Setelah Eun Ra keluar dari wad, dia terlihat seseorang yang dia kenali.
"Selena?"
Eun Ra mengerutkan dahinya apabila melihat Selena berada di hospital. Dia meneruskan langkahnya kerana dia tidak mahu ambil tahu.
"Hey, perempuan."
Tangan Eun Ra ditarik oleh Selena menyebabkan langkahnya terhenti.
"Kau nak apa lagi, Selena? Apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku? Ke pasal Jungkook? "soal Eun Ra bertalu-talu.
"Ya, memang aku—arghhh."
Tiba-tiba sahaja Selena dadanya, dahinya berkerut seperti menahan kesakitan. Eun Ra yang melihat itu pun terkejut.
"Selena, kau dah kenapa ni?"kata Eun Ra sambil memegang bahu Selena.
"A-aku sakitlah, bodoh.. "kata Selena dengan lemah.
-------------
"Awak keluarga pesakit ke?"tanya doktor kepada Eun Ra.
"Err, bukan. Tapi saya kenal dia."kata Eun Ra sedikit kekok.
"Ouh, pesakit mengalami sakit jantung .Tolong bagitahu keluarga dia tentang perkara ini ye."kata doktor tersebut.
"Baiklah. Hmm, boleh tak kalau saya masuk."kata Eun Ra.
"Boleh, silakan masuk."kata doktor tersebut.
Eun Ra masuk ke dalam wad di mana Selena berada, dia melihat Selena sedang termenung.
"Kau fikir apa tu?"
Selena tersentak mendengar suara Eun Ra, dia berdecit lalu memandang ke arah lain.
"Tch, kau buat apa dekat sini? Pergi baliklah. Kau kesah apa pasal aku. Mesti kau gembira bila dapat tahu aku sakit kan?"kata Selena.
"Tak baik kau menuduh aku macam tu. Kau dah okey tak?"kata Eun Ra.
"Hmm, aku dah okey. Pergilah balik, leave me alone. Aku nak tenangkan diri. Pasal keluarga aku tu, nanti aku sendiri bagitahu diorang. "kata Selena lalu baring.
Entah hantu mana yang merasuk Selena yang menyuruh dia untuk bercakap baik-baik dengan Eun Ra, percakapannya dia sekasar tadi.
"Baiklah, aku harap kau cepat sihat. Aku balik dulu."kata Eun Ra lalu keluar dari wad.
Selena memandang ke arah pintu setelah Eun Ra keluar. Dia mengesat air matanya.
"Kenapa kau masih buat baik dengan aku sedangkan aku ni jahat dengan kau?"katanya.
---------------
Eun Ra menutup pintu rumah, lampu di ruang tamu dibuka.
"Nenek dan ayah dah tidur agaknya."kata Eun Ra lalu menguap.
Baru sahaja dia ingin menaiki tangga, dia terhidu bau masakan dari arah dapur.
"Hmm, siapa pula yang masak malam-malam ni. Tak akan lah nenek. "kata Eun Ra lalu menuju ke arah dapur.
Setelah dia berada dia berada di dapur, dia terkejut apabila melihat seseorang memakai hoodie. Setahu dia, tak ada orang yang pakai macam tu kecuali dia sendiri.
"Hey, kau siapa huh!"kata Eun Ra sambil menuju ke arah orang tersebut.
"Eh, awak dah balik."kata orang tersebut sambil menoleh ke arah Eun Ra.
"Jungkook? Awak buat apa dekat sini?"soal Eun Ra sambil mengerutkan dahi.
"Saya bermalam dekat rumah awak hari ni. Nenek awak yang suruh. Saya setuju sajalah."kata Jungkook lalu tertawa kecil.
"Ouh, awak masak apa tu?"tanya Eun Ra sambil melihat apa yang Jungkook masak.
"Telur. Awak nak?"kata Jungkook.
"Tak nak. Awak makanlah, lagipun dah malam. Good night."kata Eun Ra lalu keluar dari dapur.
♡TBC♡
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanficBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020