37♡

205 16 28
                                    

Jungkook fokus membuat kerjanya, tiba-tiba dia berhenti membuat kerjanya apabila rasa haus. Dia terus memanggil Eun Ra untuk masuk ke dalam.

"Eun Ra, masuk ke dalam office aku sekejap."kata Jungkook.

Dia terus memandang ke arah Eun Ra apabila sudah masuk ke dalam office nya.

"Ada apa, boss?"kata Eun Ra dengan wajah yang masam mencuka.

"Tolong buatkan aku air kopi, aku haus."kata Jungkook lalu memandang ke arah komputer riba miliknya.

"Buatlah sendiri. Ingat aku nak sangat ke nak buat, tch."bisik Eun Ra tapi dapat didengari oleh Jungkook.

"Hm? Masih marah lagi ke? Tak apalah, biar aku sendiri yang buat."kata Jungkook lalu bangun dari tempat duduknya.

Eun Ra sedikit terkejut apabila Jungkook seperti tahu apa yang dia cakapkan tadi. Kuat sangat ke dia cakap?

"Eh eh, boss..."kata Eun Ra sambil mengikuti Jungkook dari belakang

Jungkook menuju ke arah pantri diikuti dengan Eun Ra. Semua pekerja yang ada di sana berbisik-bisik sesama sendiri.

"Pssst, kau tengok tu. Dia ikut boss lah."

"Dia nak mengatal dengan boss lah tu. Mentang-mentanglah dia P.A."

Kata mereka lalu ketawa terbahak-bahak. Hati Jungkook terasa panas bila mendengar mereka bercakap begitu, tapi dia biarkan kerana dia masih bersabar.

Setelah mereka berdua masuk ke dalam bilik pantri. Jungkook terus menutup pintu lalu menolak tubuh Eun Ra ke dinding.

"Jungkook apa ni!"marah Eun Ra sambil menolak tubuh Jungkook tapi Jungkook sedikit pun tak bergerak.

"Hm, apa yang aku perlu buat untuk redakan kemarahan kau?"soal Jungkook sambil merendahkan sedikit badannya untuk menyamakan ketinggiannya dengan Eun Ra.

"T-tak perlulah buat apa-apa. Marah aku boleh reda sendiri."kata Eun Ra sambil memandang ke arah lain.

"Eh, betul ke? Boleh percaya ke apa yang kau cakap ni?"kata Jungkook yang cuba menguji kesabaran Eun Ra.

"Ish, betul lah!"marah Eun Ra sambil memandang wajah Jungkook.

"Ha, tengok tu. Masih marah lagi. Ke aku patut buat macam ni?"kata Jungkook sambil mendekatkan sedikit wajahnya dengan Eun Ra.

Eun Ra terkedu sekejap apabila Jungkook berbuat begitu.

"K-kau nak buat apa ni, gila.."kata Eun Ra.

Jungkook memegang dagu Eun Ra lalu mendekatkan lagi wajahnya dengan Eun Ra. Eun Ra sudah pun menutup matanya apabila Jungkook berbuat begitu.

"I love you..."

Hampir sahaja mahu kiss tapi dah ada orang ganggu. Sila serang dia bersama-sama.

"Woi! Buka pintu ni! Aku nak minum ni, woi!"jerit seseorang yang berada di luar.

"Setan betul orang ni, kacau daun betul."kata Jungkook lalu menjauhi Eun Ra.

Jungkook buat muka tak puas hati bila tak sempat nak kiss Eun Ra.

"Kali ni kau terlepas."katanya lagi kepada Eun Ra lalu membuka pintu bilik pantri itu.

Eun Ra hanya mendiamkan diri, masih berfikir tentang apa yang berlaku tadi.

"Woi, kau dah kenapa ni? Macam dah terkena tembakan cinta, tuan Jeon jer. "kata orang yang jerit-jerit dekat luar tadi.

"M-mana ada. Merepeklah kau ni."kata Eun Ra lalu keluar dari bilik pantri itu.

Pekerja itu hanya buat muka tak kisah lalu membuat air kopi untuk dirinya sendiri.

❤️TBC❤️

A/n:Nak aku buat part kiss tak? 😂

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now