"Wei kenapa sedap sangat?" Soal Felix. Dia terus sambung makan. Sebelum ni dia tidak gemar sangat makan kek tapi kalini mungkin kek akan jadi favourite dia.
"Well....tengoklah siapa yang buat" Kata Aira sambil melibas rambutnya kebelakang. Annoying siot minah ni.
"Eleh aku pon tolong ok" Kata Felix. Kek di dalam piringnya sudah tinggal separuh. Gila dia ni.
"Heh kau setakat tolong gaul je. Aku yang masukkan bahan" Kata Aira tidak mahu mengalah.
"Ergh fine. Kalini kau menang" Felix menjeling Aira. Baik dia makan kek lagi bagus. Mereka pon makan kek itu dengam senyap. Tapi perbalahan kecil antara mereka tetap ada.
🍭🍭🍭
Aira dan Felix sedang duduk di kolam tingkat atas. Kaki direndamkan di dalam kolam. Kalini jarak antara mereka tidaklah jauh seperti selalu.
"Ermm....Aira" Panggil Felix. Aira memandang ke arah Felix menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Felix. Tapi Felix hanya menunduk. Aira terus memandang hadapan.
"Tangan" Kata Felix. Aira pandang Felix hairan. Dah kenapa mamat ni. Tanpa banyak soal Aira yerus menghulur tangannya. Felix mengambil tangan Aira. Felix buat buat seperti meletakkan sesuatu di tangan Aira. Sesudah itu Felix terus memandang hadapan. Aira melihat tangannya. Kosong.
"Kau buat apa ni?" Soal Aira. "Dia ni demam ke apa?" Bisik hati Aira.
"Aku bagi kau something" Kata Felix. Aira memandang Felix sambil membuat muka pelik.
"Aku tak paham. Kau bagi apa ni?" Soal Aira. Felix hanya tersenyum. Aira dah seram sejuk. Tak pernah pernah Felix senyum tiba tiba ni dah kenapa. Jangan cakap ada jin rasuk dia.
"Aku bagi kau kunci" Kata Felix. Baru sahaja dia ingin bangun Aira terus memegang tangan Felix.
"Kunci apa?" Soal Aira. Dia melepaskan genggaman tangannya pada Felix.
"Kunci hati aku" Kata Felixdan terus beredar.
"Kunci hati? Kunc...eh bukan kau kata hati kau takde pintu ke?" Soal Aira sambil tersengih. Rasanya misi dia hampir berjaya.
"Ada tapi dia tersorok" Felix terus turun untuk masuk ke dalam biliknya. Dia nak menyorok je sekarang ni.
"So dah boleh masuk lah ni?" Soal Aira sekali lagi. Felix menggelengkan kepalanya.
"Wae??"
"Sebab kau kena lepasi banyak halangan" Kata Felix dan terus masuk ke dalam bilik. Aira dah tersenyum.
"Ok aku akan berusaha. Aira fighting" Kata Aira dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia nak buat macam macam plan untuk pikat hati mr gay.
"Hey mr gay...you tunggu eh...i will make you jadi straight. Hahaha" Kata Aira sambil tergelak jahat. Felix dari dalam bilik tergelak je. Dah bodoh bi tu bodohje lah. Nak speaking bagai.
"Haih Aira Aira" Kata Felix sambil menggelengkan kepala. Baik dia buat kerja dari layan kerenah Aira.
⚛tbc
K chapter kalini pendek sebab x de idea. Patut ke a/n letak orang ketiga? Tapi macam cliche sangat.
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Random⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...