Eun Ra sudah pun sedarkan. Dia melihat bunga dia atas meja lalu mengambil sepucuk surat yang ada di situ.
"Surat dari Jungkook?"katanya lalu membawa surat tersebut.
Eun Ra, maafkan aku sebab aku tak sengaja tertolak kau hari tu. Hari tu aku marah sangat sampai aku tak dapat tahan emosi aku.
Bila kau dah baca surat ni, aku dah tak ada dekat sini dah. Aku dah pergi ke luar negara dan jangan cari aku lagi.
Aku nak kau tahu yang aku sangat sayangkan kau dan aku cintakan kau. Jaga diri kau untuk aku. Terima kasih untuk segalanya, Eun Ra. Terima kasih.Kepada,
Kekasihku, Eun RaDaripada,
Jeon Jungkook"Jungkook..."
Eun Ra menekup mukanya lalu menangis teresak-esak. Dia tak sangka yang Jungkook pergi meninggalkannya.
"Eun Ra..."
Eun Ra menoleh ke arah pintu apabila ada orang yang memanggil namanya. Dia melihat Yeonjun, Jimin dan Taehyung ada disitu.
"J-jungkook dah tinggalkan aku."kata Eun Ra.
Jimin mendekati Eun Ra lalu memeluknya dengam erat. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya terluka.
"Jangan menangis, Eun Ra. Aku ada di sini bersama mu."kata Jimin.
"Aku juga ada dengan kau, Eun Ra. Sudahlah, janganlah menangis lagi. Dahlah kau tu baru sahaja sedar."kata Taehyung dengan nada risau.
"Ini semua salah aku, aku memang seorang abang yang tak berguna."kata Yeonjun lalu menundukkan kepalanya.
"Aku nak Jungkook semula."kata Eun Ra tiba-tiba.
Mereka bertiga terus menoleh ke arah Eun Ra. Terkejut apabila mendengar Eun Ra bercakap begitu.
"Aku nak Jungkook semula, aku tak kira. Aku nak dia juga."katanya dengan tegas.
Mereka bertiga terdiam. Tak tahu mahu kata apa.
---------------
Jungkook tersenyum nipis apabila dia sudah sampai ke tempat dia ingin pergi.
"Mulai hari ini, aku akan mulakan hidup baru."kata Jungkook.
"Hey, Jungkook. Kamu sudah datang juga akhirnya."kata seseorang dari belakangnya.
"Hi pak cik Nam, sudah lama tidak berjumpa."kata Jungkook lalu tunduk hormat.
"Hahah, sudah besar kamu. Kacak pula tu, sama macam pak cik."kata Encik Nam lalu memeluknya.
"Hmm, dekat sini awak rupanya."kata isteri kepada Puan Nam.
"Heheh, maaflah. Saya teruja sangat bila tengok Jungkook dah sampai tadi. Tengoklah dia sekarang, kacak dan bergaya."kata Encik Nam.
"Betullah. Masa kecil dulu, dia comel sangat. Sekarang pun comel lagi. Mari kita pulang, mak cik ada masak sesuatu untuk kamu sebelum datang sini tadi."kata Puan Nam lalu ssenyum.
"Terima kasih, mak cik dan pak cik. Maaflah kalau saya menyusahkan."kata Jungkook.
"Mana ada, kalau ada kamu mesti seronok. Bolehlah kamu berkawan dengan Joo Hyuk nanti."kata Puan Nam.
"Ah, Nam Joo Hyuk? Dia apa khabar?"tanya Jungkook.
"Dia baik-baik sahaja. Kalau dia tengok kamu, mesti dia gembira nanti."kata Puan Nam lalu senyum.
❤️TBC❤️
A/n:Jangan risau, kisah antara Jungkook dengan Eun Ra belum tamat lagi. 🌚❤️
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanfictionBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020