13♥

250 22 54
                                    

Eun Ra menghembus nafas lega lalu membuka pintu tandas.Tapi langkahnya terhenti apabila melihat beberapa orang yang sangat dikenalinya berada disitu.

"Selena,tengok tu."kata salah seorang daripada mereka sambil memasukkan lipstik ke dalam beg tangannya.

"Oh,dia ada dekat sini rupanya.Baguslah kalau macam tu.Lagi senang kerja aku."kata Selena lalu tersenyum sinis.

Baru sahaja Eun Ra ingin menutup pintu tandas.Ada tangan yang menahan pintu tersebut.

"Eh,janganlah tutup.Kitorang belum apa-apa kan kau lagi."kata Hani sambil menarik tangan Eun Ra supaya keluar.

"Apa lagi yang korang tak puas hati dengan aku?"soal Eun Ra sambil memandang mereka.

"Kitorang memang tak akan puas selagi kau masih hidup dekat bumi ni.Sekarang,tak ada sesiapa yang tolong kau."kata Selena lalu menarik rambut Eun Ra.

"Sakitlah,setan!"jerkah Eun Ra lalu menampar pipi Selena.

Selena melepaskan rambut Eun Ra.Pipinya yang ditampar oleh Eun Ra disentuh perlahan-lahan.

Yang lain sudah terkedu apabila melihat Eun Ra yang berani menampar Selena.

"K-kau tampar aku?!Tak guna kau!"

Baru sahaja Selena ingin menumbuk muka Eun Ra.Ada seseorang yang memegang tangannya.

"Berhenti.Tak ada faedah pun kalau korang buat macam ni."kata gadis itu.

"Kau siapa nak sibuk hal aku,huh!Jangan sibuklah!"jerkah Selena lalu ingin menampar muka gadis itu.

Tapi gadis itu terlebih dahulu menampar muka Selena.

Selena terkedu.

"Aku ni sepupu kau tahu tak!Kalau ibu dan ayah kau tahu yang kau macam ni,mesti mereka akan kecewa."

"Kau diam,Ji Yeon!"

"Aku akan diam kalau kau berhenti buat benda bodoh ni."kata gadis yang bernama Ji Yeon itu.

"Tch,aku belum selesai dengan kau lagi."kata Selena sambil memandang Eun Ra tajam.

Selena keluar dari tandas itu bersama-sama kawannya.Pipinya yang ditampar dua kali tadi disentuh.

Ji Yeon memegang bahu Eun Ra lalu tersenyum nipis.

"Kau okey tak?"soal Ji Yeon.

Eun Ra menganggukkan kepala lalu membetulkan rambutnya yang kusut.

"Baguslah kalau macam tu.By the way,nama aku Jung Ji Yeon."

Ji Yeon menghulurkan tangannya kepada Eun Ra.Ingin berkenalan dengan gadis itu.

"Nama aku Lee Eun Ra.Terima kasih sebab tolong aku tadi."kata Eun Ra sambil menyambut tangan Ji Yeon.

"Sama-sama,aku pergi dulu.Bye."kata Ji Yeon lalu pergi.

------------

✨Jungkook pov

Aku menunggu Eun Ra dari tadi.Lama betul dia pergi ke tandas.Buang air besar ke?

Aku tersenyum apabila melihat Eun Ra berlari menuju ke arah ku.

"Lama betul kau pergi tandas."kata aku.

"Selena dan kawan-kawan dia ada dekat tandas tadi.Mereka ganggu aku.Nasib baik ada orang tolong."kata Eun Ra sambil memandang aku.

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now