Felix dan Aira kini selamat sampai ke rumah. Felix terus menarik Aira masuk ke dalam bilik. Dia menarik Aira berbaring di atas katil.
"Ish Felix. Pergi mandi dulu lah" Marah Aira. Felix hanya buat tidak tahu. Dia terus memeluk Aira dengan erat.
"Felix!!" Marah Aira. Felix meletakkan jarinya di mulut Aira.
"Shh diam. Nak tidur" Kata Felix. Dia memeluk Aira sambil tersenyum kebudak budakkan. Aira mengusap lembut rambut Felix.
Ish dia ni pakai shampoo apa hah sampai soft macam ni?
Tanpa sedar Aira juga terlelap di sebelah Felix. Felix tersenyum bahagia apabila merasakan usapan lembut di kepalanya. Mereka berdua tertidur sambil berpelukan.
🍭🍭🍭
Felix terjaga dari tidurnya. Dia melihat Aira masih tidur di sebelahnya. Wajah Aira di usap perlahan. Dia terus mengejut Aira.
"Aira bangun" Kejut Felix dengan lembut. Aira mengeliat perlahan. Dia memandang ke arah Felix.
"Bangun lah. Pergi kemas barang barang dalam bilik awak lepastu bawa masuk dalam bilik ni" Arah Felix dengan lembut. Aira mengerutkan keningnya.
"Buat apa? Biar je lah" Kata Aira. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata Felix sudah menepuk perlahan pipinya.
"Pergi lah sekarang. Tidur sebilik dengan saya mulai sekarang" Bisik Felix di tepi telinga Aira. Aira terus membuka mata memandang Felix. Tangannya diletakkan di dahi Felix.
"Awak dah tak demam lah. Baik saya tidur bilik sendiri" Kata Aira perlahan. Felix tersenyum.
"Awak nak saya demam balik ke baru nak tidur bilik ni?" Soal Felix. Aira terus membuka mata yang terpejam tadi.
"Takpe lah. Dah tepi saya nak kemas barang" Kata Felix. Dia menolak sedikit badan Felix agar ke tepi. Felix tertawa sedikit. Dia meletakkan tangannya di dahinya sendiri.
Cepatnya aku baik demam kalini. Mesti dia tengok semua perangai manja aku kalini. Arghh!! Malunya
Felix terus menutup mukanya menggunakan tapak tangan sambil berguling di atas katil.
"Hilang macho aku" Kata Felix perlahan sebelum bergerak ke bilik Aira. Ingin membantu Aira mengemas barang barangnya untuk berpindah bilik.
⚛tbc
Tiber tiber Lino post ig. Dengan internet slow macam seungmin🐌a/n murung tepi katil
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Random⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...