42♡

204 15 8
                                    

"Eomma... "

Yeonjun memegang tangan Puan Choi. Dia dalam keadaan yang tidak sihat.

"Y-yeonjun, maafkan eomma. Eomma banyak buat salah dengan kamu. "kata Puan Choi sambil mengusap pipi Yeonjun.

"Saya dah lama maafkan, eomma. Yeonjun sayang dekat eomma. "kata Yeonjun.

"Lega hati eomma bila kamu cakap macam tu. Lepas eomma dah pergi nanti, tolong jaga diri kamu. Dan jaga juga Eun Ra dan ayah dia juga. "kata Puan Choi.

"Baik, saya janji eomma. "

Puan Choi tersenyum nipis lalu perlahan-perlahan menutup matanya. Yeonjun mula panik apabila Puan Choi mendiamkan diri.

"E-eomma, kenapa ni? Eomma bangunlah, jangan tinggalkan Yeonjun. Eomma!!! "

Tubuh Puan Choi dipeluk erat. Ibunya telah pun pergi buat selama-lamanya.

---------------

"Yeonjun, kenapa kau menangis? "kata Eun Ra apabila melihat Yeonjun yang baru sahaja keluar dari wad.

"E-eomma aku dah tak ada. "kata Yeonjun lalu memeluk tubuh Eun Ra.

Eun Ra terkaku apabila mendengar apa yang Yeonjun katakan. Belakang Yeonjun diusapnya.

"Bersabarlah Yeonjun. Aku tahu yang hati kau kuat. "kata Eun Ra.

Jungkook yang berada di situ hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tahu yang Yeonjun perlukan seseorang untuk bersamanya.

"Eun Ra, kau baliklah dulu dengan Jungkook. Pasal eomma, aku akan uruskan sendiri. "kata Yeonjun sambil meleraikan pelukan.

"Tapi-"

"Tak apa, aku ok. Jangan risaukan aku. Kau pergilah balik. Jungkook, bawa dia balik. "

Yeonjun memberi isyarat kepada Jungkook supaya membawa Eun Ra pergi.

--------------

"Eun Ra, kau ok tak? "kata Jungkook sambil memandu keretanya.

"Saya ok. "kata Eun Ra sambil fokus memandang keluar.

"Aku rasa, kita patut tangguhkan dulu hari perkahwinan kita buat sementara. Kita tunggu masa yang sesuai. Kau setuju tak dengan cadangan aku? "kata Jungkook.

"Saya setuju saja kalau awak cakap macam tu. Tapi, awak dah buat ke persiapan tu? "

"Belum lagi, kau jangan risau. Bila masa yang sesuai nanti, aku akan jumpa abang, atok dan ayah kau. Begitu juga, aku akan bawa kau jumpa dengan keluarga aku. "

Eun Ra hanya menganggukkan kepala, setuju dengan apa yang Jungkook katakan.

"Awak tak kecewa ke sebab tangguhkan hari perkahwinan kita? "soal Eun Ra.

"Ada lah sikit. Tapi kita kena hormat juga dekat Yeonjun, eomma dia baru je meninggal. "kata Jungkook.

--------------

"Appa, tolong datang ke hospital sekarang. Eomma Yeonjun baru dah meninggal. "kata Yeonjun sambil duduk di atas kerusi.

"Baiklah appa datang sekarang. Tunggu ayah ye. "kata Encik Lee.

"Baik appa, terima kasih sebab datang walaupun appa tahu yang eomma banyak buat salah dengan appa. "kata Yeonjun sambil mengesat air matanya.

"Appa dah lama maafkan dia. Lagipun, tak baik kalau kita berdendam. Appa nak datang ni kalau appa dah sampai sana nanti appa call. "kata encik Lee lalu menamatkan panggilan.

Yeonjun terus menekup mukanya lalu menangis teresak-esak. Dia berharap agar ibunya tenang di sana.

TBC

[C] First Love And Last Love || JjkWhere stories live. Discover now