Felix pov ~
Baru aku perasan pakaian budak ni. Baju besar tu buat dia nampak com- ani apa aku mengarut ni? No no aku tak boleh jatuh cinta dengan dia sekarang. Aku nak tengok sampai bila dia boleh tahan.
End pov ~
Felix duduk di meja makan. Aira mengambil tempat duduk di hadapan Felix. Dia melihat Felix makan sambil tersenyum. Kepala ditongkatkan menggunakan dua belah tangan. Felix yang tidak selesa dengan pandangan itu terus berhenti makan.
"Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Felix. Aira hanya tersenyum.
"Saja" Kata Aira. Felix memandang Aira lama.
"Kalau kau pandang aku macam tu lagi aku taknak makan" Ugut Felix. Aira menjongketkan bibir tanda tidak puas hati.
"K fine" Aira pon menyambung makan tanpa banyak bunyi. Suasana di dapur sungguh sunyi sehinggalah Felix memulakan perbualan.
"Minggu depan kau dah boleh mula kerja" Kata Felix. Aira terus memandang Felix dengan mata yang bersinar.
"Minggu depan?" Soal Aira teruja. Felix mengangguk. Ya lah Felix ambil cuti selama seminggu. Cuti kahwin kan. Aira menjerit suka. Felix hanya makan.
"Tapi" Kata Felix. Aira terus memandang ke arah Felix.
"Kita pergi secara berasingan. Aku taknak staff staff aku tahu yang aku ambil isteri aku bekerja. Faham?" Soal Felix. Aira terus mengangguk laju. Mereka pon sambung makan.
🍭🍭🍭
"Wei bila kau nak ambil maid?" Soal Aira. Felix memandang ke arah Aira.
"Entah. Petang ni kot" Kata Felix sambil membuat kerjanya di laptop. Mereka sedang berada di ruang rehat. Aira sedang menonton television.
"Wei Felix" Panggil Aira. Felix tidak melayan Aira. Aira mendengus geram.
"Felix"
"Hmm" Hanya itu sahaja jawapan Felix.
"Wei pandang lah aku" Panggil Aira sekali lagi. Kalini giliran Felix pula mendengus. Dia menutup laptopnya kasar.
"Kau nak apa?" Soal Felix. Nak buat kerja pon susah. Aira hanya tersengih.
"Ermm lepas A apa?" Soal Aira. Felix memandang Aira pelik.
"Kau ni tu pon tak tah-"
"Jawab je lah" Kata Aira. Felix menjeling malas.
"B"
"Ya sayang" Aira tersenyum. Felix memandang Aira. Felix senyum tapi tidak ikhlas.
"Sorry aku tak cair" Kata Felix.
"Aduh kau ni support lah sikit" Rungut Aira.
"Kau nak aku support macam mana. Macam ni? Uuu terharunya. Ke akh aku rasa seperti terkena panahan cinta. Macam tu?" Soal Felix selepas membuat gaya untuk support kata kata Aira.
"Tak sporting lah kau ni" Aira terus masuk ke dalam biliknya.
"Hmm merajuk lah tu" Kata Felix dan sambung membuat kerjanya yang tergendala tadi.
⚛tbc
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Casuale⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...