Jungkook hanya mendiamkan diri sejak tadi. Dia masuk ke dalam rumah bersama-sama dengan Eun Ra.
"Tuan Jeon...."panggil Eun Ra sambil menarik tangan Jungkook.
"Hm, ada apa. Aku tak ada mood ni."kata Jungkook lalu mendengus kasar.
"Saya laparlah. Nak makan.."kata Eun Ra lalu menundukkan kepala.
"Pergi jelah ke dapur tu. Ada banyak makanan. Dah lah, aku nak pergi atas dulu."kata Jungkook lalu menarik tangannya yang dipegang oleh Eun Ra.
Jungkook terus menaiki tangga lalu masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempasnya akibat terlalu geram tentang kejadian di bilik pantri tadi. Badannya dibaringkan di atas katil lalu menekup mukanya dengan bantal.
"Tak guna kau, setan!!!"jeritnya dengan sekuat hati.
Nampaknya Jungkook ni sedang mengidam nak kiss Eun Ra. Nasib kau lah Kook.
---------------
Eun Ra memasak makanan sambil menari-nari dan tingkahlaku nya itu diperhatikan oleh dua orang lelaki yang baru sahaja balik dari tempat kerja.
"Happy nya awak. Apa yang awak masak?"kata Beomgyu sambil mendekati Eun Ra.
"Banyaklah yang saya masak tadi. Awak tengoklah yang ada dekat atas meja tu."kata Eun Ra sambil menunjuk ke arah meja.
"Uish, bagus ni. Boleh dibuat isteri."kata Joo Hyuk lalu tertawa.
"Hmm, awak berdua. Masih bujang ke?"kata Eun Ra
"Hahah, kami masih bujang lagi. Kenapa cik Eun Ra? Berkenan dengan kami ke?"gurau Beomgyu lalu ketawa.
"Amboi amboi, seronok berbual nampak?"kata Jungkook yang baru sahaja datang ke dapur.
"Korang semua silakan duduk. Selamat menjamu selera."kata Eun Ra lalu senyum.
Mereka semua duduk lalu menjamu selera bersama-sama.
Jungkook memandang ke arah Eun Ra yang sedang makan di hadapannya. Pandangannya terhenti pada bibir gadis itu.
Bibir bawahnya di gigit lalu berdiri dari tempat duduknya.
"Kenapa, tuan Jeon?"tanya Beomgyu.
"Aku tak mood hari ni. Korang makan lah."kata Jungkook lalu pergi dari situ.
Mereka hanya mengerutkan dahi apabila mendengar Jungkook bercakap begitu.
"Kenapa dengan dia? Ada apa-apa yang berlaku semasa di tempat kerja tadi ke?"soal Beomgyu kepada Eun Ra yang sedang makan.
Eun Ra hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
-----------------
Jungkook duduk di birai katil miliknya lalu menampar pipinya sendiri.
"Argh, kenapa dengan aku ni? Aku ni mengidamkan bibir di ke apa ni?"kata Jungkook sendirian.
"Argh, stop it Jungkook. Janganlah fikir pasal tu lagi. Jangan buat aku menderita sebab aku tak dapat cium dia."
Jungkook menekup mukanya sambil menggelengkan kepala.
Dia menghentikan apa yang dilakukannya apabila mendengar bunyi suara seseorang dari luar.
"Tuan Jeon, awak okey tak?"tanya Eun Ra dari luar.
"Ehem! Aku tak okey. Ada apa?"kata Jungkook.
"Izinkan saya masuk ke dalam bilik awak, ada sesuatu yang saya nak cakap."kata Eun Ra.
"Hm, masuklah."kata Jungkook.
Eun Ra membuka pintu bilik Jungkook lalu masuk ke dalam. Dia melihat Jungkook sedang berpeluk tubuh sambil memandangnya.
"Hmm, awak tak ada mood sebab saya ke?"tanya Eun Ra sambil berdiri di hadapan Jungkook.
"Bukan."kata Jungkook sambil menggelengkan kepala.
"Habis tu? Sejak kita balik dari tempat kerja awak macam tak ada mood jer."kata Eun Ra.
Jungkook memandang Eun Ra lalu menarik tangannya sehingga membuatkan dia terduduk di atas peha milik Jungkook.
"Kau rasa? Kenapa aku tak ada mood?"kata Jungkook dengan tatapan menggoda.
"S-saya tak tahu..."kata Eun Ra sambil menggelengkan kepala.
"Kau pasti? Sebabnya, aku tak sempat nak cium kau.."kata Jungkook lalu mencium bibir merah milik Eun Ra.
Eun Ra terkejut dengan apa yang di lakukan oleh Jungkook. Dia terkaku kerana tindakan Jungkook itu.
♥TBC♥
A/n:Opsss,apa yang aku type ni.🙈
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanfictionBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020