"Cik nak pesan apa?"soal Jungkook kepada gadis itu.
"Saya nak air teh."kata gadis itu lalu senyum.
"Baiklah."
Baru sahaja Jungkook ingin beredar, tiba-tiba gadis itu memegang tangannya.
"Ya, ada apa apa-apa lagi?"tanya Jungkook ke arah gadis itu.
"Hm, encik Seokjin ada disini tak? Saya mahu berjumpa dengan dia."kata gadis itu.
"Ya, dia ada disini. Tunggu sekejap, saya akan panggil dia."kata Jungkook lalu tersenyum nipis.
"Terima kasih."
Jungkook menganggukkan kepalanya lalu menuju ke arah Jin yang berada di dapur.
"Jin, ada orang mahu berjumpa dengan kau."kata Jungkook.
"Siapa yang mahu berjumpa aku?"soal Jin sambil memandang Jungkook.
Jungkook berfikir sejenak lalu tersenyum.
"I know her face but i don't know her name."kata Jungkook lalu tertawa kecil.
Jin memukul kepala Jungkook dengan senduk yang dipegangnya.
"Ish, kau ni."kata Jin.
"Aduh, sakitlah!"kata Jungkook sambil menggosok kepalanya yang sakit.
"Itulah kau, main-main dengan aku. Kena tolak gaji baru tahu."kata Jin.
"Janganlah. Ada seorang perempuan nak jumpa dengan kau, dia guna baju warna biru."kata Jungkook.
"Oh, baiklah."kata Jin lalu keluar dari dapur itu.
"Apa yang awak berdua bualkan tadi, Jungkook?"kata Eun Ra sambil mengelap tangannya yang basah dengan tuala kecil. Baru sahaja habis membasuh pinggan.
"Tak ada apa lah."kata Jungkook lalu senyum.
"Yelah, bila waktu kerja awak habis?"tanya Eun Ra sambil memandang Jungkook.
"Pukul dua belas nanti."kata Jungkook.
"Oh, okey."
Mereka berdua berhenti bercakap apabila telefon milik Eun Ra berdering. Eun Ra mengambil telefon dari poket seluarnya lalu menjawap panggilan tersebut.
"Hello, kenapa ayah telefon saya?"kata Eun Ra.
"Eun Ra, kamu pergi ke hospital cepat. Mak kamu masuk hospital ni, dia jatuh tangga."kata Encik Lee di dalam talian.
"Apa? Macam mana boleh jatuh tangga ni. Okey, nanti Eun Ra pergi sana."kata Eun Ra lalu menamatkan panggilan.
"Kenapa, Eun Ra?"tanya Jungkook sambil memandang Eun Ra.
"Ibu tiri saya masuk hospital. Saya perlu pergi ke hospital sekarang."kata Eun Ra sambil memasukkan telefonnya ke dalam poket.
"Nak saya temankan awak?"tanya Jungkook.
"Tak apa, saya boleh pergi sendiri."kata Eun Ra lalu senyum.
---------------
Jin terkejut apabila melihat gadis yang ingin berjumpa dengannya tadi. Dia berdehem lalu duduk di hadapan gadis itu.
"Su Yeon?"
"Hye, Jin. Lama saya tak berjumpa dengan awak. Awak apa khabar?"kata gadis yang bernama Su Yeon itu.
"Baik, awak pula?"kata Jin.
Su Yeon tersenyum nipis lalu menundukkan kepalanya.
"Kalau awak nak tahu, saya dah putus tunang."kata Su Yeon.
"Apa? Bila awak putus tunang? Kenapa awak putus tunang?"soal Jin bertalu-talu kepada Su Yeon.
"Saya putus tunang sebulan yang lalu. Perkara ini terjadi sebab kawan baik saya mengandungkan anak tunang saya."kata Su Yeon lalu menangis.
Jin terkejut apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Su Yeon. Tangan gadis itu dipegangnya.
"Bersabarlah, Su Yeon. Saya tahu hati awak kuat."kata Jin.
"Sampai hati mereka buat macam ni dekat saya."kata Su Yeon.
"Sabarlah, saya faham perasaan awak. Lupakanlah bekas tunang awak tu, saya kan ada."kata Jin lalu senyum.
Su Yeon memandang Jin sambil mengesat air matanya.
"Awak masih cintakan saya?"soal Su Yeon.
"Ya, perasaan saya terhadap awak tak pernah pudar walaupun kita dah tak bersama lagi."kata Jin lalu tersenyum nipis.
"Tapi saya-"
"Tak perlu jawap sekarang. Awak bagitahu saya bila dah bersedia nanti."
Su Yeon adalah bekas kekasih Jin. Mereka terpaksa berpisah kerana Su Yeon telah ditunangkan dengan lelaki yang tidak dia kenali.
----------------
"Macam mana dengan keadaan isteri saya, doktor?"tanya encik Lee.
"Maafkan saya, isteri anda tidak dapat di selamatkan. Dia banyak kehilangan darah."kata doktor Justin sambil menggelengkan kepalanya.
"A-apa? Isteri saya sudah tiada."kata encik Lee lalu menekup mulutnya.
Eun Ra yang berada disitu terkejut apabila mendengar apa yang doktor Justin katakan.
"Bersabarlah, encik. Saya tahu anda kuat."kata doktor Justin sambil memegang bahu encik Lee.
"D-doktor Justin."kata jururawat yang tiba-tiba mencelah.
"Ya, ada apa Ariana?"tanya doktor Justin sambil memandang ke arah jururawat yang bernama Ariana itu.
"P-puan Choi Fak Yu hidup semula."kata Ariana.
"A-apa?"
Terkejut doktor Justin apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Ariana. Ini pertama kali dia mendengar yang pesakitnya dapat hidup semula.
Encik Lee dan Eun Ra juga terkejut.
--------------
Jungkook keluar daripada tempat kerjanya setelah waktu kerjanya selesai.
"Hm, apa yang Eun Ra buat sekarang ya?"kata Jungkook sambil memasukkan tangannya ke dalam poket.
"Jungkook!"
Dia menoleh ke arah orang yang memanggilnya lalu tersenyum lebar.
"Eun Ra!!!"kata Jungkook dengan terujanya lalu berlari ke arah Eun Ra.
Tubuh Eun Ra dipeluk dengan erat.
"Eh eh, kenapa ni?"kata Eun Ra sambil mengerutkan dahinya.
"I miss you so much!"kata Jungkook sambil meleraikan pelukan.
Wajah Eun Ra dipandangnya lama. Eun Ra tertawa kecil lalu mengusap kepala Jungkook.
"Aigooo, baru sekejap jer saya pergi dah rindu."kata Eun Ra lalu tertawa kecil.
"Tak kira sekejap ke, sesaat ke. Saya tetap akan rindukan awak setiap masa."kata Jungkook lalu tersenyum.
"Elelele, saya rindu awak juga."kata Eun Ra lalu mencubit pipi Jungkook kuat.
"Arghh, sakitlah. Kena cium baru tahu."kata Jungkook.
"Ciumlah, bluek."kata Eun Ra lalu menjelirkan lidahnya.
"Eh eh, dah pandai ikut gaya kita nampaknya."kata Jungkook lalu tertawa.
"Ehe, mestilah."kata Eun Ra.
"Hmm, awak nak tahu sesuatu tak?"
"Tahu apa?"tanya Jungkook.
"Ibu tiri saya tu sebenarnya dia dah tak ada tapi dia hidup balik lepas tu."kata Eun Ra.
Membulat mata Jungkook apabila mendengar apa yang Eun Ra katakan.
"Apa?!"kata Jungkook dengan kuat.
"Shhh, janganlah jerit."kata Eun Ra.
❤️TBC❤️
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanficBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020