"Selena!"
Eun Ra berlari ke arahnya lalu berdiri dihadapannya.
"Hm, ada apa Eun Ra? Lain macam je aku tengok kau ni."kata Selena.
Dia baru sahaja keluar dari hospital semalam. Keadaannya baik-baik sahaja.
"K-kau ada nampak Jungkook tak?"tanya Eun Ra.
"Ada. Bila aku tanya dia nak pergi mana, dia cakap dia nak balik rumah sebab tak sihat."kata Selena.
"Ouh, baiklah kalau macam tu. Aku pergi dulu."kata Eun Ra lalu pergi.
Selena mengaru kepalanya, dia masih tidak tahu apa yang terjadi.
"Okey jer kau berbual dengan dia, kau tak marah dia ke?"tanya Hani yang baru sahaja keluar dari tandas.
"Hahah, aku dah insaflah. Aku tak nak buat kerja-kerja jahat tu lagi. Jomlah, pergi."kata Selena lalu memeluk bahu Hani.
"Eh, kenapa dengan kau ni?"kata Hani sambil mengerutkan dahinya.
"Nanti aku cerita dekat kau, mesti kau tak percaya punya. Jom!"kata Selena lalu senyum.
----------------
Jungkook masuk ke dalam rumah miliknya lalu menghempas pintu dengan kuat. Badannya terus dibaringkan diatas sofa.
"Arghhh!!! "
Dia menjerit dengan sekuat hati lalu bangun semula. Palsu bunga yang berada di atas meja diambil lalu dibaling.
"Kenapa kau buat aku macam ni!"katanya lalu menekup mukanya.
Dia rasa sangat-sangat kecewa. Tapi salah dia juga sebab tak dengar dulu penjelasan Eun Ra tadi.
"Kau tak suka aku bagitahulah aku terus terang. Itu pun susah ke, Eun Ra."kata Jungkook lalu duduk di atas sofa semula.
Matanya digenangi air mata. Dia terlalu sayangkan Eun Ra.
"K-kenapa aku menangis ni? Bodohnya aku."
Jungkook ketawa sendiri lalu mengesat air matanya.
Dia mengambil telefon miliknya lalu menghubungi seseorang.
"Eomma, Jungkook nak bincang sesuatu dengan eomma. Nanti Jungkook pergi ke rumah ibu."kata Jungkook.
------------------
Eun Ra terus menuju ke rumah Jungkook setelah pulang dari sekolah. Yeonjun juga ada menemaninya.
"Jungkook! Bukalah pintu ni!"kata Eun Ra sambil mengetuk pintu rumah Jungkook.
"Cuba kau call dia."kata Yeonjun.
Eun Ra menganggukkan kepalanya lalu menghubungi Jungkook. Tapi Jungkook tidak menjawap panggilannya.
"Dia tak jawap."kata Eun Ra lalu memandang Yeonjun.
"Hm, apa kata kalau kita balik dulu. Mana tahu dia keluar."kata Yeonjun.
"Tak nak! Aku tak nak balik, aku nak tunggu sini sampai Jungkook ada dekat sini."kata Eun Ra lalu mengetuk semula pintu rumah Jungkook.
Yeonjun menghembus nafas panjang lalu menggelengkan kepalanya.
"Ini semua salah aku. Maafkan aku sebab menyusahkan kau."kata Yeonjun dengan rasa bersalah.
"Janganlah salahkan diri kau. Ini salah aku juga sebab aku tak beritahu di perkara yang sebenar semalam."kata Eun Ra.
------------------
"Kamu serius ke ni, Jungkook? Kenapa kamu tiba-tiba mahu belajar di luar negara?"kata Puan Jeon sambil mengerutkan dahinya.
"Ya, Jungkook serius. Saya nak pergi ke luar negara sebab dekat sana Jungkook boleh cari pengetahuan yang baru."kata Jungkook.
"Hm, bagus juga itu. Bila kamu mahu berpindah ke sana? Kalau boleh, esok eomma. Kalau cepat lagi bagus."kata Jungkook lalu senyum.
"Baiklah, nanti eomma bincang dengan ayah kamu ya."kata Puan Jeon sambil mengusap kepala Jungkook.
❤️TBC❤️
A/n:Hmm,Jungkook ni ego sangatlah.🌚
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanficBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020