Baru sahaja dia dan kawannya menjejakkan kaki di sekolah itu.Terdengar jeritan beberapa orang pelajar,lagi-lagi pelajar perempuan.
"Oppa,saya suka awak."
"Sayang awak ketat-ketat,Jungkook."
Sakit telinga Eun Ra mendengar jeritan mereka.Jeritan mereka terhenti apabila seorang gadis menarik tangan Jungkook.
Langkah kaki Jungkook terhenti.Wajah gadis itu dipandang dingin.
"Tunggu dulu,Jungkook.Ada sesuatu yang saya nak bagitahu."kata gadis itu sambil melepaskan tangan Jungkook.
"Cepat cakap.Aku tak suka orang buang masa aku."kata Jungkook.
"Hmm,saya nak cakap yang saya suka dekat awak.Saya sudah lama suka dekat awak.Awak nak tak terima saya jadi girlfriend awak."kata gadis itu malu-malu.
Semua pelajar yang berada di situ hanya memerhati mereka.Ada yang berbisik-bisik sebab melihat gadis itu confess dekat Jungkook.
"Maaf,aku tak berminat.Pergi cari orang lain."kata Jungkook dingin lalu ingin melangkah pergi tapi gadis itu menarik tangannya.
"Please,terimalah saya.Saya betul-betul suka dekat awak."kata gadis itu.
"Jangan malukan diri kau.Lebih baik kau jangan buat macam ni."kata Jungkook dingin sambil menarik tangannya dari genggam gadis itu.
Jungkook melangkah pergi meninggalkan tempat itu.Gadis itu menangis teresak-esak kerana kena reject dengan Jungkook.
Eun Ra hanya menggelengkan kepala.Pagi-pagi sudah buat drama,tak ada mood pula dia.
"Kau tak macam mereka ke?"soal Jimin sambil memandang Eun Ra.
Eun Ra memandang wajah kawan rapatnya itu.Mereka berkawan sejak kecil lagi.
"Mereka tergila-gilakan dia tapi aku tidak."kata Eun Ra.
"Dan aku tak berminat langsung dekat dia.."sambungnya lagi lalu meninggalkan Jimin disitu.
"Yah,tunggulah aku.Kau merajuk ke?"kata Jimin sambil mengejar Eun Ra.
Eun Ra ni tidak mempunyai ramai kawan,sebab dia bukan friendly.Sama macam Jungkook.
--------
✨Eun Ra pov
Aku perhati saja semua rakan sekelas aku.Macam biasalah,mereka akan buat bising masa cikgu tak ada dalam kelas.
Ada yang membawang,ada yang menari,ada yang bernyanyi.Bila suruh ikut pertandingan tak nak pula buat macam tu.
Buku di dalam beg sekolah aku ambil lalu diletakkan di atas meja.Inilah yang aku akan buat masa cikgu belum masuk dalam kelas.Buat ulangkaji pelajaran.Bukan macam Jimin tu,merayau-rayau saja kerjanya.
Tapi dia tu rajin jugalah sebenarnya.Sama macam aku.Tch,terpuji diri sendiri pula.
Kelas ni mula senyap apabila cikgu Yoongi masuk ke dalam kelas sambil membawa rotan.Dia ni guru kelas kami.Garang jugalah.
"Pergi ke tempat duduk masing-masing."kata cikgu Yoongi.
Semua rakan sekelas aku ikut saja arahan cikgu Yoongi.Takut kena marah.
"Baiklah,cikgu nak bagitahu yang kelas kita ada pelajar baru."
Ada yang buat muka teruja bila mendengar apa yang cikgu Yoongi katakan.
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
Hayran KurguBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020