Malam itu Aira berehat di tepi kolam. Dia merendamkan kakinya di dalam kolam. Dia hanya termenung. Sedang dia termenung tiba tiba Felix mendekati Aira. Dia membuat gaya yang Aira lakukan tapi jarak antara dia dan Aira sedikit jauh. Dia masih lagi belum biasakan diri.
"Kau buat apa kat sini? Tak sejuk ke?" Soal Felix. Bahu Aira terangkat sedikit akibat terkejut. Minah ni memang tak perasan kehadiran Felix ke tadi? Aira segera memandang Felix.
"Bila kau ada dekat sini?" Soal Aira. Felix hanya pandang depan.
"Wei aku tanya ni" Gesa Aira.
"Semalam wei. Daripada semalam aku ada dekat sini" Felix terus mengabaikan Aira.
Aira hanya pandang ke hadapan. Tiba tiba Aira memegang dadanya. Dia mengerang kesakitan. Felix terus berlari ke arah Aira. Dia memegang Aira.
"Wei kau ok tak?" Soal Felix cemas. Aira masih lagi mengerang.
"Kau!!" Kata Aira. Felix hanya memandang Aira. Felix masih lagi terdiam. Terkejut mungkin.
"Kenapa??!!!" Jerit Aira sambil memegang dadanya.
"Bb..bwo?? Ap..apa yang aku buat?" Soal Felix cemas. Dia taknak digelar duda awal sangat.
"Kenapa kau curi hati aku" Kata Aira. Tangannya yang memegang dada tadi segera dilepaskan. Felix terus menjadi bengang. Pegangannya pada Aira segera dilepaskan. Apalagi terbaring lah budak tu. Felix memandang Aira dengan pandangan maut.
"Tak lawak wei. Sumpah tak lawak. Aku hampir sakit jantung tadi tahu tak? Kalau kau mati betul betul apa aku nak jawab dengan mak kau?" Marah Felix. Aira hanya menunduk.
"Sorry"
"Sorry sorry sorry. Tu je lah perkataan yang kau tahu. Kalau ya pon kau nak buat pickupline bagai ni tolonglah jangan melibatkan sakit yang membawa maut ni. Mati mati aku ingat kau sakit betul betul tahu tak?" Hah tu dia Felix dah ceramah. Ok gurau k. Aira terus bangun dan berlari masuk ke biliknya. Pintu bilik di hempas kuat.
"Hah hempas lah kuat lagi sampai pintu tu tercabut. Hempas lagi" Jerit Felix. Ya lah dia dekat tingkat tiga dan Aira di tingkat dua. Aira membuka pintu dan menjerit.
"Aku benci kau!!" Jerit Aira dan kalini pintu dihempas lebih kuat dari sebelum ni.
"Haish ni lah perempuan. Sikit merajuk. Kena marah sikit merajuk. Lepas tu menghentak. Hempas sana hempas sini. Menyusahkan" Felix membebel seorang diri. Dia terus menuju ke biliknya. Lebih baik dia on call dengan Changbin.
"Aku pon bolehlah hempas pintu" Felix terus menghempas pintu biliknya.
⚛tbc
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Random⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...