Jungkook pergi ke hospital kerana ingin melihat keadaan Eun Ra sebentar. Ada sejambak bunga yang dibawanya.
Dia berdiri sekejap di hadapan wad di mana Eun Ra berada lalu masuk ke dalam.
Eun Ra masih belum sedarkan diri, kepalanya berbalut.Dia meletakkan bunga tadi di atas meja lalu duduk di atas kerusi.
"Maafkan aku pasal semalam."katanya lalu memegang tangan Eun Ra.
"Hari ini, aku akan pergi ke luar negara. Aku harap kau bahagia dengan pilihan kau."
Matanya mula bergenang air mata. Hatinya berat untuk meninggalkan Eun Ra tetapi ini kemahuannya juga.
"Aku nak kau tahu yang aku, bukan manusia yang sempurna. Aku ada kelemahan dan aku juga pernah berbuat salah. Tapi aku berusaha untuk memperbaiki semua itu."
Dia mengesat air matanya lalu meletakkan tangan Eun Ra di pipinya. Ingin melepaskan rindunya.
"Aku sayang kau, Eun Ra. Selamat tinggal."
Tangan Eun Ra diciumnya sebelum keluar dari wad itu.
-------------
"Yeonjun!!"
Jimin berlari ke arah Yeonjun lalu berhenti di hadapannya. Yeonjun memandangnya pelik.
"Kau dah kenapa ni?"tanya Yeonjun.
"Aku dengar, Eun Ra masuk hospital. Betul ke?"kata Jimin.
"Ha'ah, dia masuk hospital. Tapi jangan risau, keadaan dia baik-baik sahaja."kata Yeonjun.
"Fuh, baguslah kalau macam tu. Eh, aku nak tanya ni. Apa yang terjadi sebenarnya?"kata Jimin sambil memandang wajah Yeonjun.
"Hm, nak aku bagitahu kau ke?"tanya Yeonjun sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
"Yelah, bagitahu cepat. Aku nak tahu ni."kata Jimin.
"Okey, macam ni cerita dia."
Yeonjun pun menceritakan perkara sebenar kepada Jimin disebabkan Jimin ni kawan rapat Eun Ra. Jimin sangat terkejut apabila mendengar apa yang Yeonjun katakan.
--------------
"Selena, kenapa aku tak nampak Jungkook hari ni? Dia masih sakit lagi ke?"kata Hani kepada Selena.
"Hm, dia baru sahaja pergi ke luar negara. Dia nak belajar dekat sana katanya."kata Selena sambil mengikat rambutnya.
"What?! Macam mana kau tahu? Kau mengintip dia, ek?"kata Hani.
"Kepala otak kau! Aku adik dia, aku tahulah."kata Selena sambil menunjal kepala Helena.
"Eh, betul juga tu. Heheh, sorry lah. Aku lupa. Tapi, kenapa dia tiba-tiba nak pergi sana?"kata Hani.
"Ish, kau ni banyak tanyalah. Malaslah aku nak cakap dengan kau."kata Selena lalu bangun dari tempat duduknya.
"Woi, kau nak pergi mana tu? Aku cakap pun tak habis lagi."kata Hani lalu mencebik bibir.
----------------
"Kau biar betul ni, Jimin. Kau jangan tipu aku tahu, kalau tak nak kepala kau masuk dalam lubang jamban."kata Taehyung lalu menekup mulutnya.
"Aku seriuslah, setan! Apa pula aku cakap tipu."marah Jimin lalu berpeluk tubuh.
"Weh, nanti kita pergi hospital tengok-tengok kan dia. Aku risaulah."kata Taehyung.
"Ye, aku pun risau juga."kata Jimin lalu menghembus nafas panjang.
"Okey, bila kita nak pergi melawat dia?"tanya Taehyung.
"Lepas habis waktu sekolah ni. Kita belikan dia sesuatu dulu sebelum pergi sana."kata Jimin.
"Baiklah. Tak ada masalah pun."kata Taehyung lalu senyum.
❤️TBC❤️
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanfictionBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020