--------
5 tahun kemudian
Eun Ra memegang kakinya terasa sakit kerana menggunakan kasut tumit tinggi terlalu lama.
"Ish, cepatlah. Aku dah penat tunggu ni."kata Eun Ra sendirian sambil memegang fail.
"Cik Lee Eun Ra. Silakan masuk."kata seorang lelaki kepadanya.
"Baiklah."kata Eun Ra lalu masuk ke dalam bilik itu.
Eun Ra tergangga sebentar apabila melihat sekeliling bilik itu terlalu cantik dan menarik.
"Ehem, dipersilakan duduk cik."kata lelaki tadi.
"Ouh, maafkan saya."kata Eun Ra lalu duduk di atas kerusi.
"Hmm, macam ni cik. Sebenarnya saya bukan boss yang sebenar. Boss tengah baring dekat sofa tu, ha."kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah sofa.
"Err, kenapa dia buat macam tu pula?"tanya Eun Ra.
"Maaf cik, dia memang macam tu. Hmm, saya nak perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Choi Beomgyu, pembantu tuan Jeon."kata Beomgyu lalu senyum.
"Ah, gembira dapat berkenalan dengan awak."kata Eun Ra lalu senyum.
"Saya pun begitu. Hm, mari kita mulakan temu ramah sekarang, lagipun tuan Jeon tak suka dengar bunyi bising."kata Beomgyu dengan sopan.
"Ouh, baiklah.Ini failnya."kata Eun Ra sambil menghulurkan fail kepada Beomgyu.
Setelah selesai temu ramah mereka, Beomgyu tertawa kecil lalu tersenyum.
"Hm, saya suka awak."kata Beomgyu tiba-tiba lalu memandangnya.
Eun Ra memandangnya pelik. Kenapa pula Beomgyu bercakap begitu?
"Ah, jangan salah faham cik. Yang saya maksudkan ialah saya suka cara pertuturan cik dengan saya."jelas Beomgyu lalu senyum.
"Ouh, begitu. Hahah, macam mana? Saya diterima ke?"kata Eun Ra.
"Awak—"
"Kau terima."
Mereka berdua memandang ke arah orang yang tiba-tiba mencelah perbualan mereka.
Eun Ra mengerutkan dahinya, seperti dia kenal lelaki ini. Tapi siapa?
"Ah, tahniah cik Eun Ra. Tuan Jeon dah terima awak sebagai Personal Assistant dia."kata Beomgyu.
"Beomgyu, kau pergi keluar sekejap. Aku nak bercakap sekejap dengan cik Lee Eun Ra. Pastikan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk ke sini nanti. Faham."kata lelaki yang dikenali sebagai tuan Jeon itu.
"Faham tuan Jeon."kata Beomgyu lalu keluar dari bilik itu dengan segera.
Eun Ra mula rasa tak sedap hati bila lelaki itu memandangnya lain macam. Dia berdehem lalu menundukkan kepalanya.
"Aku Jeon Jungkook. Tak kenal aku lagi ke?"kata lelaki itu lalu tersenyum sinis.
Membulat mata Eun Ra apabila lelaki itu mengaku yang dia Jungkook. Baru sahaja dia ingin bangun dari tempat duduknya tetapi tangannya ditarik oleh Jungkook.
"Nak pergi mana, huh. Aku belum selesai dengan kau lagi."kata Jungkook.
"Ish, lepaslah."kata Eun Ra.
"Amboi, melawan cakap boss ye. Aku nak cakap pasal kerja je, bukannya pasal benda dah lama berlaku tu."kata Jungkook lalu duduk di hadapan Eun Ra.
Wajah Eun Ra merah padam lalu memandang ke arah lain.
"Maaf."kata Eun Ra sepatah.
"Okey, tak apa. Hm, aku nak kau baca semua kertas ni. Lepastu, tanda tangan."kata Jungkook sambil meletakkan beberapa helai kertas di atas meja.
Eun Ra menganggukkan kepalanya lalu membaca kertas itu. Dahinya berkerut apabila ada sesuatu yang tak kena.
"Wait, aku kena tinggal serumah dengan kau."kata Eun Ra sambil mengerutkan dahi.
"Ya, betul tu. Tapi, boleh tak kalau kau guna bahasa sopan dengan aku. Aku ni boss kau tahu."kata Jungkook sambil memandang Eun Ra.
"Maafkan saya boss."kata Eun Ra lalu menggigit bibir geram.
Adakah ini yang dinamakan jodoh? Mereka berjumpa semula setelah lama berpisah.
❤️TBC❤️
A/n:Jungkook dah jadi boss, hahah.
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanfictionBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020