35♡

186 17 6
                                    

Eun Ra terbangun dari tidurnya apabila mendengar telefon miliknya berdering. Dia mengambil telefon di atas meja lalu menjawab panggilan itu.

"Hello? Siapa ni?"tanya Eun Ra lalu menguap.

"Baru bangun ke tu? Sekarang ni dah pagi, baru sekarang nak bangun?"kata orang yang di dalam talian.

"Jungkook—Eh, tak maksud saya, tuan Jeon."kata Eun Ra.

"Hm, barang kau dah kemas dah? Cepat pergi bawah. Aku tak suka tunggu lama-lama, cepat sikit."kata Jungkook lalu menamatkan panggilan telefon.

"Fuh, nasib baik aku dah kemas barang malam tadi. Kalau tidak, mampus aku. Dia kata dia tak nak tunggu lama-lama. Argh, tak payah mandilah. Padan muka dia suruh aku cepat."kata Eun Ra lalu bangun dari baring.

Eun Ra terus mengambil bagasi dan barang-barang keperluannya lalu keluar dari bilik itu.

Kebetulan juga Yeonjun keluar dari biliknya sambil membawa bakul yang berisi pakaian yang belum dibasuh.

"Hey, nak pergi ke rumah Jungkook ke?"tanya Yeonjun.

"Ha'ah, aku nak cepat ni. Dia dah tunggu dekat bawah. Kalau ada apa-apa, telefon aku."kata Eun Ra lalu menuruni tangga.

"Woi, kau dah mandi ke belum ni? Rambut macam dah lepas gaduh dengan orang je ni."kata Yeonjun lalu menggelengkan kepalanya.

-------------

Eun Ra berhenti di hadapan Jungkook lalu memandangnya. Dia membetulkan sedikit rambutnya lalu senyum.

"Selamat pagi, tuan Jeon."kata Eun Ra lalu senyum.

"Hm, selamat pagi. Kau tak mandi kan? Rambut macam tak basuh lima tahun jer."kata Jungkook sambil memasukkan tangannya ke dalam poket.

"Salah awak lah ni. Awak suruh saya turun bawah cepat. Tak sempat saya nak mandi."kata Eun Ra lalu mencebikkan bibir.

"Eh, salahkan aku pula. Hey, kau tu yang lambat bangun, jangan suka hati  nak marah aku pula. Tak apa, kau boleh mandi dekat rumah aku nanti."kata Jungkook lalu masuk ke dalam kereta.

Eun Ra menjeling Jungkook lalu meletakkan barang di tempat duduk belakang terlebih dahulu lalu masuk masuk ke dalam kereta.

"Tuan Jeon, kita berdua sahaja ke dekat rumah tu nanti?"tanya Eun Ra.

"Kenapa? Teringin sangat ke nak tinggal serumah dengan aku ke?"tanya Jungkook sambil memandang Eun Ra yang berada di sebelahnya.

"Tak, bukan macam tu."kata Eun Ra sambil menggelengkan kepalanya.

"Ada orang lain. Yang kau jumpa hari tu lah yang nama dia Beomgyu dan seorang lagi Joo Hyuk."kata Jungkook.

"Ouh, baguslah kalau macam tu."kata Eun Ra.

"Hm, aku nak tanya ni."kata Jungkook.

"Tanya apa?"

"Betul ke yang Yeonjun tu abang kau?"tanya Jungkook sambil fokus memandu.

"Ya, dia abang saya. Dia abang tiri saya sebenarnya, dia anak kepada ibu tiri saya tu. Tapi dia baik, dia tak macam ibu dia."kata Eun Ra.

"Hm, sorry sebab aku salah faham dengan kau dulu. Biasalah, masa tu aku ego sangat. Tapi tak apalah, benda yang lepas tak payah dikenang."kata Jungkook lalu berdehem.

Eun Ra hanya menganggukkan kepalanya lalu memandang keluar tingkap kereta.

❤️TBC❤️

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now