4♥

381 44 107
                                    

Eun Ra keluar dari biliknya setelah bersiap untuk pergi ke sekolah.Dia turun tangga perlahan-lahan kerana kakinya masih sakit.

Dia tersenyum apabila melihat neneknya yang sedang memasak di dapur.

"Nenek tengah masak apa tu?"soal Eun Ra.

"Nasi goreng.Kamu duduklah,kaki kamu tu belum pulih lagi."kata nenek Lee.

Eun Ra mengangguk lalu duduk.Dia termenung seketika.Apa yang berlaku semalam tidak dapat dilupakan.

Terpaksa juga dia menipu neneknya.Dia mengatakan bahawa dia jatuh di tangga.

"Eun Ra,makan lah.Tak baik termenung."kata nenek Lee.

Nenek Lee tersenyum melihat cucunya makan dengan seleranya.

"Eun Ra,nenek nak cakap sesuatu dengan kamu.."

"Nenek nak cakap apa?"soal Eun Ra sambil memandang neneknya.

"Nenek nak berkahwin.."

Membulat mata Eun Ra mendengar apa yang neneknya katakan.Biar betul neneknya ini.Mimpi apa sampai nak kahwin lagi.

Macam tak percaya dengan apa yang neneknya katakan sebentar tadi.

"Kejap,nenek serius ke ni?"

"Ya,nenek serius.Lagipun,nenek tahu yang kamu perlukan seorang atuk."kata nenek Lee lalu tersenyum.

✨Eun Ra pov

Bila masa pula aku nak atuk pula ni?Aku cakap macam tu pun tak pernah.

"Haih,bila masa pula saya cakap mahukan seorang atuk pula ni."kata aku.

Nenek aku tersengih-sengih memandangku.Tak faham betullah aku.

"Hehehe,nenek memang nak kahwin baru pun.Boleh kan nenek kahwin?"katanya sambil memegang bahu aku.

"Kahwinlah.Asalkan nenek bahagia dengan dia."kata aku lalu sambung makan semula.

Aku setuju sajalah.Asalkan bukan aku yang kahwin.Aku gembira jika nenek aku gembira.Tapi,siapa agaknya atok baru aku tu?

"Nenek nak kahwin dengan siapa?"soalku sambil memandangnya.

"Kamu akan tahu bila kamu balik sekolah nanti.Hehehe."

Banyak berahsia pula nenek aku ni.Sabar je lah.

"Hm,Eun Ra pergi sekolah dulu."

Aku bangun dari duduk lalu memeluknya erat.Itulah yang selalu aku lakukan sebelum balik ke sekolah.

✨End Eun Ra pov

----------

Taehyung memeluk tubuhnya sendiri kerana kesejukan.Dari tadi dia menunggu seseorang di luar.

"Kau buat apa dekat sini,Taehyung?Macam mana kau tahu rumah aku?"

"Aku tunggu kau lah.Jimin yang bagitahu aku dekat mana rumah kau."

Taehyung tersenyum lebar apabila melihat Eun Ra sudah keluar.Senyumannya mati apabila melihat kepala dan kaki Eun Ra berbalut.

"Apa yang terjadi dekat kau?"soal Taehyung sambil mendekati Eun Ra.

"Tak perlu tahulah."kata Eun Ra lalu ingin melangkah laju tapi tangannya ditarik oleh Taehyung.

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now