HMG - (L.Y.B)

1.4K 128 19
                                    

"Felix jangan lari lah" Kata Aira apabila Felix melarikan diri darinya.

"Ish awak ni lambat lah" Rungut Felix. Dia terus menarik tangan Aira menasuki kawasan Lotte World.

"Felix. Awak ni demam tau bukan disumpah jadi budak kecil" Marah Aira. Felix terus melepaskan tangan Aira lalu meninggalkan Aira sambil memuncungkan bibirnya. Aira menepuk dahinya. Dia segera mengejar Felix dari lari lebih jauh.

"Ok ok sorry. But please jangan lari laju laju. Okay?" Soal Aira. Felix hanya mengangguk. Masih lagi melayan rajuknya. Aira tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.

"Jom" Ajak Aira. Tangan mereka kini bertaut antara satu sama lain. Digenggam erat sambil digoyangkan ke depan dan ke belakang. Lagak seperti pasangan muda yang baru menjalinkan perhubungan.

Sepanjang mereka berada di situ, hanya Felix sahaja yang bersemangat menarik Aira ke sana dan ke mari. Aira hanya pasrah.

"Aira" Panggil Felix dengan manja. Aira memandang ke arah Felix.

"Kenapa?" Soal Aira.

"Penat lah" Rungut Felix. Aira tersenyum melihat karenah Felix.

"Tau pon penat. Dari tadi tak reti penat" Bebel Aira. Felix memuncungkan bibirnya.

"Tak payahlah marah" Kata Felix sambil memeluk tubuh. Namun semuanya tidak lama. Dia kembali menggoyangkan badan Aira.

"Jom lah balik" Aira hanya mampu bersabar melayan perangai Felix yang pelik ketika demam.

"Ok kita balik. Tapi kita pergi makan dulu ok?" Soal Aira ingin kepastian. Felix segera menganggukkan kepalanya.

"Ok jom" Kalini giliran Aira pula menarik tangan Felix.

🍭🍭🍭

Makanan yang dipesan sudah terhidang di hadapan.

"Aira" Panggil Felix. Aira mengeluh perlahan. Dia terus memandang ke arah Felix.

"Nak suap" Kata Felix persis seorang budak meminta ibunya menyuapkan makanan.

"Sini duduk sebelah saya" Kata Aira sambil menepuk tempat duduk di sebelahnya. Felix segera berpindah tempat di sebelah Aira. Aira terus menyuapkan makanan ke dalam mulut Felix. Felix menerima makanan itu dengan gembira.

Aira hanya tersenyum. Baru sahaja dia ingin menyuakan makanan ke dalam mulutnya, Felix sudah menahan. Aira memandang ke arah Felix.

"Kenapa?" Soal Aira.

"Biar saya pula suap awak" Kata Felix. Dia terus merampas penyepit di tangan Aira. Aira tersenyum melihat Felix.

Takpe lah Felix. Kau demam je lah. Best pulak rasanya.

⚛tbc

Erghh so sweet. A/n yng type ni pon tersenyum sorang²

[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓Where stories live. Discover now