"Aira!! Cepat sikit!!" Laung Felix.
"Kejap kejap" Kata Aira. Telephonenya di letakkan di dalam beg tangan sebelum menuruni tangga menuju ke arah Felix.
"Jom" Kata Felix. Tangan Aira ditarik untuk berpaut pada tangannya. Aira hanya tersenyum malu. Felix membuka pintu kereta untuk Aira. Setelah Aira masuk Felix berlari ke tempat pemandu. Kereta terus dipandu keluar dari kawasan perumahan.
"Kita nak pergi mana ni?" Soal Aira. Felix memandang Aira sekilas sambil tersenyum.
"Just wait and see sayang" Kata Felix. Aira terus tertunduk sambil tersenyum malu.
"Sayang" Panggil Felix manja. Aira hanya menggumam.
"Boleh tak kita terus pergi butik then tukar baju dekat sana je?" Soal Felix. Aira mengangguk setuju.
"Boleh. Saya ikut je apa yang awak nak?" Kata Aira. Felix tersenyum.
"Are you sure? Apa sahaja yang saya nak?" Soal Felix. Aira mengangguk tanpa memahami apa maksud disebalik kata kata Felix.
"Kalau saya cakap saya nak...anak. Boleh?" Soal Felix sambil tersengih nakal. Aira yang tergamam terus memukul Felix. Felix mengaduh kesakitan membuatkan Aira serba salah.
"Sakit sangat ke?" Soal Aira. Felix.mengangguk sambil memuncungkan bibirnya. Aira menggosok tempat yang dipukul.
"Sorry" Kata Aira. Felix tersenyum.
"It's okay lah. Dah jom kita pergi makan dulu" Kata Felix. Aira hanya mengangguk setuju menandangkan dia juga terasa lapar.
🍭🍭🍭
Masuk sahaja ke dalam restoran, banyak mata memandang je arah mereka atau lebih tepat ke arah Felix. Aira memuncungkan bibirnya apabila melihat Felix hanya selamba mencari tempat duduk. Sampai sahaja di sebuah meja yang kosong mereka terus memesan makanan. Aira mengambil telephone di dalam beg tangannya dan terus mengabaikan Felix.
"Hey. Layan lah saya" Kata Felix dengan lembut. Aira hanya berpura pura tidak dengar. Dia terus mengabaikan Felix sehinggalah makanan sampai. Mereka makan makanan itu dengan senyap sehinggalah Felix menyuakan daging yang sudah dipotong ke arah mulut Aira. Aira memandang Felix lama dengan muka geram.
"Aaaa" Kata Felix dengan muka comel. Aira mengeluh perlahan.
Kenapalah susah sangat nak marah dia ni lama lama?
Aira membuka mulutnya untuk menerima suapan dari Felix. Felix menarik sedikit garfu yang disua tadi.
"Nak merajuk lagi ke taknak?" Soal Felix. Aira menggeleng perlahan. Felix tersenyum sebelum menyuap daging tadi ke dalam mulut Aira.
"Hehe good girl" Kata Felix. Mata mata yang memandang tadi kini tidak lagi. Mereka terus makan seperti biasa sambil bergurau.
⚛tbc
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Diversos⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...