Di sebuah rumah agam yang besar dan indah dari luar. Tapi di dalam seperti berlaku peperangan. Ketang ketung bunyi dia. Tak tahu lah buat kek ke berperang. Aira tukang masukkan bahan manakala Felix pula tukang gaul bahan.
"Felix" Panggil Aira. Felix memandang Aira. Tak semena mena mukanya dibaling dengan tepung. Tergamam Felix dibuatnya. Dahinya dikerutkan.
"Asal kau baling tepung bongok?" Soal Felix sambil memejam mata.
"Buat kek mana boleh bersih" Kata Aira selamba.
"Masalahnya masuk mata aku gila" Kata Felix sambil menggosok matanya. Muka dia dah macam nak nangis sebab pedih sangat.
"Ala sorry ah. Aku tak sengaja" Kata Aira. Pergh tak rasa bersalah ke?
"Pedih wei" Kata Felix. Bongok taknak pergi basuh.
"Serious lah? Sini aku tiup" Kata Aira.
"Kau gosok gigi tak?" Soal Felix.
"Kau kalau aku tumbuk muka kau sia sia je tau. Dah lah gila. Takkan aku mandi tak gosok gigi" Bebel Aira.
"Oi oi...tak payah membebel. Tiup lah cepat. Kang buta aku macam mana?" Soal Felix. Aira merapatkan dirinya dengan Felix. Mata Felix ditiup dengan lemah lembut. Masani lah peluang keemasan untuk Felix. Dia terus ambil tepuk yang berada di dalam plastik. Sekali dia ambil segenggam beb. Terus dia campak dekat muka Aira dari bawah. Dia dah kejam mata awal awal.
"Yahh!!!" Jerit Aira. Felix hanya ketawa.
"Hahahah muka kau macam nenek" Kata Felix sambil ketawa terbahak bahak.
"Eleh kalau aku nenek kau atok. Atok Felix. Eh taknak atok Yongbok" Ejek Aira. Felix terus berhenti ketawa. Dia paling pantang kalau orang sebut nama korea dia. Krim untuk kek diambil. Terus dia selet(?) dekat muka Aira.
"Ahak aku dah boleh letak kau dalam oven. Jadi kek" Felix terus ketawa. Aira tidak mengalah. Dia balas balik apa yang Felix buat tadi dan mulalah peperangan sebenar bermula.
🍭🍭🍭
Akhirnya siap juga kek. Tinggal nak masuk dalam oven then tunggu je. Tapi tulah. Habis bersepah dapur. Diorang jangan cakap lah. Dengan muka penuh tepung. Rambut dah macam beruban. Baju kena krim. Memang perang habis diorang ni. Tanpa sedar perasaan cinta dan sayang mula wujud. Sementara menunggu kek siap dibakar mereka membuka haluan masing masing. Pergi bilik sendiri lah mandi apa semua tu.
🍭🍭🍭
Setelah siap mandi masing masing keluar dari bilik. Buka sahaja pintu bilik terus mereka bertentang mata. Bila tengok pakaian masing masing terasa comel pula. Dua dua pakai pyjamas. Felix memakai pyjamas berwarna biru manakala Aira memakai pyjamas berwarna merah jambu. Terus dua dua turun ke bawah. Sampai sahaja di bawah mereka lihat kek hampir masak. Tinggal beberapa minit sahaja. Sementara menunggu mereka mengemas dapur terlebih dahulu. Tadi tak sempat nak kemas. Felix mengutip semua barang perkakas dan diletakkan di singki. Aira pula menyimpan semula baki bahan membuat kek tadi. Penyapu diambil dan menyapu sisa tepung yang berterabur di lantai. Felix membasuh kesemua perkakas di dalam singki dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.
~kting #bunyitakrilek
Mereka berdua terus memandang ke arah ketuhar. Kerja yang dilakukan tadi dihabiskan dahulu sebelum melihat kek yang telah siap dibakar.
Felix mengambil sarung tangan untuk mengambil kek yang telah siap dibakar. Dapat mereka hidu aroma kek tersebut. Mereka buat kek strawberry. Selepas dihidangkan Aira terus mengambil coklat yang telah dicairakan. Coklat itu dicurahkan di atas kek strawberry. Buah strawberry diletakkan di atas kek sebagai hiasan. Felix menabur gula kisar ke atas kek tersebut.
"Uwahh!!" Kata mereka berdua teruja. Tengok pon dah terliur ni kan pula rasanya. Aira mengambil piring. Dan Felix mengambil garfu. Mereka memotong kek tersebut dengan berhati hati. Hancur nanti kek tu. Apabila siap dihidangkan kek itu secara perlahan lahan masuk ke dalam mulut. Serentak itu mereka memandang sesama sendiri.
⚛tbc
Act a/n buat part ni masa tengah malam so perut berkeroncong pikir pasal makanan tu yang part ni kek nampak sedap. Tapi rasa tak tahulah.
YOU ARE READING
[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓
Acak⋇⋆S2 : My Mr Gay⋆⋇ Bila kau dipaksa kahwin dengan lelaki gay dan diamanahkan untuk pulihkan penyakit gay lelaki itu. Baca je lah. Takde idea untuk sinopsis~ Sila tekan butang read jika berminat dan jangan lupa vote Start : 171119 End : 260320 100%...