Mata Taehyung tidak berkedip apabila melihat Jimin sudah menyamar menjadi seorang perempuan. Jimin kelihatan seperti perempuan yang original.
"Woi, kenapa kau pandang aku macam tu? Tengok macam nak tembus jer."kata Jimin sambil menolak muka Taehyung supaya menjauhinya.
"Err, tak ada apa-apa. Aku gembira bila tengok hasilnya menjadi."kata Taehyung lalu senyum.
"Tch, cantik sangat ke muka aku ni jadi perempuan?"kata Jimin lalu memandang dirinya di cermin.
"What the—"
Hampir sahaja Jimin mencarut apabila melihat wajah dirinya sendiri. Ya, dia terkejut.
"Heheh, hebatkan aku."kata Taehyung lalu tersenyum petak.
"Wow, memang hebat. Weyh,aku nak pergi rumah dia sekarang. Kalau ada apa-apa, aku bagitahu kau."kata Jimin lalu keluar dari bilik Taehyung.
"Cantik. Eh,kau fikir apa ni Taehyung."kata Taehyung lalu menampar dirinya sendiri.
-------------
Cikgu Yoongi terbangun dari tidurnya apabila mendengar bunyi loceng rumah.
"Haish, siapa pula yang datang waktu aku nak tidur ni."kata cikgu Yoongi lalu bangun dari sofa.
Dengan malasnya dia menuju ke arah pintu lalu membukanya.
Kelihatan seorang 'gadis' yang sedang membelakangi nya membuatkan dia tertanya-tanya siapakah 'gadis' itu. Siapa lagi kalau bukan Jimin.
"Cik, cari siapa?"tanya cikgu Yoongi sambil menggosok matanya.
Apabila Jimin memusingkan badannya, mata cikgu Yoongi tidak berkedip apabila melihat kecantikan Jimin itu.
"Saya nak cari, Hyo Rin. Dia ada dekat rumah tak?"kata Jimin dengan lemah lembut. Dia cuba untuk mengawal suaranya.
"Oh, dia ada. Jemputlah masuk."kata cikgu Yoongi lalu memberikan laluan kepada Jimin untuk masuk.
Jimin menganggukkan kepalanya lalu masuk.
"Hm, mana Hyo Rin?"tanya Jimin.
"Oh, dia ada dekat dalam bilik dia. Mari saya tunjukkan."kata cikgu Yoongi.
Cikgu Yoongi masih tidak tahu yang itu adalah Jimin, jadi dia benarkan sahaja Jimin masuk ke dalam bilik Hyo Rin.
---------------
"Hm, saya nak minta diri dulu. Lagipun, hari dah petang."kata Su Yeon lalu senyum.
"Ouh, nak saya hantarkan awak balik ke?"tanya Jin.
"Eh, tak apa. Saya ada dah kereta sendiri, awak tak perlu hantar saya."kata Su Yeon lalu tertawa kecil.
"Baiklah kalau macam tu. Hati-hati bila memandu nanti. Bila dah sampai dekat rumah nanti, jangan lupa telefon saya bila dah sampai rumah nanti."kata Jin lalu senyum.
"Okey."kata Su Yeon lalu bangun dari duduknya.
"Eh, tunggu sekejap. Awak tertinggal sesuatu lah."kata Jin kepada Su Yeon yang ingin keluar dari kafe itu.
"Saya tertinggal apa?"tanya Su Yeon kepada Jin.
"Oh, awak tertinggal ini."kata Jin lalu memberikan flying kiss kepada Su Yeon.
Pipi Su Yeon merona merah kerana malu. Semua pelanggan yang ada di situ memandang ke arah mereka.
---------------
Eun Ra masuk ke dalam wad dimana puan Lee berada, dia datang kerana ingin menghantar buah-buahan.
"Kau buat apa dekat sini?"soal Puan Lee yang lemah itu.
"Saya cuma nak hantar buah-buahan ini sahaja."kata Eun Ra sambil meletakkan bakul yang berisi buah-buahan di atas meja.
"Hey, kau tak payah nak buat baik dengan aku lah. Lagipun, mesti kau gembirakan tengok aku terbaring dekat sini."kata Puan Lee yang sengaja ingin menyakitkan hati Eun Ra.
"Puan cakap apa ni, saya tak cakap apa-apa pun kan."kata Eun Ra sambil memandang wajah puan Lee.
"Ey, tak perlu tunjuk bakat berlakon kau tu dekat aku lah. Tak perlu buat-buat tak tahu."kata puan Lee.
"Dah lah puan, saya nak balik. Saya tak nak gaduh-gaduh dengan puan."kata Eun Ra lalu keluar dari wad itu dengan segera.
❤️TBC❤️
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
ФанфикBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020