22♥

203 16 34
                                    

Jungkook melihat puan Jeon yang terbaring di atas katil hospital. Puan Jeon masih belum sedarkan diri.

"Haih, macam-macam benda yang terjadi. Pening kepala saya."kata Jungkook sambil memicit kepalanya.

"Bersabarlah, Kook. Awak perlu terima apa yang terjadi. Tadi pun, saya baru dapat tahu yang ibu tiri saya ditangkap kerana dia lah pembunuh ibu saya."kata Eun Ra lalu tersenyum nipis.

"Kuatkan hati awak, Eun Ra. Kita sama-sama kuatkan diri untuk terima semua ni."kata Jungkook lalu memegang tangan Eun Ra.

"Terima kasih, Kook. Hmm, tadi awak kata yang Selena tu adik kembar awak. Sebenarnya, dia ada dekat hospital ni. Dia sakit."kata Eun Ra.

"Sakit? Dia sakit apa?"soal Jungkook sambil mengerutkan dahinya.

"Hmm, dia sakit jantung. Awak pergilah jumpa dia, mungkin dia perlukan awak sekarang."kata Eun Ra.

"T-tapi.."

"Pergilah, Jungkook. Dia kan adik awak."

Jungkook memandang wajah Eun Ra sebelum dia mengangguk setuju.

---------------

Jantungnya berdegup laju apabila melangkahkan kaki ke dalam wad di mana Selena berada.

"Selena..."

Selena yang termenung itu tersedar apabila mendengar suara Jungkook.

"Eh, Jungkook. Macam mana awak tahu yang saya ada dekat sini?"kata Selena lalu tersenyum.

"Eun Ra yang bagitahu aku. Kau macam mana, kau okey tak?"kata Jungkook yang mula ambil berat akan Selena setelah dia tahu yang Selena itu adiknya.

"Saya okey sahaja. Hmm, kenapa awak tiba-tiba datang sini? Selalunya awak memang tak suka dekat dengan saya."kata Selena.

"Sebenarnya aku ingin bagitahu kau sesuatu yang sangat penting yang kau sendiri tak sangka. Aku harap kau bersabar dan tenangkan diri."kata Jungkook lalu mengeluh kecil.

"Baiklah, bagitahu sahaja. Saya akan terima apa yang awak katakan."kata Selena lalu tersenyum nipis.

"Sebenarnya, kita berdua ialah adik-beradik kembar. Kau bukan anak  kandung mak cik park. Kau hanya anak angkat dia."kata Jungkook lalu menundukkan kepala.

Selena sedikit terkejut dengan apa yang Jungkook katakan. Nasib baik dia tak terkena serangan jantung. Tak lama selepas itu, dia tersenyum.

"Bagus lah jika begitu. Aku akan terima apa yang terjadi. Aku beruntung mendapat seorang abang seperti kau. Dan aku juga ingin buang perasaan yang tak sepatutnya terhadap abang kandung aku sendiri."kata Selena lalu tersenyum nipis.

"Kau tak kecewa?"soal Jungkook.

"Buat apa aku nak kecewa, Kook. Benda dah jadi kan. Kalau kau nak tahu, aku terima hubungan kau dengan Eun Ra. Aku harap korang kekal bersama. Dan aku nak minta maaf atas semua kesilapan aku pada kau dan Eun Ra. Aku menyesal dengan perbuatan aku selama ni. Kalau aku dah tak ada nanti, tolong jaga keluarga kita dan kekasih kau dengan baik."kata Selena lalu tersenyum nipis.

"Hey, janganlah cakap macam tu. Aku pasti yang kau akan sihat macam sebelum ni. Kau kan adik aku, mestilah kuat macam aku kan."kata Jungkook lalu mengusap kepala Selena.

"Terima kasih, Kook. Macam Eun Ra, aku nak jumpa dia."kata Selena.

"Dia melawat, eomma. Eomma masuk hospital."kata Jungkook.

"Masuk hospital? Kenapa?"soal Selena sambil mengerutkan dahi.

"Sebab aku bagitahu dia yang kau sukakan aku, dia terus pengsan.."kata Jungkook lalu mengaru kepalanya.

"Ish, kau ni. Janganlah bagitahu eomma tentang perkara tu. Tengok sekarang, eomma dah masuk hospital. "kata Selena lalu menumbuk bahu Jungkook.

"Maaflah, aku tak tahu pula yang eomma akan pengsan."kata Jungkook.

---------------

Cikgu Yoongi masuk ke dalam rumah setelah berjoging. Dia terus membaringkan badannya di atas sofa.

"Fuh, penat gila."kata cikgu Yoongi lalu menutup matanya.

Dia mengerutkan dahinya apabila mendengar suara adiknya seperti berbual dengan seseorang.

"Aik, sejak bila ada orang masuk dalam rumah aku ni?"soalnya.

Dia terus menuju ke arah dapur untuk menyiasat siapa yang bersama adiknya.

Matanya terus terbeliak apabila melihat seseorang sedang mencium pipi adiknya.

"K-kawan adik aku lesbian rupanya. Ingatkan mereka kawan, rupanya kekasih."katanya lalu menelan air liur.

"Ish, panas betul lah. Lebih baik buka rambut palsu ni."

"Eh, janganlah buka. Nanti abang saya nampak macam mana? Awak yang sakit nanti, Jimin."kata Hyo Rin.

"Jimin? Park Jimin? Budak yang selalu datang rumah aku tu. Mati-mati aku ingatkan dia perempuan, hancur hati aku."kata cikgu Yoongi sambil menahan marah.

"Sakit saya juga yang tanggung, awak jangan risaulah."kata Jimin lalu ketawa.

"Park Jimin!!!!"

Jimin dan Hyo Rin terus memandang ke arah Yoongi yang seperti singa yang kelaparan.

----------------

"Lepaskan aku, lepaskan aku lah!"marah puan Lee sambil meronta-ronta minta dilepaskan.

"Dah buat salah nak lepas pula. Kau tanggunglah sendiri sekarang."kata inspektor Kim.

"Arghh, tak guna."

"Diam puan, tak baik marah-marah nanti terkena strok."kata inspektor Kim.

"Kesah apa aku—"

Tiba-tiba berhenti bercakap kerana terasa mulutnya senget. Masin betul mulut inspektor Kim ni.

TBC

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now