"Ha, korang nak pesan apa? Aku belanja korang hari ni."kata Joo Hyuk sambil memandang Jungkook dan Beomgyu.
"Aku nak air teh sahaja."kata Beomgyu lalu senyum.
"Jungkook, kau pula nak apa?"tanya Joo Hyuk.
"Aku nak air kopi sahaja, aku tak ada selera nak makan."kata Jungkook.
"Okey, korang tunggu sini sekejap. Aku nak pergi order."kata Joo Hyuk lalu bangun dari tempat duduknya.
Jungkook menongkat dagu sambil melihat keadaan yang berlaku diluar. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya, dia melihat Eun Ra dan Yeonjun.
Eun Ra dan Yeonjun masuk ke dalam cafe itu lalu duduk. Mereka belum perasan yang Jungkook ada disitu.
"Masih bersama lagi rupanya."kata Jungkook lalu mendengus geram.
"Tuan Jeon cakap apa tadi?"tanya Beomgyu sambil memandangnya.
"Tak ada apa-apa."kata Jungkook lalu berdehem.
Eun Ra melihat sekeliling cafe itu, dia melihat Jungkook yang sedang memandang ke arahnya.
"Dah kenapa dia pandang aku macam tu?"soal Eun Ra sendiri.
"Kenapa Eun Ra? Ada sesuatu yang tak kena ke?"tanya Yeonjun sambil memandang sekeliling cafe.
Yeonjun pun tertawa kecil apabila dia tahu puncanya.
"Ouh, boss kau ada dekat sini rupanya. Kau pergilah dekat dia, bagitahu perkara sebenar."kata Yeonjun lalu senyum.
"Tak naklah."kata Eun Ra sambil menggelengkan kepalanya.
"Eh, Eun Ra.. Yeonjun. Kamu berdua apa khabar?"
Mereka menoleh ke arah orang yang empunya suara lalu bangun.
"Ayah!! "kata mereka serentak lalu memeluk Encik Lee.
"Hahah, janganlah jerit-jerit. Malu orang tengok."kata Encik Lee lalu senyum.
"Eun Ra, abang kamu jaga kamu dengan baik tak?"tanya Encik Lee.
"Heheh, mestilah. Diakan abang, Eun Ra."kata Eun Ra sambil memeluk bahu Yeonjun.
Jungkook yang mendengar itu pun terkejut teruk. Sudah lima tahun berlalu baru sekarang dia tahu. Dan juga, dia malu dengan Eun Ra. Dia dah salah faham.
---------------
Jungkook keluar dari bilik air sambil mengusap kepalanya dengan selimut putih. Dia baru sahaja balik dari kerja.
"Hm, bodoh betullah aku ni."marah Jungkook pada dirinya sendiri.
"Jungkook—opss, sorry bro."kata Joo Hyuk apabila melihat Jungkook yang baru sahaja ingin membuka selimut yang dipakainya.
"Masuklah jelah. Kau bukannya perempuan pun."kata Jungkook lalu duduk diatas katil.
Tidak jadi mahu buka selimut yang dipakainya. Aip, lain betul ni.
Joo Hyuk masuk ke dalam bilik Jungkook lalu duduk di sebelahnya.
"Macam ni, aku dengar. P.A kau akan tinggal dengan kita. Betul ke?"kata Joo Hyuk.
"Ha'ah, macam biasalah."kata Jungkook.
"Lelaki ke perempuan?"tanya Joo Hyuk.
"Perempuan."kata Jungkook sepatah.
"Wah, betul ke ni. Mesti best kan?"kata Joo Hyuk dengan teruja.
"Apa yang kau tengah fikir ni. Jangan macam-macamlah. Dah, pergi keluar. Aku nak pakai pakaian. Aku sejuk ni."kata Jungkook.
"Baiklah. By the way, cantik six packs kau. Macam aku punya."kata Joo Hyuk sebelum keluar dari bilik itu.
Jungkook hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar Joo Hyuk bercakap begitu.
❤️TBC❤️
YOU ARE READING
[C] First Love And Last Love || Jjk
FanfictionBukan senang untuk buat dia jatuh cinta.Tak mudah untuk mencuri hati dia. Start:26.11.2019 End:11.6.2020