7♥

311 24 61
                                    

Eun Ra menyentuh kepalanya yang masih terasa pening.Dia masih lagi tidak percaya yang cikgu Lee Jong Suk itu akan menjadi atuknya.

"Kamu dah sedar."kata nenek Lee lalu menghembus nafas lega.

Dia rasa ingin pengsan lagi bila melihat cikgu Lee Jong Suk masih ada disitu.Tidak menerima kenyataan.

"Hm,maaflah kalau kamu pengsan disebabkan cikgu.Lagipun,cikgu tak tahu yang dia ni nenek kamu."kata cikgu Lee Jong Suk lalu tersenyum.

"Tak apalah cikgu,benda dah jadi nak buat macam mana.Lagipun,saya tahu yang nenek saya sangat cintakan cikgu."kata Eun Ra.

"Baguslah kalau macam tu.Minggu depan nenek nak kahwin dengan cikgu kamu."kata nenek Lee lalu senyum.

"Cepatnya kahwin."kata Eun Ra sambil membulatkan matanya.

"Benda yang baik tak baik dilambatkan.Betul tak,sayang?"kata nenek Lee sambil melihat wajah cikgu Lee Jong Suk.

"Ya.Betul tu,baby."

Eun Ra tertawa palsu apabila terasa kekok.Rasa macam pelik pun ada.Ialah,dia kan akan dapat atuk muda.

"Eun Ra nak naik atas dulu,nak mandi."kata Eun Ra lalu berdiri.

"Duduklah dulu,kamu tu baru sedar dari pengsan."kata nenek Lee.

"Tak apa,Eun Ra dah okey."kata Eun Ra lalu menaiki tangga.

-------------

✨Jungkook pov

Aku mendengar lagu sambil mengulang kaji.Inilah yang selalu aku buat selepas balik sekolah.

Rajinkan aku.Hahaha.

"Jungkook,ada orang nak jumpa kamu.Dari tadi berkurung dalam bilik."kata ibu tiba-tiba.

Aku tinggal dengan ibu bapa aku untuk beberapa hari je.Nak lepaskan rindu,hehehe.

"Siapa yang nak berjumpa dengan saya?"tanya aku.

"Selena."kata ibu sepatah lalu tersenyum.

Inilah yang aku tak suka.Bila aku tinggal dengan ibu bapa aku,dia akan datang nak jumpa aku.

Kalau Eun Ra yang datang rumah aku lagi bagus.Eh,kenapa aku terfikir tentang dia ni?Okey,lupakan.

"Suruh dia balik je lah,Jungkook masih sibuk lagi ni."kata aku lalu mencebik.

"Tak baik cakap macam tu,Jungkook.Dia kan a-"

Ibu terdiam tiba-tiba.Aku mengerutkan dahi.Dia nak sebut apa tadi?

"Dia apa,ibu?"soalku.

"Heheh,dia kan sepupu kamu.Pergilah jumpa dia,kesian dia tunggu kamu."kata ibu.

Aku hanya menganggukkan kepala.Malas mahu menjawap.Aku terus keluar dari bilik aku lalu turun ke bawah.

"Jeon Jungkook!"

Selena membetulkan rambutnya lalu tersenyum manis.Gembiralah tu dapat jumpa aku tapi aku tak gembira pun.

"Hm,ada apa nak jumpa aku.Nak cari masalah lagi ke?"kata aku sambil membuat muka dingin.

"Heheh,bertenanglah Jungkook.Saya datang sini sebab nak bagi awak ni."kata Selena sambil menghulurkan coklat kepada aku.

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now