulut. Air di tangan Aira segera diambil dan diminum. Tergelak kecil Aira dibuatnya apabila melihat muka Felix seperti itu.
"Dah jom mandi. Badan Felix ni dah panas sangat ni" Kata Aira.
"Mandikan" Kata Felix sambil tersengih miang.
"Amboi. Mengambil kesempatan dalam kesempitan. Dah tak payah mengada ngada. Bangun mandi" Kata Aira dengan tegas. Felix memuncungkan bibirnya.
"Ok lah ok lah" Kata Felix. Aira hanya tersenyum melihat perangai Felix yang tak pernah dia nampak.sebelum ini.
⚛tbc
Ok nk diorang panggil pakai nama ke saya awak?? Please reply😪
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
De Todo⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...