28♥

165 16 8
                                    

Jungkook menunggang motosikal nya ke rumahnya kerana ingin mengambil barang miliknya, dia perlu bersiap sedia untuk pergi ke luar negara.

Dia turun dari motosikal setelah sampai di rumahnya. Dia mengerutkan dahi apabila melihat kereta berada di hadapan rumahnya.

"Siapa pula yang punya kereta ni? Ada orang nak jumpa aku ke?"katanya sendiri lalu berjalan.

Langkahnya terhenti apabila melihat dua orang yang dikenalinya.

"Yeonjun dan Eun Ra? Apa yang diorang buat dekat sini?"kata Jungkook lalu meneruskan langkahnya.

"Apa yang korang buat dekat depan rumah aku ni? Nak cari gaduh ke?"

Dengan selamba sahaja dia bercakap begitu. Sakit pula hatinya.

"Tak, bukan macam tu. Kitorang datang sini sebab—"

"Ouh, mesti korang datang sini sebab nak aku restu hubungan korang kan? Lepastu, kau nak minta break dengan aku kan?"kata Jungkook lalu tersenyum sinis.

"Tak, awak janganlah macam ni. Dengar dulu penjelesan saya."kata Eun Ra lalu ingin memegang tangan Jungkook tapi ditepisnya.

"Jangan nak pegang akulah!"tengkingnya lalu menolak tubuh Eun Ra sehingga dia terjatuh.

Yeonjun mula sakit hati apabila melihat Eun Ra dibuat begitu. Dia terus menumbuk muka Jungkook.

"Berani kau sentuh dia, tak guna!"kata Yeonjun lalu mencengkam kolar baju Jungkook.

"Tch, ingat aku takut dengan kau ke?"kata Jungkook lalu membalas tumbukan Yeonjun.

Kini, berlakulah pergaduhan antara Jungkook dengan Yeonjun. Eun Ra yang melihat itu lalu bangun. Dia ingin meleraikan pergaduhan antara mereka tetapi dia ditolak dengan kuat, menyebabkan dia jatuh lalu kepalanya terhantuk pada batu yang ada di situ.

"Eun Ra!"kata mereka serentak lalu menuju ke arah Eun Ra yang berada di atas tanah.

"Pergilah kau! Jangan dekati dia!"kata Yeonjun lalu menolak tubuh Jungkook supaya menjauhi Eun Ra.

Jungkook hanya terdiam apabila melihat apa yang terjadi pada Eun Ra. Dia hanya memerhati Yeonjun yang sedang membawa Eun Ra ke dalam kereta.

"Apa yang aku dah buat."kata Jungkook lalu mengusutkan rambutnya.

----------------

Yeonjun berjalan ke hulur ke hilir kerana risau dengan keadaan Eun Ra, tangan dan bajunya yang ada darah milik Eun Ra belum dibasuh.

"Yeonjun, macam mana dengan keadaan adik kamu?"tanya Encik Lee yang baru sahaja datang.

"Belum tahu lagi, ayah."kata Yeonjun sambil memandang ke arah Encik Lee.

"Haih, macam mana boleh jadi macam ni. Kamu pun tercedera juga."kata Encik Lee.

"Masa balik sekolah tadi, ada orang buli adik. Lepastu,Yeonjun tolonglah Eun Ra. Tapi yang tak sangka pula,diorang tolak Eun Ra sampai jatuh. Kepala dia terhantuk dekat batu. "bohong Yeonjun.

"Haih, kesian anak-anak aku. Yeonjun, kamu pergilah basuh baju dan kamu tu."kata Encik Lee.

"Baiklah, ayah."kata Yeonjun lalu pergi dari situ.

❤️TBC❤️

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now