HMG - (L.Y.B)

1.4K 131 2
                                    

Setiap pasangan diberikan sebatang biskut panjang. Felix menundukkan sedikit badannya memandangkan ketinggian Aira hanyalah paras dadanya.

"Ok ready guys...biskut tu dah boleh letak dekat mulut masing masing tapi jangan gigit dulu" Arah Chenle. Mereka semua hanya mengikut arahan.

"Ok the game start now" Kata Chenle. Mereka semua terus menggigit biskut itu kecuali Aira. Dia hanya berdiri membiarkan Felix yang menggigit biskut tersebut. Felix cuba sedaya upaya supaya bibir mereka tidak bersatu. Tapi malangnya bibir mereka bersentuhan sesikit. Aira terkejut dan terus tergigit biskut itu. Biskut tersebut terlepas dari mulut mereka. Nasib baik biskut itu sudah pendek. Aira memandang Felix tetapi Felix hanya buat buat tidak tahu. Aira memegang sedikit bibirnya apabila Felix memandang ke arah lain. Aira tersenyum sedikit.

🍭🍭🍭

"Pemenang untuk permainan ini ialah Aira dan pasangannya. Sila beri tepukan" Kata Chenle. Mereka semua menepuk tangan. Cakap ketua kena patuh.

"Korang berdua bercium ke?" Soal Chenle. Muka Felix dan Aira sudah merah padam.

"Ah betullah ni?"  Gurau Chenle.

"Tt...tak" Kata Aira sambil menggelengkan kepala. Mella dari jauh hanya tersenyum mengejek.

"Ok aku nak korang semua tengok beg masing masing. Mana tahu ada barang yang hilang" Arah Chenle. Mereka mengerutkan dahi. Masing masing terus serbu barang mereka.

"Wei mana jam aku?"
"Hodoh perangai masing masing"
"Kalau ye pon nak curi jangan ambil pas wei. Tak masuk kerja aku nanti"
"Mana kunci kereta aku?? Tak balik aku nanti"

Dan pelbagai rungutan yang dikeluarkam oleh mereka semua.

"Chill guys. Itu adalah untuk aktiviti terakhir. Aku nak korang cari barang korang yang hilang tu tapi sebelah kaki korang akan di ikat dengan sebelah lagi kaki pasangan korang. Pastikan tali tu tak putus atau kumpulan korang automatik akan kalah" Terang Chenle. Mereka semua hanya mengeluh.

"Bila kau ambil barang barang kitorang hah?" Soal seorang budak lelaki iaitu Huening Kai.

"Masa korang tengah main game tak ingat dunia" Kata Chenle selamba. Dai menyerahkan tali kepada setiap pasangan.

"Terpulang pada korang nak ikat macam mana. Asalkan tali takkan putus atau tercabut" Kata Chenle. Mereka semua hanya mengangguk.

"Ok sementara korang tengah ikat tali tu aku nak bagitahu beberapa kawasan yang korang boleh pergi. Antaranya padang sekolah,taman sekolah and belakang sekolah" Terang Chenle. Mereka semua mengangguk.

"Ok ready guys??" Soal Chenle.

"Ready!!" Jerit mereka.

"So the game start...now!!" Kata Chenle. Mereka semua bergegas ke tempat yang di sebut tadi. Aira dan Felix segera bergerak taman sekolah. Tidak ramai yang pergi ke taman sekolah kerana mereka semua bergerak ke padang sekolah.

"Kau hilang apa je?" Soal Aira. Felix memandang ke arah Aira.

"Kunci kereta aku. Kau?" Soal Felix selepas menjawab pertanyaan Aira.

"Pas masuk library hilang" Kata Aira.

"Kau bawak ke?" Soal Felix. Aira tersenyum sambil mengangguk.

"Aku lupa nak keluarkan dari beg" Kata Aira. Felix mengangguk dan keadaan antara mereka kembali sunyi. Mereka meneruskan pencarian barang yang hilang.

⚛tbc

[C]Hello Mr Gay || L.Y.B ✓Where stories live. Discover now