Jungkook mengerutkan dahinya apabila melihat Eun Ra masih lagi berada di cafe.Dia menuju ke arah Eun Ra lalu duduk di hadapannya.
"Dari pukul sembilan sampai pukul sebelas malam,kau masih dekat sini lagi.Tak nak balik ke?"kata Jungkook.
"Nanti lah aku balik."kata Eun Ra.
"Perempuan tak baik balik lewat malam.Waktu kerja aku dah habis.Biar aku hantar kau balik."kata Jungkook lalu ingin menarik tangan Eun Ra.
"Aku cakap nantilah!Berapa kali aku nak cakap!"jerkah Eun Ra sambil menepis tangan Jungkook.
Beberapa orang pekerja yang berada di cafe itu memandang mereka berdua.
Jungkook mengeluh kecil lalu memegang tangan Eun Ra.
"Susah sangat ke nak dengar cakap aku,Eun Ra."kata Jungkook lembut sambil memandang wajah Eun Ra.
"Haih,jangan paksa aku boleh tak."
"Okey,kalau kau tak nak balik.Aku bawa kau ke suatu tempat."
Eun Ra memandang Jungkook sambil mengerutkan dahinya.
"Dekat mana?"tanya Eun Ra.
"Kalau kau nak tahu,ikut aku.Jom."kata Jungkook sambil menarik tangan Eun Ra.
------------
Eun Ra memandang Jungkook yang berdiri disebelahnya.
Kacak seperti bidadara.
"Kenapa pandang aku macam tu?"soal Jungkook sambil memandang wajah Eun Ra.
"Mana ada aku pandang kau.Perasan!"kata Eun Ra lalu memandang ke arah lain.
Dia memang pandang Jungkook pun tadi tapi dia tak nak mengaku.Sebab malu.
Jungkook senyum lalu melihat sungai Han yang mengalir deras.
"Kalau aku jatuh dalam sungai ni.Kau selamatkan aku ataupun tidak."
"Mestilah aku selamatkan kau,tak akanlah aku nak biarkan kau mati."kata Eun Ra.
Nampak sangat yang Eun Ra risaukannya.
"Eun Ra.."
Jungkook memegang tangan Eun Ra sambil tersenyum nipis.
"Kalau aku cakap yang aku cintakan kau.Kau akan balas cinta aku ke tidak?"kata Jungkook.
Eun Ra terkedu apabila mendengar Jungkook bercakap begitu.Jantungnya bergedup laju.
"A-aku nak balik."kata Eun Ra sambil menarik tangannya yang dipegang oleh Jungkook.
Apa yang Jungkook katakan tadi tidak dijawap.Dia hanya biarkan sahaja.
"Jawap dulu yang aku cakap tadi baru boleh balik."kata Jungkook serius.
"Bagi aku masa dulu,aku belum sedia.Kalau kau tak nak hantar aku balik.Aku boleh balik sendiri."kata Eun Ra lalu ingin melangkah pergi tapi Jungkook sempat menarik tangannya.
"Baiklah,aku bagi kau masa.Tak kira bertahun-tahun pun,aku akan tunggu jawapan kau.Itu janji aku."
Eun Ra terkedu.Tidak tahu mahu jawap apa.
"Jom,aku hantar kau balik lagipun dah lewat malam ni."sambungnya lagi sambil menarik tangan Eun Ra.
Tanpa mereka sedar,seseorang memerhati mereka dari tadi.
"Aku dah terlambat ke untuk luahkan perasaan aku pada Eun Ra."
Dia pergi dari situ dengan perasaan sedikit kecewa.Dia sangat cintakan gadis itu.
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanfictionBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020