Aira dan Felix sudah selamat sampai di rumah. Sekarang mereka sedang duduk di hadapan tv. Felix langsung tak tegur Aira. Aira hanya buat tak tahu.
Aira pov ∆
Kenapa dari tadi dia senyap je? Dekat pejabat pon dia tak tegur aku. Apa masalah dia ni sebenarnya?
End Aira pov ∆
Felix pov ∆
Dia ni taknak pujuk aku ke? Dia tak tahu ke yang aku tengah merajuk dengan dia ni?
A/n : memanglah dia tak tahu...dah kalau kau tak bagitahu.
Felix : diam lah a/n. Bising je.
A/n : k fine...aku diam *lesap*~back to the storeyy~
"Oi kau kenapa?" Soal Aira. Dia tanya aku ke? Berbunga hati aku dia nak pujuk. Ok cool Felix. Jangan tunjuk sangat teruja tu.
End Felix pov ∆
"Oi kau kenapa?" Soal Aira. Felix hanya diam. Aira mengerutkan dahinya melihat perangai Felix yang pelik harini.
"Kau ok tak ni" Soal Aira lagi sekali. Ni kalau tak jawab mahu kena tibai dengan Aira. K gurau.
"Ok je" Balas Felix. Aira memandang Felix lama.
"Ye ke?" Soal Aira sambil mengecilkan matanya. Felix hanya menjeling Aira. Jeling manja gitu. Tapi kalau Felix yang jeling dia tak jadi manja. Tak tahu lah jadi seram ke menggoda. Ahak gurau je.
"Wei tadi aku jumpa sorang mamat ni. Handsome wei" Kata Aira. Felix bagi jelingan maut dekat Aira. Tapi Aira ni tak makan saman. Dia bukan kisah pon.
"Dah lah aku nak tidur" Kata Felix. Aira hanya memandang Felix pergi.
A/n : lupa nak cakap. Act diorang balik malam sebab Aira tunggu Felix habis kerja.
"Dia jealous ke?" Soal Aira perlahan. Dia memandang ke arah Felix yang sedang menaiki tangga.
"Oi kau jealous ke?!!" Laung Aira. Tapi Felix hanya mengabaikan soalan Aira.
"K kena palau" Kata Aira. Felix dapat dengar apa yang Aira cakap sebab suara Aira tu macam tertelan microphone dengan speaker. Tapi Felix buat tak tahu je. Dia nak merajuk betul betul kalini. Nasib kau lah Aira dapat suami muka garang tapi manja. Siapa suruh puji jantan lain depan dia.
"Wei tapi dia memang handsome lah!!" Laung Aira bila nampak Felix dah sampai depan pintu.
"Diam ah!!" Jerit Felix. Pintu bilik dihempas. Aira terus ketawa. Maid dekat dapur geleng kepala je tengok perhaduhan manja diorang.
"Sah dia jealous. Tapi jealous sebab apa? Jealous sebab ada yang lagi handsome dari dia ke....jealous sebab aku puji lelaki lain?"
"Eh pelik betullah dia ni" Kata Aira sambil menggaru kepalanya.
A/n : tak sekarang ni sebenarnya otak kau yang lembab tau.
Aira : diamlah.
A/n : hah bagus suami isteri suruh aku diam. Kang aku tak buat story ni. Gaji korang pon aku tolak sekali.
Felix : kau bagi gaji ke?
Lino : dia bagi ah wei.
Bangchan : tapi aku rasa kalini sikit kot sebab duit dia pon tengah pokai sekarang ni.
A/n : dah diam."Esok je lah aku pujuk. Baik aku tidur sekarang ni" Kata Aira. Tv ditutup. Kakinya terus melangkah menuju biliknya. Dia melihat bilik Felix sebelum dia meninggalkan du- ok otak aku dah mereng. Dia melihat bilik Felix sebelum dia masuk ke biliknya. Sunyi. Tapi lampu terbuka. Takkan merajuk sampai taknak tutup lampu.
Aira terus menuju ke arah pintu bilik Felix. Pintu diketuk.
"Felix kau dah tidur ke?" Soal Aira. Senyap. Tiada jawapan. Aira membuka pintu bilik Felix. Dia melihat keadaan bilik Felix. Nasib baik kemas. Kelibat Felix dicari. Dapat dia tengok Felix yang sudah tidur membelakangi dia di atas katil. Aira menggelengkan kepala.
"Aku tahu kau kaya. Tapi jangan membazir boleh tak?" Soal Aira sendirian. Aira terus menutup lampu bilik Felix.
"Goodnight" Kata Aira sebelum dia melangkah keluar dari bilik Felix. Dalam diam Felix tersenyum.
⚛tbc
Sorry for late update sebab a/n takde internet. Haritu dapat on sekejap je itupon sebab pakai wifi dekat mamak. Pon boleh😂
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Random⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...