14♥

280 20 80
                                    

"Sayang,haruskah kau memperlakukan aku sebegini.Apakah salah diriku ini terhadapmu sehingga engkau—"

Berhenti bernyanyi lelaki itu apabila melihat seseorang membuka pintu rumah.Dia menelan air liur apabila melihat wajah garang orang itu.

"Hey,budak!Berhentilah bernyanyi dekat depan rumah saya ni.Bising tahu tahu tak!Sejak pukul enam petang sampai pukul sebelas malam saya ada dekat sini lagi.Kamu tak penat ke?Cuba kamu balik rumah,pergi tidur.Kan lagi berfaedah."kata cikgu Yoongi sambil bercekak pinggang.

"Saya tak dapat tidurlah cikgu sebab saya asyik teringat dekat adik cigu tu je."kata Jimin lalu mencebik.

Membulat mata cikgu Yoongi apabila mendengar Jimin bercakap begitu dengannya.Rotan sudah ada ditangannya.

"Berani kamu cakap begitu depan saya ya,Park Jimin?Ke sini kamu!"kata cikgu Yoongi lalu menuju ke arah Jimin bersama rotannya.

Jimin mula melarikan diri apabila cikgu Yoongi sudah dekat dengannya.Tahu pula dia takut.

"M-maafkan saya,cikgu!"kata Jimin sambil berlari.

"Arghh,tiada maaf bagimu.Kamu kacau saya nak tidur."kata cikgu Yoongi sambil mengejar Jimin.

Jangan main-main dengan cikgu Yoongi kalau tak nak kena rotan.

Jimin berhenti berlari lalu menoleh ke belakang.Cikgu Yoongi juga berhenti sambil mengesat peluh di dahinya.

"Cikgu Yoongi yang ku sayangi.Sebenarnya saya telah jatuh cinta pada adik cikgu.Izinkanlah saya untuk mencuri hati adik cikgu.Saya amat menyayanginya dengan sepenuh hati."kata Jimin sambil memegang tangan cikgu Yoongi dengan beraninya.

"Pftt,ada hati nak bercinta dengan adik saya.Nah,rasakan ni."kata cikgu Yoongi lalu merotan punggung Jimin.

"Aduh!!"

Kesian Jimin kena rotan.

----------------

"Wah,indahnya permandangan dari sini.Cantik kan,Jungkook?"kata Eun Ra sambil memandang Jungkook yang duduk di depannya.

"Ya,memang cantik.Tapi kau lebih cantik."kata Jungkook lalu senyum.

"Yelah,awak pun kacak juga."kata Eun Ra lalu memandang ke arah lain.

"Ya,aku tahu."kata Jungkook lalu tertawa kecil.

"Jungkook,kau pernah bercinta tak sebelum ni?"soal Eun Ra.

"Aku tak pernah bercinta dengan sesiapun sebelum ni.Kau orang pertama yang aku cinta."kata Jungkook lalu senyum.

Eun Ra memandang ke arah Jungkook lalu tersenyum.

"Betul ke?"soal Eun Ra.

"Ya.Aku tak tahu macam mana aku boleh jatuh cinta dengan kau.Perasaan ni tiba-tiba datang dekat aku.Aku janji,kaulah yang pertama dan yang terakhir aku cintai."kata Jungkook sambil memegang tangan Eun Ra.

"Jungkook,aku nak bagitahu kau sesuatu."kata Eun Ra lalu menundukkan kepala.

"Hm,bagitahu apa?"soal Jungkook.

"Sekarang,baru aku tahu kenapa aku ambil berat dekat kau.Bila tengok kau dengan orang lain aku cemburu.Bila aku bersama dengan kau,perasaan yang aneh mula muncul.Rupanya,aku dah jatuh cinta dekat kau."kata Eun Ra sambil memandang Jungkook.

Jungkook tersenyum manis apabila cintanya sudah terbalas.Dia rasa bahagia sangat.

Bunyi bunga api membuatkan mereka terkejut.Eun Ra membuat muka teruja sambil melihat pertunjukan bunga api.

"Wah,cantiknya."

"Eun Ra..."kata Jungkook sambil memegang pipi Eun Ra.

"Ada apa,Jungkook?"soal Eun Ra sambil memandang Jungkook.

"Kau sudi tak jadi kekasih aku?"

Eun Ra mengangguk laju lalu memeluk tubuh Jungkook.

"Aku sudi."

Jungkook membalas pelukan Eun Ra lalu meletakkan dagunya dibahu Eun Ra.

--------------

Taehyung terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi bunga api yang kuat.Dia bangun dari baring.

Tingkap biliknya dibuka.

"Hm,cantik."kata Taehyung lalu senyum.

Perkataan cantik itu membuatkan dia teringat dekat Eun Ra.Dia sudah jatuh cinta pada gadis itu.

"Perlu ke aku luahkan perasaan aku dekat dia?"soalnya.

Jika dia tahu yang Eun Ra sudah menjadi kekasih Jungkook.Memang hancurlah hati dia.

Tiba-tiba dia terlihat seseorang jatuh daripada basikal di hadapan rumahnya.Cepat-cepat dia turun ke bawah untuk menolong gadis itu.

Dia keluar dari rumah lalu menuju ke arah gadis itu.

"Kau tak apa-apa ke?"soal Taehyung kepada gadis itu.

"Aku okey."kata gadis itu lalu bangun.

"Macam mana kau boleh jatuh ni?"soal Taehyung.

"Tayar basikal aku pancit."

"Oh,nak aku tolong ke?"

Gadis itu menggelengkan kepalanya lalu memegang bahu Taehyung.

"Tak payah.Aku pergi dulu.Jumpa lagi."kata gadis itu.

-------------

Eun Ra menekup mulutnya.Dia mula rasa mengantuk.Tangan Jungkook dipegangnya.Jungkook memandang Eun Ra yang berada di sebelahnya lalu senyum.

"Mengantuk ke?"tanya Jungkook.

"Ha'ah,nak tidur."kata Eun Ra lalu memuncungkan bibir.

"Alololo,kesiannya dia.Nak tidur,ek.Mari,aku hantar kau balik rumah."kata Jungkook lalu mengusap kepala Eun Ra.

Eun Ra tertawa kecil lalu mencubit pipi Jungkook.

"Hahaha,comellah kau ni."kata Eun Ra.

"Hehe,kalau boleh kita jangan guna kau aku."kata Jungkook.

"Habis tu,nak guna apa?"soal Eun Ra.

"Kita guna baby sayang.Nak tak?"kata Jungkook.

"Pffft,tak naklah.Kita guna awak saya je."kata Eun Ra.

"Okeylah kalau macam tu."

-------------------

Eun Ra menutup pintu rumahnya perlahan-lahan.Dia menghembuskan nafas lega kerana tiada sesiapa yang berada di ruang tamu tersebut.

"Lambatnya kamu balik.Sekarang dah pukul dua pagi tahu tak."

Eun Ra mengaru yang tidak gatal lalu tersengih-sengih.

"Maafkan saya,ayah.Saya terlupa."kata Eun Ra.

"Hm,tak apalah.Ayah maafkan kamu.Sekarang pergi tidur."kata encik Lee sambil mengusap kepala Eun Ra.

"Ayah,saya nak tanya sesuatu boleh tak?"soal Eun Ra.

"Tanyalah."kata encik Lee.

"Hm,macam mana dengan kes pembunuhan ibu tu?Inspektor Kim ada jumpa apa-apa maklumat?"soal Eun Ra sambil memandang ayahnya.

"Belum lagi.Kalau ada apa-apa maklumat,dia akan bagitahu kita.Kamu jangan risau,pembunuh tu akan ditangkap juga suatu hari nanti."kata encik Lee lalu tersenyum nipis.

"Ya,saya pun berharap agar orang tu di tangkap.Orang macam tu tak boleh di biarkan terlepas macam tu je."kata Eun Ra.

"Ya,betul apa yang kamu cakap tu."kata encik Lee.

"Hm,saya naik atas dulu.Nak tidur."kata Eun Ra.

"Baiklah."kata encik Lee sambil menganggukkan kepalanya.

❤️TBC❤️

A/n:Yeah,Jungkook dan Eun Ra dah couple.

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now