Sedar tak sedar sudah seminggu masa berlalu sejak mereka bergaduh. Nasib dah baik sekarang. Felix pon senyap je takde ungkit pasal hal tu. Memandangkan harini hari hujung minggu jadi mereka cuti. Maid pon Felix suruh cuti. Lagipon rumah dia bersih lagi buat apa nak risau. And yeah dua ekor tu tercongok depan tv tak buat pape.
Tengok tv sampai macam nak pecah tv tu. Diorang sebenarnya tengah tengok drama. Kalau ada part cium hah dua dua tak pandang tv. Mula mula pandang sesama sendiri lepastu terus pandang tempat lain. Serentak pulak tu. Apa masalah diorang ni?
"Ermmm Felix" Panggil Aira. Dia memandang Felix.
"Hmm" Gumam Felux tapi mata masih lagi menatap tv. Aira menjongketkan bibirnya sesikit tanda protes. Tapi bukannnya Felix nampak pon
"Kau tak bosan ke?" Soal Aira. Felix memandang Aira. Kening sebelah kanan dijongketkan.
"Kalau bosan pon kau nak buat apa?" Soal Felix. Aira mengetuk dagunya. Memang kalau berfikir kena ketuk dagu ke? Ke sebab otak kau dekat dagu?
"Kita pergi pantai jom" Ajak Aira.
"Pantai?" Soal Felix. Aira mengangguk kepala.
"Malas" Kata Felix. Dia terus sambung tengok tv. Aira memuncungkan bibirnya.
"Takyah muncung sangatlah bibir tu. Aku cium kang" Kata Felix. Aira terus mengemam bibir akibat terkejut dengan kata kata Felix.
"Wei" Panggil Aira sekali lagi.
"Hmm" Dia ni memang kerja menggumam je ke?
"Kita buat kek jom. Aku dah lama tak makan kek" Kata Aira. Felix memandang Aira.
"Kek? Beli je lah" Kata Felix. Aira menggeleng.
"Taknak. Beli dengan buat sendiri lain" Kata Aira. Felix pandang Aira macam nak terkam tapi Aira hanya tersengih.
"Kejap lah. Aku pergi tengok ada bahan ke tak" Kata Felix dan terus menuju ke dapur. Aira dah tersenyum. Masani lah dia suka. Kenapa? Baca je lah.
"Takde ah wei" Kata Felix mengejut. Aira terus pandang Felix.
"Beli jom" Kata Aira. Felix membuat muka malas.
"Aku malaslah nak keluar" Kata Felix. Baru sahaja dia mahu duduk Aira terus menarik Felix.
"Ah takde takde kau kena ikut" Kata Aira.
"Kalau aku bagi kau kad kredit je tak boleh ke?" Soal Felix. Aira tersenyum sinis.
"Kau nak bankrupt ke?" Soal Aira sinis.
"Ok aku ikut" Kata Felix dan terus berlari ke arah biliknya.
"Cepat lah siap!!" Laung Felix dari dalam bilik. Aira dekat bawah dah ketawa.
🍭🍭🍭
Felix hanya ikut sahaja ke mana Aira pergi dari belakang. Tugas dia tolak troli je. Lagipon dia bukannya tahu bahan buat kek. Setiap kali Aira letak makanan ringan mesti Felix letak balik.
"Wei kenapa letak balik?" Soal Aira.
"No Junk food" Kata Felix dengan tegas.
"Ala nak lah" Kata Aira. Felix menggelengkan kepalanya.
"K fine" Kata Aira sambil berprluk tubuh. Dia mmemusingkan badannya dan sambung jalan.
"Merajuk ke" Soal Felix dari belakang.
"Haah" Kata Aira. Sila jadi macam Aira jujur. Tapi kalau terlebih jujur pon tak boleh jugak.
"Eleh. Ye lah ye lah. Boleh ambil tapi satu je" Kata Felix.
"Ala dua lah" Kata Aira sambil membuat muka comel.
"Ok fine. Dua. Hah ambik dua" Kata Felix. Marah lah tu.
"Yeayy sayang Felix" Kata Aira dan terus sambung jalan.
"Tapi aku tak sayang kau" Kata Felix. Eleh ye lah tu. Entah entah hati dah berbunga. Mereka pon meneruskan jalan.
⚛tbc
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Random⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...