HMG - (L.Y.B)

5.7K 219 2
                                    

Pagi yang indah buat Aira (nama rekaan) tapi semuanya musnah apabila jeritan si ibu menganggu tidurnya.

"Aira bangun!! Nanti kamu lambat!!" Jerit si ibu.

"Ya ibu!! Aira dah bangun ni!!" Laung Aira atau nama sebenarnya Aira Lee. Dia terus bangun dan menuju ke bilik mandi sebelum si ibu menjerit lagi.

🍭🍭🍭

Rambut panjang yang lurus di lepaskan. Rambut hadapan di sepit menggunakan penyepit bercorak reben. Baju sekolah di rapikan buat kali terakhir. Beg diambil dan kaki melangkah keluar dari bilik. Anak tangga di turun satu persatu. Kakinya menuju ke arah dapur untuk menikmati sarapan.

"Ibu" Aira mencium pipi ibunya yang sedang duduk bersarapan bersama bapanya. Pipi bapanya juga dicium. Aira mengambil tempat duduk dihadapan ibunya.

"Aira harini jangan nak pergi mana mana. Balik sekolah terus pulang ke rumah" Kata si bapa. Aira terus melihat ke arah bapanya.

"Why appa?" Soal Aira. Kalini ibunya pula menjawab.

"Ada perkara yang kitorang nak bincangkan" Si ibu terus menyambung makan.

"Ok lah. Aira pergi sekolah dulu. Mell dah tunggu dekat luar tu" Aira terus menyalam tangan ibu bapanya. Kakinya dibuka untuk melangkah keluar. Terpampang lah wajah seorang gadis yang sedang menunggu dirinya di luar rumah. Rambut lurusnya yang panjang diikat satu. Cermin mata bulat yang membuatkan wajanya lebih cantik.

"Yow Mell. Awal kau sampai" Sapa Aira. Mell yang sedang bermain telefon segera memandang ke arah Aira. Dia tersenyum.

"Takde lah awal sangat. Aku pon baru je sampai" Kata Mell. Nama sebenarnya ialah Mella Kim. Seorang gadis berkacukan cina - korea. Dia adalah kawan baik kepada Aira sejak sekolah rendah lagi.

Mereka pon memulakan perjalanan ke sekolah. Aira dan Mell adalah pengawas sekolah. Jadi segala aktiviti mereka akan lakukan bersama. Akhirnya mereka telah tiba di sekolah. Mereja terus bergerak ke kelas. Aira dan Mell berada di kelas yang sama malah mereka duduk bersebelahan. Tahun ini merupakan tahun terakhir mereka di sekolah. Jadi mereka lebih kerap berada di perpustakaan untuk mengulangkaji.

"Wei Aira" Panggil Mell. Aira memandang ke arah Mell.

"Kau free tak harini?" Soal Mell. Aira menggeleng.

"Sorry wei. Mak aku suruh aku terus balik rumah" Kata Aira. Mell memuncungkan bibirnya.

"Aku baru nak ajak kau lepak harini" Kata Mell. Aira jadi serba salah.

"Sorry wei"

"Takpelah. Lain kali pon boleh kan" Kata Mell sambil tersenyum. Aira mengangguk dan terus memandang ke hadapan kerana guru mereka telah masuk ke kelas.

⚛tbc


Yeay my third ff😂guys yang mana belum baca ff a/n silalah baca sekarang.

Him - minho/lino and Ryujin
Match maker - theboyz and skz

Sila letak di reading list anda agagaga. Gurau je. Kalau baca tu jangan lupa vote tau😜😂sayang korang mmuah😘💕😝😂

[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓Where stories live. Discover now