Felix dan Aira telah selamat sampai ke rumah selepas meredah hujan. Baru sahaja Aira ingin membuka pintu kereta,Felix sudah menariknya kembali.
"Kenapa?" Soal Aira. Felix menggelengkan kepala.
"Duduk je dalam ni. Biar aku ambilkan payung" Kata Felix. Dia berlari ke arah rak kasut yang terdapat bekas payung di tepinya. Tangan digunakan untuk melindungi kepalanya daripada terkena hujan semasa berlari ke arah rak. Payung di ambil lantas dibuka sebelum menuju ke kereta semula.
A/n : sungguh dramatis ayat a/n ini.
Lino : ye lah a/n kan bdk sastera.
Bangchan : *mengangguk kepala*
A/n : *jeling Lino* memandai je kanPintu kereta dibuka oleh Felix. Payung diletakkan betul betul di atas kepala Aira agar tidak terkena hujan walaupon setitik. Aira hanya tersenyum melihat Felix yang melayan dirinya bagaikan seorang puteri.
"Sejak bila kau jadi sweet ni?" Soal Aira. Felix hanya pura pura tidak dengar. Dia hanya meneruskan perjalanan membawa Aira masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah Aira terus menarik Felix masuk ke dalam bilik. Nasib baik Felix sempat menutup payung. Sampai sahaja ke dalam bilik Aira melepaskan tangan Felix. Felix hanya berdiri kaku melihat bilik Aira.
"Nah" Aira menghulurkan tuala kepada Felix.
"Untuk?" Soal Felix pelik.
"Ish pergi mandi lah. Kau dah kena hujan. Nanti demam pula" Kata Aira. Dia terus menolak Felix masuk ke dalam bilik mandi. Felix hanya pasrah dipaksa begitu.
🍭🍭🍭
Selesai sahaja mandi Felix turun ke bawah. Dapat dia lihat Appa sedang duduk manakala Aira dan Ibu sedang menghidangkan makanan. Felix menghampiri mereka."Ouh Felix. Baru turun?" Soal appa Aira apabila melihat menantunya baru sampai di meja makan.
"Ye appa. Baru lepas mandi" Kata Felix sambil tersenyum. Felix mengambil tempat di hadapan bapa mertuanya itu. Aira mengambil tempat di sebelah Felix selepas membantu ibunya menghidangkan makanan. Mereka pon mula makan dengan tenang.
🍭🍭🍭
Felix dan Aira telah selamat sampai di rumah. Felix terus duduk di sofa hadapan tv sambil mengurut kepalanya.
"Kau ok tak Felix?" Soal Aira. Felix hanya mengangguk.
"Ok. Kau masuk lah tidur dulu. Aku nak duduk sini dulu" Kata Felix. Aira hanya mengangguk lalu beredar ke biliknya.
⚛tbc
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
De Todo⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...