2♥

465 46 107
                                    

Kantin sekolah di penuhi oleh ramai pelajar.Mesti ada yang berebut-rebut nak beli makanan.Takut habis dibeli.Sampai ada yang hampir terjatuh sebab kena tolak.

"Korang ni tak tahu nak berbaris ke!"marah seseorang kepada mereka.

Mereka memandang yang empunya suara,terkejut mereka apabila melihat Jungkook berada disitu.

Mereka terus berbaris kerana takut jika Jungkook mengamuk.

"Kalau korang buat lagi macam ni.Aku terus tulis nama.Faham!"

Ya,dia pengawas sekolah.Jangan macam-macam dengan dia,kalau buat salah terus kena tulis nama.

--------

✨Eun Ra pov

"Woi,bagi balik biskut aku!"

Mereka berdua ketawa suka bila melihat aku mengejar mereka dari belakang.Seronok-seronok aku makan biskut tu tadi,mereka terus ambil.

Semua orang di kantin ini memerhati ke arah kami yang berlari.Argh,peduli apa aku.Asalkan aku dapat biskut tu balik.Aku lapar!

"Hahaha,ambillah."kata Jimin.

Sempat dia menari-nari sebelum berlari semula.Ish,mereka ni memang nak kena dengan aku.

Aku buka kasut aku lepas tu aku baling ke arah mereka sebab terlalu geram.Tapi tak sangka pula terkena orang lain.

Matilah aku.Mati!

Orang yang kena baling itu adalah Jungkook.Terkena pada belakang badan dia.

Dia mengambil kasut aku yang berada di atas lantai itu lalu memandang sekeliling kantin.Muka dia nampak macam sedang tahan marah.

"Siapa yang punya kasut ni?!Cepat cakap!Sebelum aku cari orang tu!"jerkahnya tiba-tiba sambil memegang kasut aku.

Jimin dan Taehyung sudah lari entah ke mana.Cepat betul mereka lari dari aku.

"Cepat cakap!"

Aku patut ke menyerah diri.Aku rasa tak perlu.Baru sahaja kaki aku ingin melangkah keluar dari kantin ni.Tiba-tiba ada seseorang menarik tangan aku.

"Kau rupanya yang baling kasut ni dekat aku."

Gulp!Macam mana dia tahu?Dia ada kuasa magic ke?

Aku memandang ke belakang lalu menarik tangan aku dari genggamannya.Ini kali pertama kami bersemuka begini.Ya,dia tak kenal aku pun.

"Apa bukti bahawa aku yang baling kasut ni dekat kau?"soal aku kepadanya.

Dia tersenyum sinis lalu menundukkan kepala.Dia pandang kaki aku.

"Sebelah kaki kau tak ada kasut dan saiz kasut ni sama dengan kaki kau."katanya lalu memandang aku.

What the fish!Sungguh genius dia ni.Matilah aku lepas ni.

Dia menarik tangan aku lalu meletakkan kasut tu dekat tangan aku.

"Pakai ni.Lepas tu,ikut aku."katanya.

Semua orang dikantin ini hanya memandang ke arah kami.Ada yang berbisik-bisik,ada yang menangis.Err,kenapa pula nak menangis?

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now