43♡[End]

326 18 16
                                    

2 tahun kemudian

"Sayang! Sini sekejap! "kata Eun Ra sambil menonton televisyen.

Jungkook keluar dari dapur sambil membawa senduk. Dia menuju ke arah isterinya lalu duduk disebelahnya.

"Ada apa sayang? Awak nak beranak ke? Kalau awak nak beranak saya boleh hantar awak ke hospital. "kata Jungkook sambil memegang perut isterinya itu.

"Bukan itu lah. Kandungan saya ni baru jer 6 bulan. Tak akan lah nak beranak pula. "kata Eun Ra lalu tergelak kecil.

"Habis tu, awak panggil saya tadi kenapa? Awak nak apa? "tanya Jungkook.

"Saya nak awak. "kata Eun Ra sambil memeluk tubuh Jungkook.

"Aip, tak boleh sayang. Awak tengah mengandung tu. Mana boleh. "kata Jungkook sambil menggelengkan kepalanya.

"Saya bukan nak tu lah. Saya nak awak temankan saya dekat sini. "kata Eun Ra lalu ketawa.

"Oh, ingat kan nak buat baby. "kata Jungkook lalu berdehem. Pipinya merona merah.

"Ke situ pula awak ni. Tadi, ayah ada call. Dia suruh kita pergi rumah dia. Dia kata, dia nak kita sekeluarga berkumpul. "kata Eun Ra.

"Bila kita nak pergi sana? "tanya Jungkook.

"Malam ni. Awak ok kan? "

Jungkook menganggukkan kepalanya lalu mengusap kepala Eun Ra.

"Saya ok sayang. Awak nak apa-apa tak, saya boleh tolong ambilkan. "kata Jungkook sambil memandang wajah isterinya.

"Saya nak susu. Saya haus. "kata Eun Ra lalu senyum.

"Ok sayang, saya ambilkan untuk awak. Tunggu dekat sini sekejap ya. "kata Jungkook lalu pergi ke arah dapur.

Eun Ra menganggukkan kepalanya perlahan-lahan sambil memegang perutnya.

Tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi. Eun Ra bangun dari duduknya lalu menuju ke arah pintu. Pintu dibuka.

"Hye, cucu sihat? "tanya cikgu Lee lalu senyum.

"Saya sihat atok. Atok ada bawa Jun Hyuk sekali? "kata Eun Ra.

"Atok dah hantar dia ke rumah ayah kamu tadi. Rindu katanya. "kata cikgu Lee lalu ketawa.

"Oh, atok jemputlah masuk. "kata Eun Ra sambil memberikan laluan kepada cikgu Lee.

"Terima kasih. Kamu pergilah duduk. Biar atok yang tolong tutupkan pintu. "kata cikgu Lee.

Eun Ra senyum lalu menuju ke arah sofa. Jungkook baru sahaja keluar dari dapur sambil membawa segelas susu untuk Eun Ra.

"Eh, atok apa khabar? Lama tak jumpa atok. "kata Jungkook lalu senyum.

"Baik. Macam mana cucu atok yang dalam kandungan tu, sihat? "kata cikgu Lee lalu senyum.

"Sihat sangat. Kuat macam saya. "kata Jungkook lalu duduk disebelah Eun Ra.

"Hahah, betul lah tu. Nanti jangan lupa pergi ke rumah ayah kamu. Sebenarnya atok datang sini nak beri kamu berdua ni. "kata cikgu Lee sambil meletakkan beberapa beg kertas di atas meja.

"Apa ni, atok? "tanya Jungkook.

"Atok belikan kamu berdua pakaian untuk dipakai malam nanti. "kata cikgu Lee lalu senyum.

"Terima kasih atok. "kata Eun Ra dan Jungkook serentak.

"Sama-sama, atok nak balik dulu. Jaga diri kamu berdua. "kata cikgu Lee lalu bangun.

"Eh, sekejap nya. Marilah kita berbual-bual dulu. "kata Jungkook.

"Nantilah kita berbual. Atok nak balik cepat ni. Atok minta diri dulu ya. "kata cikgu Lee lalu keluar.

Eun Ra dan Jungkook hanya berpandangan sesama sendiri. Mereka hanya membuat muka blur.

"Sayang, awak minumlah susu tu. Masih panas lagi. "kata Jungkook.

"Terima kasih, awak. "kata Eun Ra lalu mengambil segelas susu yang ada di atas meja.

"Sayang, saya nak minta sesuatu boleh tak? "soal Jungkook sambil memegang tangan Eun Ra.

"Awak nak minta apa? "tanya Eun Ra sambil memandang wajah suaminya itu.

"Saya nak kiss. "

Jungkook memuncungkan bibirnya sambil mendekatkan dirinya dengan Eun Ra.

"Hahah, comellah awak ni. "

Eun Ra memegang kedua-dua belah pipi Jungkook lalu mencium bibirnya sekilas.

"Eh, sekejap nya. Bagilah lama sikit, mari sini saya kiss awak. "kata Jungkook lalu mencium bibir merah milik Eun Ra.

--------------

Encik Lee tersenyum sendiri apabila melihat keluarganya datang ke rumah. Dia sangat gembira melihat kedatangan mereka.

"Jemputlah menjamu selera. Sudah lama kita tidak berkumpul sebegini. "kata Encik Lee sambil duduk di atas kerusi.

Mereka semua tersenyum lalu menjamu selera.

"Terima kasih kerana menjemput kami untuk datang. Kami sangat hargainya. "kata Encik Jeon lalu senyum.

"Sama-sama. Lagipun, kita kan keluarga. Tak salah kalau kita berkumpul sekali sekala. "kata Encik Lee lalu senyum.

"Eun Ra, kandungan kamu tu berapa bulan? "kata Puan Jeon dengan teruja.

"Dah 6 bulan, eomma. "kata Eun Ra lalu senyum.

"Ah, kamu jagalah kesihatan kamu ya. Jungkook, jaga isteri kamu baik-baik kalau tidak siap lah kamu. "ugut Puan Jeon sambil membulatkan matanya memandang Jungkook.

"Baiklah, eomma. Jungkook akan jaga dia dan baby kami macam nyawa Jungkook sendiri. "kata Jungkook sambil memegang tangan isterinya.

"Awww, so sweet. Macam kita dulu-dulu kan, abang? "kata Puan Jeon sambil memandang Encik Jeon yang berada disebelahnya.

"Ehem! Ehem! Shh, janganlah cakap kuat sangat. Malulah. "bisik Encik Jeon.

Puan Jeon tertawa kecil apabila mendengar suaminya bercakap begitu.

"Joo Hyuk, bila kamu nak kahwin? "tanya Encik Lee.

"K-kahwin? Saya belum terfikir nak berkahwin buat masa sekarang, saya nak fokus dekat pekerjaan saya dulu. "kata Joo Hyuk lalu sambung makan.

"Ini yang eomma geram dengan kamu ni. Asyik-asyik cakap pasal kerja, tak ada masa pun nak cari bini. "kata Puan Nam.

"Sabarlah Puan Nam. Bila tiba masanya nanti, mesti dia akan jumpa orang yang sesuai untuk dijadikan isteri. "kata Encik Lee.

"Selena? Kamu nak tak kahwin dengan Joo Hyuk ni? Lagipun, kamu masih single kan? "kata Puan Jeon.

"Eomma! Eomma cakap apa ni. Malulah. "bisik Selena.

Joo Hyuk memandang Selena yang berada dihadapannya lalu senyum. Dia mengenyitkan sebelah matanya le arah Selena. Selena terdiam lalu menundukkan kepala. Malu.

"Seronok dapat berbual-bual macam ni. Lain kali, kita buatlah macam ni juga. "kata Encik Jeon lalu ketawa.

"Betul tu, encik Jeon. "kata lalu ketawa.

Rumah itu dipenuhi dengan gelak ketawa mereka sekeluarga. Seronok mereka dapat berkumpul.

Tamat

A/n:Tamat sudah cerita ni. 👏(╥_╥)

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now