Masuk sahaja kawasan rumah anak yatim tersebut,seorang budak lelaki menjerit.
"Korang!!! Omma datang!!" Aira hanya tersenyum. Felix memandang muka Aira. Dia juga turut tersenyum. Ramai kanak kanak berlari ke arah Aira. Aira terus merendahkan dirinya agar sama tinggi dengan kanak kanak tersebut. Felix hanya memandang dari tepi.
Ketua di rumah anak yatim itu mendekati Aira sambil tersenyum melihat kedatangan Aira dengan seorang lelaki.
"Omma!!!" Jerit Aira. Dia mendekati perempuan yang memandangnya tadi. Pelukan terus diberikan.
"Aira! Lama tak datang jenguk budak budak ni" Kata perempuan itu. Panggilan omma atau sudah menjadi kebiasaan bagi budak budak di rumah anak yatim tersebut.
"Hehe busy lah omma. Harini baru dapat peluang nak datang. Omma sihat?" Soal Aira selepas memberitahu sebab mengapa dia jarang datang. Omma hanya tersenyum. Lelaki yang hadir bersama Aira iaitu Felix dipandang.
"Suami Aira ke?" Soal Omma. Aira tersenyum dan mengangguk. Hadiah dan duit diserahkan kepada Omma.
"Eh? Takpe lah Aira. Dah banyak sangat Aira bagi dekat rumah anak yatim ni" Tolak omma dengan lembut.
"Takpe lah omma. Aira ikhlas. Ambil je" Aira menolak kembali pemberiannya. Felix tersenyum melihat telatah kanak kanak yang mendekatinya.
SKIP :-
Felix dan Aira duduk di bangku melihat kanak kanak yang berlari lari.
"Memang kau selalu datang sini ke?" Soal Felix memecahkan kesunyian. Aira yang terdengar soalan Felix segera memandang Felix.
"Dulu selalu lah. Sebelum aku kahwin dengan kau. Setiap 2 minggu aku akan datang sini. Kadang aku bawa makanan" Terang Aira. Felix hanya mengangguk.
"Kau nak tau cerita tak?" Soal Aira. Felix mengangguk seperti budak budak yang ingin mengetahui kisah dongeng. Aira yang melihat reaksi Felix hanya tersenyum.
"Cerita dia bermula masa aku umur 14 tahun. Aku dengan Mell satu kelas. Masatu kitorang naik kelas pertama dan aku ternampak seorang budak lelaki ni. Dia bolehlah handsome. Nama dia Hyun Joon. Tapi aku panggil dia Hwall. Sebab kalau bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding. So aku tambah huruf H je dekat depan" Terang Aira. Felix yang mendengar keterangan Aira terus tergelak.
"Dulu-"
⚛tbc
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
De Todo⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...