HMG - (L.Y.B)

1.7K 146 2
                                    

a/n : boleh tak kalau a/n terus skip part diorang lepas kahwin?
Lino : sukahatilah a/n
Bangchan : yeah janji kau bahagia
a/n : wah korang berdua ni dari awal sampai sekarang langsung tak membantu
Felix : yah korang boleh diam tak? Sambung je lah.
Lino : ala aku tahu lah kau jeles sebab a/n tak ambil kau jadi partner dia *bla*

Akhirnya majlis telah selesai. Felix dan Aira telah selamat berkahwin. Tiada halangan sepanjang majlis berlangsung. Felix mengambil keputusan untuk bawa Aira balik ke rumahnya. Ibu bapa mereka juga setuju. Mereka tidak akan menghalang. Lagipon Aira sudah menjadi tanggungjawab Felix.

Sampai sahaja di rumah Felix Aira terpaku. 'Besar gila rumah mamat ni. Dia kerja apa siak' bisik hati Aira. Rumah Felix merupakan rumah tiga tingkat. 'Dia duduk rumah ni sorang sorang ke?'

"Kau memang nak berdiri dekat situ sampai esok ke? Taknak masuk?" Soal Felix. Aira terus tersedar dari lamunannya. Masuk sahaja dalam rumah sekali lagi Aira terpaku. Hiasan dalamannya yang di hias secara tradisional. Tingkat ini mempunyai dua buah bilik iaitu bilik tetamu dan bilik pembantu rumah. Tingkat kedua pula di hiasi dengan hiasan moden. Ruang rehat di sediakan di tingkat ini. Tingkat ini pula mempunyai empat buah bilik. Mungkin dia dan Felix akan tidur secara berasingan. Akhir sekali di tingkat tiga mempunyai sebuah bilik. Di sebalik pintu bilik itu mempunyai tangga menuju ke rooftop. Dan di rooftop itu mempunyai sebuah kolam renang yang besar.

Lengkap. Semuanya lengkap. Dia seperti dalam mimpi dapat tinggal dalam rumah ini.

"Kau duduk sini sorang sorang ke?" Soal Aira. Felix menggeleng.

"Rumah ni memang aku sediakan untuk lepas kahwin. Memang aku cadang untuk tinggal dekat rumah ni dengan isteri aku dulu. Dululah" Terang Felix. Aira hanya mengangguk.

"Ini gila kalau aku nak kem-"

"Jangan risau lah. Nanti aku upah maid je" Kata Felix. Aira hanya membalas 'ok'.

"Bilik nanti kau pilih je lah mana mana. Buat masa ni kita tidur bilik asing dulu. Aku kena biasakan diri dulu" Kata Felix. Aira hanya mengangguk dan kembali melihat rumah itu. Dia pergi ke belakang rumah. Dipenuhi dengan pokok pokok yang di tanam dan mempunyai sebuah buaian. Aira terus berlari ke tengah tengah laman itu. Boleh bayang tak lari sambil pakai baju pengantin? Ya mereka belum menukar pakaian lagi sebab lepas je habis majlis mereka terus berangkat ke rumah ini. Felix hanya tersenyum namun segera dia matikan senyuman itu.

"Nak duduk sini ada satu syarat" Kata Felix. Aira terus berhenti daripada berlari. Dia memandang ke arah Felix. Keningnya di angkat.

"Ada syarat ke?" Aira memuncungkan bibirnya. Felix mengangguk.

"Oklah. Apa syaratnya?" Soal Aira.

"Jangan ganggu aku waktu aku tengah sibuk" Kata Felix. Aira mengangguk. Tiba tiba dia tersenyum creepy. Felix memandang Aira dengan pandangan 'gila-ke-perempuan-ni?'

"Aku boleh tunaikan syarat kau tu tapi kau kene tunaikan syarat aku dulu" Kata Aira. Felix mengeluh. Dia memandang Aira dan menyuruh Aira meneruskan syaratnaya itu.

"Kau kena ambil aku kerja dengan kau"

"Bwo??!!!"

⚛tbc

[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓Where stories live. Discover now